Tular pasal rider tahan lapar, tak boleh berdiam sekali ini pulak pesanan dari Ridhuann Tee buat ramai yang terdiam

Viral

GOLONGAN rider penghantar makanan berhadapan cabaran besar sepanjang bekerja dalam bulan puasa. Dalam menahan lapar dan dahaga, mereka juga perlu berhujan panas demi menghantar pesanan setiap pelanggan. Menerusi laman Facebook, seorang rider turut berkongsi pendapat mengenai mudarat berpuasa bagi insan yang bekerja sepertinya. “Bagi pendapat aku, buka je la puasa kalau memang ada mudarat kalau teruskan berpuasa. Contohnya kalau tak ada gula atau air buatkan kau hilang fokus dan buatkan kau nyaris kena belakang lori,” tulis individu itu. Tangkap layar luahan rider berkenaan turut dikongsi menerusi group Facebook GrabFood Rider Malaysia sehingga menerima ratusan komen dan menjadi perdebatan antara warganet.

Penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ketika dihubungi mStar ada penjelasannya yang tersendiri mengenai persoalan itu. “Ada abang rider bertanya, bolehkah mereka tidak berpuasa kerana keadaan kerja keras, perlu fokus, kandungan gula dalam badan kena cukup, apatah lagi menunggang motosikal perlu berhati-hati dan banyak lagi. “Pertama kita kena lihat nature kerja rider, tidak nafikan kerja rider memang berat, bawa motosikal daripada pagi sampai petang dalam keadaan panas terik dan kesibukan jalan raya yang amat memerlukan kepada perhatian untuk elakkan kejadian tak diingini pada diri dan sebagainya.

Tular di Facebook luahan pendapat seorang rider mengenai ibadah puasa. “Dalam kata lain kerja rider boleh dikategorikan kerja berat, sibuk di jalan raya yang membahayakan, perlu fokus, panas terik, dan sebagainya. Sebenarnya, orang yang bekerja berat tidak terkecuali dalam golongan tidak dibenarkan tidak berpuasa sebab mereka bukan orang sakit, musafir atau seumpamanya yang dibenarkan untuk tidak berpuasa. “Namun, jika kerja kerasnya itu sehingga membahayakan dirinya, dibolehkan tidak berpuasa, tetapi perlu digantikan pada hari lain,” ujar Ridhuan yang juga Profesor Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Menurut Ridhuan lagi, Islam itu agama yang mudah, namun terdapat rukhsah bagi orang yang bekerja berat untuk berbuka puasa dengan syarat-syarat tertentu: Kerja berat itu tidak boleh ditangguh selepas bulan Ramadan. Kerja itu tidak dapat dilakukan pada malam hari. Kepayahan puasa yang tidak mampu ditanggung menurut kebiasaan. Wajib niat puasa pada tiap-tiap malam dan tidak boleh berbuka puasa melainkan setelah datang kepayahan. Mestilah berniat rukhsah ketika berbuka puasa supaya membezakan antara puasa yang dibenarkan berbuka dan yang tidak dibenarkan.

Jangan disengajakan untuk melakukan kerja berat supaya datang kepayahan sebagai alasan berbuka puasa.“Namun demikian, janganlah dengan kelonggaran ini kita pun berpesta tidak berpuasa dan tidak menunjukkan rasa hormat dalam bulan puasa ini,” ujarnya lagi. Ridhuan merupakan profesor Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Menurut Ridhuan lagi, golongan rider yang perlu melakukan kerja berat perlu berniat dan berazam untuk berpuasa seperti biasa, seperti insan-insan yang lain.

Namun jika berada dalam keadaan yang memaksa sepanjang berpuasa sehingga boleh memudaratkan kesihatan diri, maka harus ke atas mereka berbuka. “Menurut para ulama, orang yang kerja berat seperti abang rider, tetap kena berniat dan berazam untuk berpuasa seperti biasa. Bangun sahur, dan menahan diri dari makan dan minum setelah tersebit fajar. “Abang rider ini termasuk dalam kumpulan wajib puasa. Maknanya mereka keluar dari pada pagi hari dan bekerja dalam keadaan puasa.

“Namun di pertengahan, apabila sampai keadaan memenatkan dan meletihkan menjelang tengahari, disebabkan oleh kerja rider, akan memudaratkan dirinya, hilang fokus, maka harus ke atas mereka berbuka. “Namun wajib ke atas mereka untuk menggantikannya pada hari-hari yang sesuai. Namun jika tidak ada kemudaratan untuk mereka berpuasa, wajib ke atas mereka berpuasa,” jelasnya lagi. Dalam pada itu, Ridhuan turut menitipkan pesan kepada sesetengah golongan agar menjaga adab dan mengelak makan di khalayak ramai apabila tidak berpuasa.

Menurut Ridhuan lagi, golongan rider yang melakukan kerja berat juga perlu berniat dan berazam untuk berpuasa seperti biasa “Namun berpada-padalah jika tidak berpuasa. Janganlah makan di khalayak ya. Lebih-lebuh lagi makan depan anak atau rakan. Seronok semacam pula bila ada kelonggaran tidak puasa. “Walaupun ketika itu kita tidak puasa, eloklah jaga adab-adab kita seperti orang berpuasa. Jangan pula berkumpul sesama rider buat pesta makan dan mengumpat. “Ingat, para feqah ada berpendapat bagi mereka yang bekerja berat tetap harus sahur dan berniat puasa di malam hari.

“Jika memang setelah berpuasa kita merasakan kesusahan kerana sangat lapar atau sangat dahaga sehingga membahayakan, barulah kita boleh membatalkan puasa,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Ridhuan turut berkongsi pendapat ulama mengenai golongan pemain bola sepak profesional ketika bulan Ramadan. “Sama juga ada ulama berpendapat puasa ke atas pemain bola sepak profesional muslim ketika Ramadan. Universiti Al-Azhar di Kaherah pernah mengeluarkan pendapat ada pengecualian dari berpuasa di bulan Ramadan kepada profesional seperti ini. “Jika kontrak antara pemain dan pasukan memerlukan pemain memberikan komitmen, dan boleh menjejaskan periuk nasinya, maka mereka yang bermain ketika puasa, dibenarkan untuk tidak puasa. Tapi ingat, kena ganti ya,” ujar Ridhuan mengakhiri bicara. KREDIT, MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published.