Rindu belaian kawan baik suami, Sekali ini yang terjadi lepas suami keluar dari penjara

kisah rumah tangga

Assalamualaikum min. Tolong siarkan cerita saya. Saya guna facebook kawan. Saya berumur 35 tahun telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata lelaki berumur 10 tahun dan yang kecil 7 tahun. Saya boleh dikatakan cantik kerana ada darah campuran c1na s1am. Seorang suri rumah sepenuh masa dan tidak bekerja selepas kawin. Hidup hanya bergantung sepenuhnya pada pendapatan suami. Suami saya telah dikenakan hukuman penj4ra atas ksalahan d4dh pada tahun 2017. Atas kelakuan baiknya 5 bulan lepas dia telah dibebaskan. Masalah saya sekarang ni, saya dah mengandung 7 bulan lebih. Dan suami tak tau usia sebenar kandungan saya. Anak yang saya kandungkan ini bukan benih dari suami saya sebaliknya benih dari kawan baik dia.

Selama suami di penjra, kawan baik dia sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan saya serta anak anak. Makan pakai kami terjaga kerana suami ada berpesan pada kawan dia. Sekiranya apa2 terjadi pada dirinya bantu dan jaga family dia elok elok. Jadi kawan baik dia jaga kami dengan baik. Jaga saya dari segi zahir dan batin. Keinginan saya sentiasa dipenuhi dan layanan kawan baik suami membuatkan saya wanita paling bahagia di muka bumi. Memang terbaik dan saya berasa amat puas sekali. Berlainan sekali dengan layanan suami pada saya. Atas kelekaan dan keasyikan itu saya disahkan hamil kawan baik suami saya tidak menjalankan tugas dia menjaga saya dan anak2 bila mana suami telah dibebaskan.

Suami tak tahu waktu dia dibebaskan saya dah mengandung 2 bulan. Sebab masa dia keluar penj4ra, memang dia kerjakan saya setiap masa. Maklumlah dah lama berpuasa. Jadi suami sangka kandungan ini adalah benih dari dia. Kawan baik suami ada pesan supaya rahsiakan dari pengetahuan suami. Masalah saya sekarang ni perlu atau tidak saya beri tahu suami tentang status kandungan saya atau perlu saya diamkan sahaja. Saya sayang suami saya dan saya juga rindukan belaian kawan baik suami. Apa yang terbaik dan patut saya lakukan sekarang. Saya betul betul buntu. Sumber, trending sangat

Lepas Suami Tiada Semua Hutang Isteri Tanggung, Isteri Anak 5 Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Terkedu. Aku isteri anak 5. Telah kehilangan suami setahun lalu. Suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keluarga kami bahagia..mempunyai 5 anak kan.gado tu biasa.Saya bekerja. Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k. Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri. Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. suami bekalkan bayaran bulanan cuma xde la memenuhi keperluan sebulan. tapi,saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.

Berbalik pada selepas pemergian suami saya, tidak disangka, suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya. untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k. saya terdiam ketika menerima wasiat. saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat mbantu, cukup untuk mbayar hutang suami telah memadai.. Mashaallah..hutang suami sy mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dll) Dengan apa saya mahu bayar. .Sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18tahun..saya terduduk.. Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang2 suami dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2.

Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya, bukan tidak dibagi..tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hutang. saya begitu sedih. Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya, yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, xdisangka bersifat demikian. tidak berlaku adil. Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua xbekerja dan anak2 yang masih sekolah(adik suami). sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya.

Saya tak nak gadhkan.. saya begitu sedih. saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa. Makan apa yang mampu.. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi. Selepas kejadian,keluarga suami lebih menyepi, mungkin takut saya menuntut lebih, saya dah redha. Saya percaya rezeki Allah itu pasti. Saya berserah pada Allah. Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti. Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2. Tapi masa inilah, mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya.

Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat, saya terpaksa berdaftar ke AKPK,walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya.Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya.saya membayar sepenuhnya hutang suami..Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur..anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu..

Untuk sang suami di luar,tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama, yang menjaga dan mnguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan. apatah lagi waktu suami pergi menghadap illahi. Jangan biarkan isteri menanggung hutang. cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan suami tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.