Kehilangan anak ketika bercuti, Sikap cuai keluarga ini menimbulkan kemarahan warganet

Viral

Baru baru ini tular di aplikasi tiktok berkenaan dengan sebuah keluarga kehilangan anak mereka. Hampir luruh jantung. Begitulah situasi yang melanda wanita ini apabila dia dan suami menyedari kehilangan anak lelaki mereka yang baru berusia lima tahun pada 2 April lalu. Menurut Subariah Mohd Rasidi, 35, yang senang disapa Alang, dia sekeluarga menyedari kehilangan itu selepas 10 minit menaiki kereta, sejurus mendaftar keluar dari sebuah hotel di Kuantan, Pahang. “Kami sekeluarga dari Kelantan dan pergi bercuti di Kuantan. Saya dan suami membawa lima orang anak serta ibu yang berusia 80 tahun untuk menginap di hotel, bercuti sebelum Ramadan. Klik link

Kata wanita ini“Ketika proses check out, saya dah letakkan anak-anak saya dalam kereta. Suami sedang jaga anak bongsu kami. Anak sulung saya pula sedang bantu neneknya yang sudah uzur. Lagi tiga orang anak juga sudah dimasukkan ke dalam kereta. “Selesai proses check out, saya pun masuk kereta, lalu kami terus bergerak pulang ke Kelantan. Dalam 10 minit perjalanan, tiba-tiba saya rasa sunyi. Saya rasa macam ada tertinggal sesuatu. “Apabila saya panggil, salah seorang anak saya tak menyahut. Kemudian baru kami semua perasan yang anak nombor empat saya tiada dalam kereta,” ujarnya.

Menurut Alang, anak keempatnya itu, Muhammad Noah Haziq Hafiss yang diberi gelaran Emat ditemui sedang berada di tepi jalan, berhampiran hotel berkenaan. Tambah jurumekap yang menetap di Kota Bahru itu, dia bersyukur kepada Allah dan berasa lega apabila anaknya ditemui dalam keadaan selamat, sekali gus menoktahkan segala rasa takut yang bermain dalam dirinya. Katanya lagi ada yang cakap saya cuai, saya harap kejadian ini tak berlaku kepada orang lain. Kata wanita itu lagi, “Saya memang dah takut. Kalau boleh nak buat laporan polis. Tapi suami minta bertenang dulu. Kami terus patah balik dan pergi ke arah hotel.

Apabila kami sampai sana, nampak dia kat tepi jalan, “Nampak muka Emat penat. Rupa-rupanya dia kejar kereta kami. Bila letih dan tak dapat kejar, dia patah balik berjalan ke hotel. Saya tak tahu nak cakap lega macam mana apabila nampak dia. Saya bersyukur dia selamat. “Rupa-rupanya sebelum kejadian itu, dia keluar dari kereta. Pada waktu itu, dia pergi tengok akuarium dekat hotel. Saya pula sedang check out, apabila selesai terus masuk kereta sebab ingat semua anak dah ada,” imbas Alang lagi.

Mereka sekeluarga menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Alang turut berkongsi video kejadian itu sehingga tular menerusi aplikasi TikTok. Tambah Alang, ada segelintir netizen turut menuduh dia sebagai ibu yang cuai, namun dia enggan mengambil pusing dengan komen berkenaan. “Mereka tak tahu kejadian sebenar. Saya dah letak dia elok-elok dalam kereta. Tiba-tiba dia turun tak cakap pada sesiapa, tiada seorang pun perasan. Ramai yang komen doakan baik-baik. “Yang cakap saya cuai pun ada. Saya harap kejadian ini tak berlaku kepada orang lain. Kita rasa kita dah jaga, tapi tetap terlepas pandang. Alang tenang berhadapan komen warganet yang menuduhnya cuai, katanya lagi ‘Emat ni dia jenis tak suka bergaul. Dia bukan autisme atau orang kelainan upaya (OKU). “Terima kasih kepada semua yang bagi kata-kata semangat untuk saya,” ujar Alang lagi. Sehingga kini, video yang dikongsi menerusi TikTok meraih lebih 230,000 tontonan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.