Kecoh pasal pesawat MH pusing blik ke Kl, rupanya ini sebabnya buat ramai yang tak sangka

berita

Pesawat MH2664 ke Tawau pada Isnin terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan masalah teknikal. Perkara tersebut disahkan Malaysia Airlines menerusi ciapan Twitter rasminya pada hari ini, Selasa. “Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April lalu melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan. “Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang.

“Keselamatan anak kapal dan penumpang kami tetap menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa. Ujarnya, pesawat berkenaan selamat mendarat di KLIA pukul 5.03 petang Isnin. Terdahulu, seorang penumpang pesawat itu mendakwa, pesawat dinaikinya itu tiba-tiba menjunam dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam tempoh beberapa saat. Penumpang itu turut mendakwa terlambung dari tempat duduknya akibat kejadian itu menyebabkan keadaan dalam pesawat panik termasuk ada yang menjerit-jerit.

Menurut kata seorang penumpang dalam kapal terbang tersebut. Sebelum kejadian, penumpang sudah dibenarkan tanggalkan tali pinggang. Oleh itu beliau terlambung dari tempat duduk kerana kejadian ini. 10 minit kemudian, penerbangan diteruskan dengan keadaan tidak stabil ! Lepas berjaya naik balik, kapal terbang jatuh terjunam lagi sekali ! Tapi tidak seteruk kejadian kali pertama ! Penumpang yang ketakutan mula menjerit dan menangis kerana ingatkan ajl mereka dah sampai. Masa inilah kapal terbang berpusing ke Melaka dan patah balik ke KLIA ! Mujur semua orang dalam pesawat diturunkan dengan keadaan selamat pada akhirnya ! Dalam bulan Ramadhan ini, mudah mudahan kita semua dilindungiNya daripada sebarang kecelakaan. kredit, sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.