Terkini kerajaan umumkan ada satu lagi bantuan untuk raya, rupanya ini golongan yang layak dapat

berita

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian itu termasuk kepada kakitangan di bawah skim contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP. “Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji April iaitu pada 25 April ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ismail Sabri berkata, bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM 923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara. “Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. “Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan peng.orbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia,” katanya. Katanya, kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas itu dapat meringankan b.eban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Kredit, HM

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Alhamdulillah Kerajaan Umumkan Minggu Depan Duit Bantuan, Ramai Lagi Yang Tak Tahu Rupanya Ada 2 Tarikh Yang Pm Umum. Kementerian Kewangan memaklumkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 1 akan disalurkan kepada penerima yang layak selewat-lewatnya 31 Mac ini. Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ketika ini terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN untuk BKM 2022. Beliau berkata, penelitian terperinci harus dilaksanakan oleh LHDN bagi memastikan tiada yang tercicir daripada BKM. “Saya difahamkan, LHDN sedang berusaha mengesahkan kelayakan penerima secepat mungkin. Saya tidak mahu LHDN tergesa-gesa memproses permohonan ini sehingga ada Keluarga Malaysia yang layak tercicir daripada menerima bantuan ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebook malam tadi.

Katanya, beliau faham masih ramai Keluarga Malaysia yang memerlukan bantuan dan sudah pasti mereka mengharapkan bantuan disalurkan dengan segera. Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM bakal menerima pembayaran bagi fasa satu secara berperingkat bermula 28 Mac depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran adalah sebanyak RM 100 hingga RM 300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.

Menurutnya, setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM 2.0 bilion. “Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan. “Bagi penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke akuan bermula 28 Mac hingga 8 April 2022. “Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah Sarawak, tarikh pembayaran dibuat bermula 30 Mac 2022 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional BSN. Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Ismail Sabri menambah, semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022. Katanya, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan. Kredit, SH

Berita Gembira Lagi Untuk Rakyat, Akhirnya Bantuan Yang Kerajaan Bagi Akan Mula Disalurkan Pada Tarikh Ni. BERITA baik buat Keluarga Malaysia apabila pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa satu akan disalurkan kepada 8.6 juta penerima, secara berperingkat mulai 28 Mac ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40. “Seramai 8.6 juta penerima akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima. “Ia merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan 3.4 juta individu bujang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, pembayaran BKM juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutama dalam menyambut bulan Ramadan. Menurut beliau, bagi penerima membabitkan isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac hingga 8 April ini. Sementara itu, katanya, penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, bantuan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), pada 30 Mac. “Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari masa ke semasa,” tambahnya.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan. “Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). “Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya. SUMBER, MSTAR

Alhamdulillah Ini Yang Rakyat Tertunggu Tunggu. Akhirnya Kerajaan Bagi Tahu Ini Jadual Bayaran Bkm Yang Terbaru. Rupanya Empat Kali Duit Masuk. Kuala Lumpur – Pastinya ramai nak tahu bilakah tarikh bantuan kerajaan akan dibayar. Kerajaan setiap tahun menyediakan pelbagai jenis bantuan khusus untuk kelangsungan hidup rakyat. Bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia BKM amatlah membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat ekonomi dan juga penularan wabak.

Dengan adanya bantuan daripada pihak kerajaan, ianya sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup yang ditanggung orang awam. Selain itu, bantuan ini juga dijangka dapat membantu mereka yang pemergian ahli keluarga menerusi skim khairat kemtian yang ditawarkan. Jadi bilakan bantuan-bantuan ini akan disalurkan? Rujuk maklumat yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa di bawah. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan menerusi Pembentangan Belanjawan 2022 yang telah diumumkan dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.