Tak galak anak ikut langkahnya, Shuib tampil dedah sesuatu tentang masa depan anaknya

Viral

Melihat pada telatah anak-anak Shuib Sepahtu dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial. Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati Shuib, dia tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis. Sungguhpun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga arw.h isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi.

“Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis… saya tak cenderung untuk itu. Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya jelah kot. Untuk family. Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot,” ujar Shuib lagi. Shuib juga memiliki seorang lagi cahaya mata bongsu bernama Ayash Affan. Shuib memulakan kerjaya selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah. Sarah pula mengorak langkah sebagai penyanyi selepas menyertai program nyanyian Bintang RTM dan seterusnya beberapa pertandingan lain seperti One In A Million dan Gegar Vaganza. Sumber, Gempak

Memang Serba Boleh, Shuib Muat Naik Gambar Hantar Anak Pergi Sekolah Tapi Kapsyen Dia Tu Buat Ramai Yang Sebak

Umum semua sedia maklum bahawa kehidupan pelawak terkenal ternyata sudah berubah sepenuhnya apabila dia kehilangan isterinya yang tercinta yang juga penyanyi terkenal, arwαh Siti Sarah Raisudin.v Segala urusan berkaitan menguruskan keluarga perlulah dilakukan sepenuhnya oleh Shuib dan tanggungjawab yang besar itu perlu dipikul olehnya dengan hati yang terbuka. Baru-baru ini, dia yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa nampaknya begitu sibuk melaksanakan urusan persekolahan anak-anak yang sudah masuk sesi baharu pada tahun ini.

Dalam pada itu, melalui hantaran oleh Shuib di Instagram miliknya, dia telah berkongsi detik-detik dimana dia menghantar anak-anak kesayangannya pergi ke sekolah bagi hari yang pertama. Namun apa yang jadi tumpuan ramai adalah sudah tentunya kapsyen yang dicoretkan oleh pelawak itu yang betul-betul membuat ramai warganet begitu sebak dan terharu dengan apa yang dialaminya. Melalui perkongsian tersebut, kelihatan Shuib sedang menghantar anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra dan anak ketiganya, Ariq Matin masuk ke dalam kelas sambil mengusung beg sekolah kedua-dua anaknya itu.

Di samping itu, Shuib juga sempat memεluk anak-anaknya itu sambil tinggalkan mereka kepada guru kelas untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari pertama. Sementara itu, situasi yang dialami oleh Shuib itu sudah tentu dirasai oleh ramai ibu-bapa yang begitu sukar untuk melepaskan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan. Lebih-lebih lagi, Shuib juga yang baru sahaja kehilangan isterinya iaitu Siti Sarah, sudah pasti ianya adalah satu tugas yang pahit untuk ditelan oleh Shuib. Selalunya, para ibulah yang lebih bersemangat dalam menguruskan anak-anak pada hari pertama persekolahan mereka, tetapi lain pula yang berlaku pada keluarga Shuib.

Meninjau di ruangan komen, rata- rata warganet dan rakan artis telah memberikan respons yang menyata bahawa mereka begitu sebαk melihat semangat Shuib yang tetap kuat demi masa depan anak-anaknya. Disamping itu, mereka juga tidak ketinggalan untuk memanjatkan doa agar anak-anaknya itu terus dipermudahkan urusan lebih-lebih lagi dalam urusan pelajaran di sekolah.

Untuk makluman, Shuib kini memikul tanggungjawabb sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi pada 9 Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. Sekadar info dan semoga bermanfaat. Sumber, celefamily. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.