Orang ramai tak tahu macam mana struggle hidup ini, Sekali Shuk Sahar tampil bongkarkan sesuatu

Viral

Memang tak asing lagi kita dengan Pelawak penuh kotroversi ni. Pelawak Shuk Sahar tampil meluahkan perasaan berhubung kemelut rumah tangganya yang dikatakan sedang ‘bergolak’ ketika ini. Menerusi satu siarang langsung di TikTok, Shuk akui dia sekali pun tidak pernah melenting dengan tanggapan orang ramai serta dan komen warganet terhadapnya. Katanya di aplikasi tiktok “Saya sekali pun tak pernah melenting, aku terima guys,“ Orang kata Shuk curang, tak padan dengan muka, aku cuma nak korang fikir betul-betul life aku korang tak tahu story dia sepenuhnya, itu saja boleh cakap. “Macam mana aku struggle, bila aku hilang semua macam mana aku try cari ruang.“Mungkin kadang-kadang, silap aku nampak besar pada korang, aku minta maaf.“Kalau rasa apa yang korang tengok tak suka di mata korang aku minta maaf,” katanya.

Tambahnya, dia memilih untuk tidak menceritakan kisah sebenar yang berlaku di media sosial. “Untuk cerita sebenar sepenuhnya tentang diri ni, aku tak nak cerita di media sosial.“Biar orang betul-betul kenal je tahu, Aku minta maaf, kalau korang rasa tak best.“Malah di bulan puasa ini juga aku ambik kesempatan maafkan korang,” katanya. Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera terus menjadi tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu. Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Tak Puas Hati Isteri Makin Aktif Di Media Sosial, Kini Tak Pasal Pasal Shuk Sahar Tampil Perli Isteri. Kini nama pelawak, Shuk Sahar tidak asing lagi dengan kontroversi membabitkan isu rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera. Peminat masih lagi tertanya-tanya dan tidak mendapat jawapan tentang status perkahwinan mereka. Sementara itu, Rossa pula dilihat semakin aktif di media sosial. Menerusi video dimuat naik sebelum ini juga, Rossa dilihat menimbulkan tanda tanya tentang hubungan mereka. Baru-baru ini, Shuk pula ada membuat perkongsian di ‘instastory’ yang mendapat perhatian ramai setelah Shuk menggunakan ayat yang dikatakan seolah-olah sedang menegur seseorang.

Tidak dapat dipastikan kenyataan itu ditujukan kepada siapa namun sejak kebelakangan ini Shuk lebih banyak membuat ‘posting’ tentang nasihat dan pengajaran. Terdahulu, Rossa ada memuat naik ‘screenshot’ mesej dan panggilan telefon tida berjawab dipercayai daripada Shuk. Dia mendedahkan bahawa individu yang menghantar mesej itu sedang memujuk rayu selepas dia dilihat lebih gembira dengan kehidupannya kini. Sumber, Rose Merah

Kongsi Kisah Rumah Tangga Dalam Sebuah Rancangan TV, Shuk Sahar Ni Teruk Dikritik Warganet

Memang sudah tak asing lagi dengan seorang artis yang penuh kontroversi ini. Baru baru ini kecoh lagi dengan kejadian apabila pemilihan Shuk sebagai tetamu undangan rancangan TV, ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet. Nama pelawak, pelakon, dan pengacara Shuk Sahar kembali menjadi sebutan warganet. Ia susulan selepas selebriti itu  diundang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program bual bicara yang dihoskan oleh pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi. Kalini Shuk Sahar dijemput untuk kongsi kisah rumah tangga. Menerusi hantaran di akaun Instagram rancangan tersebut, Shuk dilihat sedang ditemu bual oleh Aznil atau dikenali ramai sebagai Pak Nil mengenai kisah rumah tangganya yang pernah bergolak sebelum ini disebabkan isu cur4ng.

Pelbagai reaksi yang mencetuskan kritikan dari warganet. Walaubagaimanapun, pemilihan Shuk sebagai tetamu undangan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet yang berpendapat stesen televisyen tersebut hanya mahu mengejar rating semata-mata. Malah ada yang berpendapat isteri kepada Shuk, Rossa Sera yang seharusnya menjadi tetamu jemputan program itu.Terdahulu, Shuk menjadi perhatian ramai berikutan beberapa dakwaan dia pernah berlaku cur4ng dengan isterinya, Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassiah Asshaferah yang pernah tampil mendedahkan bukti. Sekadar info, Shuk dan Rossa mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assifati Aimi yang kini berumur dua tahun. Sumber, murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.