Macam ada yang tak kena dengan badan, rupanya Ziana Zain alami sesuatu dengan kesihatannya dan ini yang dia dedah

artis Uncategorized

Penyanyi terkenal, Ziana Zain mendedahkan dia mengalami masalah gastrik dan dia mula sedar akan gangguan berkenaan sejak 2018 lalu. Menurut Ziana, dia sebelum ini pernah membuat pemeriksaan jantung susulan situasi yang berlaku. Lalu, Ziana mengharapkan yang terbaik selepas melakukan pertemuan kali kedua dengan pakar perunding operasi dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher berhubung gastik yang dialami.

“Alhamdulillah dipertemukan dengan @dr.mustafamt. Actually ini kali kedua berjumpa dengan beliau untuk consultation tentang gastrik. Since 2018 dah mula rase ade sesuatu yg tak kena dengan diri ini. Perut cepat rase tak selesa, angin dalam badan yg menyebabkan kesukaran bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan jantung. Semua ini banyak menganggu urusan harian dan kerja. Setelah membuat beberapa pemeriksaan rupanya ada masalah gastrik. Hopefully dengan awatan yang diberikan oleh @dr.mustafamt kesihatan akan kembali normal dan dapat meneruskan kerja tanpa sebarang masalah. InsyaAllah. Doakan moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” tulisnya pada satu hantaran di Instgaram. Pada ruangan komen, para peminat menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi Puncak Kasih ini, semoga terus diberikan kesihatan berpanjangan. Sumber, Media Hiburan

Tuduh Anuar Zain g.y, Ziana Zain anggap Vida biadab

Orang kata, sebab pulut santan binasa, sebab mulut menjawablah Datuk Seri Vida. Situasi tersebut yang berlaku apabila penyanyi popular, penyanyi Ziana Zain tampil menempelak usahawan kosmetik itu yang sewenang-wenang menuduh adiknya, Anuar Zain mengamalkan gaya hidup s.0ngsang atau g.y. Katanya, usahawan kosmetik tersebut bertindak keterlaluan dengan secara kurang ajar apabila mengeluarkan tuduhan melulu dalam sesi secara langsung Instagramnya (IG Live).

“Sangat biadap,” itu maklum balas ditinggalkan penyanyi Puncak Kasih itu menerusi laman sosial seorang pengguna TikTok yang telah mengulang siar video IG Live  usahawan berusia 51 tahun itu. Daripada sesi berkenaan dapat dilihat Vida membalas usul seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar namun secara berbisik jelas kedengaran dia menyebut perkataan gay. “Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gy!” kata penyanyi lagu I Am Me itu.

Sikap Vida yang selamba menilai kecenderungan sks orang mengikut pemahaman sendiri itu menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet, sehingga ada yang mencadangkan penyanyi lagu Sedetik Lebih itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida.

“Anuar boleh saman ini,” kata seorang warganet. “Ini soal maruah, jangan buat main-main. Kaya tidak bermakna boleh mengh.na dan menftnah orang lain sesuka hati,” komen seorang pengguna TikTok. Terdahulu, pelbagai nama selebriti lelaki yang dicadangkan kepada Vida untuk dijadikan sebagai model dalam video muziknya dan yang paling dinanti-nantinya ialah Aweera. Sumber: K! ONLINE

Rotan anak: Rayuan bekas suami Ziana Zain ketepi sabitan, hukuman penjara didengar 15 Sept

Armin memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Jan lepas terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 Sept tahun lepas. Rayuan bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri untuk mengetepikan s.bitan dan hkvman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Sept ini. Timbalan Pendkwa Raya Shukor Abu Bakar berkata rayvan itu akan didengar di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

“Mahkamah memerintahkan pihak pendkwaan selaku responden dan perayu (Armin Zaharin) memfailkan hujahan masing-masing pada atau sebelum tarikh pendengaran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sementara itu, peguam Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin Zaharin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Armin Zaharin, 56, memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Jan lepas terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 Sept tahun lepas.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hkvman penj.r4 lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertdvhan dengan sengaja menyebabkan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018. Bapa kepada empat cahaya mata itu didkwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hkvman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Armin Zaharin dit.ngkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 53, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Feb 2018. Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin, sah berpisah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun. Sumber, BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.