Isteri tengah mengandung tapi kecewa bila suami masih melayan perempuan lain, bila ditegur ini jawapannya buat ramai terkejut

Viral

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Assalamualaikum. Pertama kali saya berkongsi cerita & perlukan sedikit kata2 semangat & pendapat dari sahabat semua. 4 tahun berkahwin, ada anak perempuan seorang 3 tahun & bakal melahirkan anak kedua raya ni. Kalini keluarga kami diuji dengan masalah kerja suami dan beberapa perkara yang melibatkan kewangan. Dalam sarat menunggu hari, saya tetap kerja menguruskan bisnes, kerja sambil jaga anak 3 tahun yang tengah melasak, segala hutang piutang suami saya tolong bayarkan, keluarga saya pun tolong mana yang mampu sebab kami kesian tengok keadaan dia terkapai2, mana mungkin saya sebagai isteri biar suami tanggung sendiri dengan harapan dia lebih focus dalam kerja macam dulu2.

Tapi sikap pns brn, sikap suka main apps2 dating buatkan saya menjauh hati. Bila susah lembut cakap nya, bila selesai masalah habis m.ki h.4mvn sampai keturunan keluarga di hembur dengan kata2 kesat yang Allah je tau perasaan saya, kami hempas pulas nak selesaikan masalah dia, maki4n yang dibalasnya. Masalahnya sebelum2 ni pernah juga saya di pukvl dic£kik dan dihalau hanya disebabkan masalah2 yang ada, masa tu saya kosong takde apa2 hanya suri rumah sebab masa nikah dia suruh saya berhenti kerja tutup bisnes yang ada, tapi lepas macam2 saya kena kandungan yang kedua ni (kantoi main apps dating, dic£kik pukvl ketika sarat, h.na keluarga saya) saya betul2 nekad nak cari pendapatan sendiri dengan sokongan keluarga.Dah pergi pejabat agama untuk kaunseling, tapi tiada perubahan.

Baru ni dia dapat kerja semula, bila malam saya minta tolong buatkan susu anak, habis dihempas pintu, esok pagi saya kena m.ki hamun bb! 4njng sebab ganggu dia tidur. Apa yang kakak2 semua buat jika suami ada sifat panas baran ya? Saya betul-betul rasa kecundang sangat, rela jaga sendiri lepas bersalin dari kena hadap benda ni lagi lama. Lagi seminggu dua tarikh nak bersalin, makin sayu saya rasa, makin jauh, makin rasa tak diperlukan. Saya dan keluarga betul-betul dah terasa hati bila melibatkan main keturunan, mereka lah yang bantu bila suami susah, saya terkilan sangat. Bila saya tegur pasal perangai yang suka main apps dating cari perempuan, tengok video luc.h (walaupun dia kata normal sebab masih muda nfsv tinggi) mungkin itu saya boleh faham dan tolak tepi,tapi bila start cakap “berlambak lagi perempuan boleh jaga aku, aku harap kau mmpvs bersalin) Tak boleh ke rasa bahagia saat-saat hujung sebelum bersalin. Andai kata pisah, boleh ke saya uruskan semua seorang diri tanpa susahkan sesiapa. Hati saya kosong, Allah je tempat saya berg4ntung harap. Sumber, kisahrumahtangga.my

Lepas Suami Tiada Semua Hutang Isteri Tanggung, Isteri Anak 5 Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Terkedu

Aku isteri anak 5. Telah kehilangan suami setahun lalu. Suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keluarga kami bahagia..mempunyai 5 anak kan.gado tu biasa.Saya bekerja. Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k. Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri. Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. suami bekalkan bayaran bulanan cuma xde la memenuhi keperluan sebulan. tapi,saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.

Berbalik pada selepas pemergian suami saya, tidak disangka, suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya. untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k. saya terdiam ketika menerima wasiat. saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat mbantu, cukup untuk mbayar hutang suami telah memadai.. Mashaallah..hutang suami sy mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dll) Dengan apa saya mahu bayar. .Sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18tahun..saya terduduk.. Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang2 suami dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2.

Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya, bukan tidak dibagi..tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hutang. saya begitu sedih. Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya, yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, xdisangka bersifat demikian. tidak berlaku adil. Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua xbekerja dan anak2 yang masih sekolah(adik suami). sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya.

Saya tak nak gadhkan.. saya begitu sedih. saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa. Makan apa yang mampu.. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi. Selepas kejadian,keluarga suami lebih menyepi, mungkin takut saya menuntut lebih, saya dah redha. Saya percaya rezeki Allah itu pasti. Saya berserah pada Allah. Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti. Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2. Tapi masa inilah, mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya.

Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat, saya terpaksa berdaftar ke AKPK,walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya.Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya.saya membayar sepenuhnya hutang suami..Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur..anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu..

Untuk sang suami di luar,tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama, yang menjaga dan mnguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan. apatah lagi waktu suami pergi menghadap illahi. Jangan biarkan isteri menanggung hutang. cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan suami tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.