Siap cakap ada drh pontianak, Ramai yang terkejut bila tahu perkara sebenar tentang Dr Sheikh Muszaphar

artis

Umum lagi kita ketahui dengan Angkasawan terkenal tanah air Sheikh Muszaphar, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tampil berkongsi dengan pengikutnya di media sosial mengenai dirinya yang masih pergi bersenam di gim walaun sudah berusia 50 tahun. Menerusi video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok,  Dr Sheikh Muszaphar dilihat sedang bersenam di gim serta menitipkan pesanan agar jangan mengalah untuk kekal cergas. “Saya berusia 50 dan saya masih ke gim. Jangan putus asa, push hard, look good, feel good, stay fit.”-Dr Sheikh Muszaphar.

Warganet Luah Rasa Terkejut 

Dilihat pada ruangan komen usahawan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan usia angkasawan negara itu yang sudah berusia 50 tahun. Malah ada yang berseloroh Dr Sheikh Muszaphar mempunyai “drh pontianak” untuk kelihatan muda. Antara komen dari warganet ialah, “Macam tak caya je dah 50. Look young.”,“Tak nampak like 50’s pun @DrSheikh. Look young.”,“Serius dr 50??,“Dr..You ada darah vampire ke? Look so young”,“Eh dah 50. Rasa macam baru je lagi tengok wedding.” Terdahulu, angkasawan negara ini pernah memberitahu bahawa peningkatan obesiti yang berlaku dalam kalangan wanita adalah realiti yang harus diterima dan tidak menolak bahawa jumlah lelaki yang obesiti di Malaysia lebih banyak dari mereka. Sumber, murai

Warganet puji cara Dr Sheikh Muszaphar pujuk isteri untuk tambah anak. Bingkisan Muszaphar itu mendapat respons yang sangat positif dalam kalangan pengikutnya di Instagram. – Foto/Instagram@drsheikhmuszapharBARU-BARU ini, personaliti media sosial Dr Sheikh Muszaphar memuat naik satu perkongsian yang sangat manis di Instagram. Menerusi kapsyen yang ditulis pada sekeping gambarnya bersama keluarga, Muszaphar berkata, dia begitu menyukai keluarga yang besar.“Saya suka dengan sebuah keluarga yang besar dan secara semula jadinya, saya mahukan lebih… insya-Allah dengan keizinan Mu. “Tapi pertama sekali, saya mesti meyakinkan Dr Halina (isterinya). Apa pun, ia badan milik isteri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi tips kepada bapa di luar sana yang ingin meyakinkan isteri yang masih ragu-ragu untuk melahirkan lebih zuriat.“Saya akan uruskan segalanya sementara kamu (isteri) berehat. Kamu masih cantik seperti selalu dengan enam orang anak. Tidakkah kamu mahu lihat lebih ramai anak-anak yang indah? Mereka akan jaga kita pada hari tua nanti.“Kita tidak akan sunyi. ‘Huru-hara’ buat kita jadi muda. Ia merupakan satu sunnah untuk meramaikan ummah. Jom pergi shopping dan beli apa yang kamu mahu. The more the merrier.“Kita menua sehingga ke Syurga. Saya cintakan kamu selamanya walau apa pun keputusannya,” tulisnya. Bingkisan Muszaphar itu mendapat respons yang sangat positif dalam kalangan pengikutnya di Instagram.

Seorang warganet menulis: “Betul, the more the merrier terutama pada Hari Raya,” tulisnya. Sementara itu, menerusi laman Twitter pula, pengguna media sosial turut memuji perkongsian yang dimuat naik di Instagramnya itu, cuma ia perlulah sejajar dengan realiti kehidupan.“Dr Sheikh Muszaphar tu adalah contoh suami yang bijak, kaya dan mampu. Ada juga suami dekat Malaysia ni bijak, tapi tak kaya dan tak mampu. Tak jadi jugak. “Setiap orang kemampuan berbeza. Terpulang kepada individu,” katanya.Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2. Sumber, gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.