Amyra baru je sembuh dari sakit misteri, sekali ini pulak yang jadi dekat anak perempuan Amar Bahrin

artis

PASANGAN pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli diduga sekali lagi apabila anak kedua mereka iaitu Ayra Aryssa mengalami demam panas dan dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, Rabu. Baru sahaja sembuh dari Covid-19 pada Januari lalu, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin bimbang apabila suhu badan Ayra yang baru berusia dua tahun mencecah 41 darjah celsius. “Arysasa mengalami demam panas… suhu badannya tinggi sehingga mencecah 41 celsius. Melihat keadaanya itu, kami terus bawa dia ke hospital Prince Court, KL pada sekitar 1 pagi tadi.

“Sehingga kini, Aryssa masih ditahan wad dan pagi tadi baru jumpa doktor. Keadaan dia masih dalam pemantauan dan kami tak buat ujian calitan sebab dia baru baik dari Covid-19. “Tiba-tiba demam panas dan tak tahu punca dia apa. Itu yang membuatkan kami risau sangat,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Rabu. Terdahulu, pasangan selebriti itu memuat naik foto keadaan anak mereka yang terlantar sakit di sebuah hospital di laman Instagram masing-masing pada Rabu. Rata-rata warganet serta rakan selebriti mendoakan agar anak perempuan pasangan itu diberikan kesembuhan dengan cepat.

Tiba-tiba demam panas dan tak tahu punca dia apa. Sementara itu, Amar memberitahu anaknya kini dijaga oleh adik iparnya kerana dia dan isteri terpaksa menjalani penggambaran yang sudah dijadualkan. “Saya dan Amyra tak dapat nak teman dia di hospital sebab kami berdua ada penggambaran, kebetulan jadual padat pula. Sekarang ini, mak saudara Aryssa yang teman di hospital,” ujarnya. Sebelum ini, Amyra mengalami sakit sendi dan lbm di beberapa bahagian tubuhnya selain batuk tidak henti menyebabkan dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 31 Mac lalu, Amar memaklumkan keadaan itu tidak pernah berlaku dan isterinya juga telah menjalani pemeriksaan namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik. Amar dan isteri serta anak-anak mereka. Berkongsi keadaan kesihatan Amyra terkini, Amar melahirkan rasa syukur apabila isterinya sudah kembali sihat selepas menjalani rawatan di hospital dan perubatan Islam. “Alhamdulillah, Amyra pun dah mula bekerja dan menjalani penggambaran sejak kelmarin. Keadaan dia pun dah sihat macam biasa. Syukur tak berpanjangan sakit dia itu. “Memang kami ada ikhtiar dua cara… hospital dan perubatan Islam. Alhamdulillah, dia pun dah sihat dan dapat bekerja seperti biasa,” katanya. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun. kredit, mstar

Dah Ikhtiar Dengan Perubatan Islam, Amar Bahrin Dedahkan Keadaan Terkini Isteri Buat Ramai Yang Terkedu. Tanpa mengetahui sebab, pelakon Amyra Rosli mend.erita penyakit misteri apabila mengalami sakit sendi seluruh badan, selain kakinya bengkak dan lebam-lebam sejak seminggu lalu. Ujar Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, ketika dihubungi, sukar untuk menggambarkan keadaan dirinya ketika ini kerana mendakwa dia tidak sakit tetapi sakit. “Susah untuk saya cakap. Saya boleh bergelak ketawa dan berlakon seperti biasa mengikut kehendak babak. Tetapi hakikatnya saya alami sakit sendi satu badan dan lbam kaki sampai tak boleh bergerak.

“Paling teruk, sakit yang dialami ini kena bahagian anggota badan yang saya gunakan untuk bekerja iaitu pergelangan tangan dan kaki. “Kesannya teruk sampai saya tak boleh nak bekerja. Kalau waktu tidur malam, nak angkat selimut yang nipis pun saya tak larat. Kalau nak angkat telefon pula, rasa berat macam angkat batu,” katanya. Ujar Amyra, dia sendiri tidak berani untuk mengaitkan sakit yang dialaminya ada kaitan dengan sejarah jangkitan Covid 19 pada 6 Mac lalu. “Selepas mengalami sakit ini, saya sudah pergi buat ujian makmal sebanyak dua kali di hospital, tapi kesudahannya doktor sendiri pun tak tahu punca atau penyakit apa yang saya sedang alami sekarang.

“Bacaan jantung, paru-paru dan cairan merah sangat baik tak ada masalah. Bacaan sangat sempurna, jadi keadaan ini buatkan saya tertanya-tanya,” katanya yang turut berikhtiar dengan cara rawatan homeopati. Pelakon, Amar Baharin, mengambil inisiatif menggunakan cara perubatan Islam sebagai ikhtiar buat isteri tercintanya yang juga pelakon, Amyra Rosli, berhubung penyakit yang dialami pelakon itu ketika ini. Pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berkata, lbam dan bngkak di bahagian kaki yang dialami Amyra masih belum dapat dikenal pasti, walau sudah membuat pemeriksaan doktor. “Kami sudah berjumpa dengan doktor, tetapi masih tidak dapat mengenal pasti sakit apa. Cuma doktor kata ia mungkin kerana post Covid19.

“Semua ini jadi sebaik sahaja Amyra pulih dari jangkitan virus Covid 19. Jadi, kami sudah ikhtiar ke hospital kini ikhtiar untuk ruqyah pula. “Semalam cuba buat ruqyah sebagai ikhtiar. Insy-Allah, semoga Allah beri kesembuhan buat Amyra. Amin,” katanya. Mengulas lanjut, suami kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi perkembangan terkini isterinya yang masih mengalami lbam dan bngkak di kaki.Sebelum ini, Amar berkongsi mengenai keadaan isterinya itu menerusi satu perkongsian menerusi Instagram miliknya. Amar turut memberitahu keadaan itu tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra sebelum ini. Amyra bagaimanapun telah menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian cairan merah dalam keadaan baik. Sekadar informasi, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Kredit, Kosmo

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.