Tular video Hael menanyi sambil wayarr ada dalam hidung, rupanya ini fungsi wayar tu masuk hidung

artis

Hael Husaini, nama yang tidak asing lagi di tanah air. Beliau diIahirkan pada 10 Disember tahun 1988 berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan. Hael Husaini merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu Malaysia. Beliau adalah salah seorang penyanyi kumpulan Azhael yang pernah dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Akademik Fantasia musim kesepuluh. Pada tahun 2017, beliau telah mengeluarkan kenyataan pengunduran diri dari kumpulan itu di laman Instagram nya dan akan tetap meneruskan bidang nyanyian nya secara solo.

Video klip ini disiarkan sebelum bulan Ramadhan, dalam video klip ini menunjukkan Datuk Syafinaz, Hael Husaini dan beberapa penyanyi Malaysia membuat satu uji4n peti suara jika nyanyian beliau mempunyai masalah kesihatan. Orang ramai turut mengatakan, sangat bangga dengan penyanyi Malaysia yang mampu mengawaI nyanyian nya dalam keadaan sebegitu dan ada juga menceritakan pengalaman mereka di ruang komen.

Datuk Syafinaz Binti Selamat atau dikenali sebagai Datuk Syafinaz dilahirkan pada 11 Januari tahun 1973 berasal dari Pontian, Johor. Beliau merupakan seorang penyanyi Malaysia yang popular menerusi lagunya berjudul ‘Ingin Bersamamu’, dan seorang jurulatih vokal terkemuka serta juri dalam beberapa program nyanyian dan seni persembahan di seluruh tanah air. Lihat apa juga kata orang ramai: @ahcap_kali,okay.. kepada yang bertanya.. alat ni sebenarnya untuk melatih kita nyanyi menggunakan suara hati.. so tak perlu guna suara tekak tambah² bln puasa ni. Klik sini untuk lihat video.

@habibti, Waowww berapa agaknya kelas mcm ni, siap bawak utk treatment sekali fuhh dahsattt. @Itsweirdosection, kalau aku ni terbersin dulu baru boleh nyanyi. @Asri Mohd326, Waa… semua yg belajar ke check sorang2 peti kotak suara .. @SalasiahAngah, sy pernah masuk camera dlm idong mcm ni .. actually da spray siap² dah tu …xsama dgn swab @ SitiShah, btl² ada rupanya utk cek peti suara ni.. mcm cerita penthouse tu dia operate nk bg ok balik suara dia. Perkongsian video klip di Tiktok ini mendapat sambutan orang ramai sebanyak 253.8K penonton, 12.3K sukaan dan 119 komen. Sumber, Rotikaya

Ada Yang Cakap Dia Buat Pembdahan Plastik, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pengakuan Dari Tuan Badan Buat Ramai Yang Tergamam

Kontroversi dalam kalangan artis sudah menjadi lumrah dalam industri hiburan. Hael Husaini atau nama sebenar Hal Husaini Razmi merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu Malaysia. Kerjaya Husaini dalam bidang muzik bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2006. Selepas banyak desas desus mengatakan Hael ada menjalani operasi plastik untuk lebih segak dia tampil menafikan dakwaan tersebut  yang didakwa oleh warganet.

Hael berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip itu boleh tercetus, namun mengakui ada terdengar tudhan tidak berasas berkenaan. “Saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja. Apa yang boleh saya katakan, makin kita meningkat usia semakin kita pandai jaga diri. “Waktu muda dulu mungkin saya tidak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah makin tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin,” katanya. Menurut Hael, dia mengaku bertuah kerana memiliki syarikat pengurusan yang amat menitikberatkan soal penampilan selain aspek nyanyian.

“Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional. “Kalau dulu, umpamanya saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan. Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera,” katanya. Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, di sini, hari ini. Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu adalah acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. Festival terbesar Ramadan itu juga mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Sumber, Harian Metro

Hael Husaini rindu dengan sorakan penonton. Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebelum memuat naik hantaran di media sosial. Ia susulan golongan selebriti antara yang menjadi perhatian dan sasaran warganet membabitkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Hael, 34, berkata, dia sebolehnya mahu menjaga sensitiviti dan mengelakkan perkara itu disalah tafsir. “Sebenarnya walau siapa pun kita, kita cubalah sedaya upaya untuk mengikut SOP. Saya sangat jarang keluar rumah ketika pelaksanaan PKP melainkan atas urusan penting atau kerja.

“Saya juga sangat berhati-hati dengan apa yang saya kongsi di laman sosial bagi menjaga sensitiviti dan mengelakkan orang salah tafsir,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya perkara pertama dan paling rindu untuk dilakukan jika aktiviti seni kembali beroperasi, Hael yang popular menerusi lagu Jampi berkata, dia rindukan membuat persembahan pentas dengan kehadiran penonton dan peminat. “Saya sangat rindu untuk melakukan persembahan yang boleh dihadiri penonton. Sorakan dan reaksi mereka semasa menyaksikan persembahan adalah tenaga yang saya sangat rindu. “Saya juga akan menjayakan konsert jika suatu hari nanti penonton sudah dibenarkan untuk menghadiri acara hiburan,” katanya.

Kecoh Hael Husaini di Itaewon. Pengurusan Hael Husaini bercadang mengambil tindakan terhadap seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan yang dikatakan memfitnah penyanyi terbabit berhibur di sebuah kelab hiburan gy di Itaewon. Menerusi perkongsian dari kelab peminat Hael di aplikasi TikTok, tindakan susulan akan diambil kepada pelajar berkenaan di atas tuduhan yang dilihat tidak berasas. “Berhenti budak itu nanti. Tak belajar dah dekat situ. Kalau dia padam sekalipun dah terlambat dik. Aku dah jumpa YouTube dia, Instagram dia semua. Alamat rumah semua dah jumpa,” kata pengurusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.