Berjumpa ustaz untuk membuat rawatan lanjut, Sekali Amyra Rosli dedahkan apa terjadi

artis

Umum lagi kita ketahui dengan berita berkenaan Amyra Rosli. Kini pelakon, Amar Baharin menyatakan kerisauannya terhadap keadaan kesihatan isterinya yang juga merupakan pelakon jelita, Amyra Amyra Rosli yang kini dikatakan mengalami beberapa s.imptom pelik seperti sakit-sakit badan dan batuk berpanjangan. Menurut Amar, simptom-simptom tersebut sebenarnya telah berlarutan semenjak isterinya disahkan positif C.0vid19 sejak awal Mac yang lalu. Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan pihak doktor juga dikatakan gagal untuk mengesan penyakit yang dialami oleh isterinya itu. Tanpa mengetahui sebab, pelakon Amyra Rosli mende.rita sakit mi.steri apabila mengalami s.akit sendi seluruh badan, selain kakinya bengkak dan lebam-lebam sejak seminggu lalu.

Ujar Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, ketika dihubungi, sukar untuk menggambarkan keadaan dirinya ketika ini kerana mendakwa dia tidak s.akit tetapi s.akit. “Susah untuk saya cakap. Saya boleh bergelak ketawa dan berlakon seperti biasa mengikut kehendak babak. Tetapi hakikatnya saya alami s.akit sendi satu badan dan l.ebam kaki sampai tak boleh bergerak. “Paling t.eruk, s.akit yang dialami ini meny.erang bahagian anggota badan yang saya gunakan untuk bekerja iaitu pergelangan tangan dan kaki. “Bacaan jantung, paru-paru dan d.arah sangat baik tak ada m.asalah. Bacaan sangat sempurna, jadi keadaan ini buatkan saya tertanya-tanya,” katanya yang turut berikhtiar dengan cara rawatan homeopati.

Ustaz Beritahu Kemungkinan

Kata isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, selain mencuba homeopati, dia juga berusaha mencari penyelesaian menerusi rawatan islamik bersama seorang ustaz sejak semalam. “Semalam cuma sempat buat panggilan video dengan ustaz, baru hari ini dia boleh datang rumah untuk berubat. “Seperti dinasihatkan ustaz, saya sendiri pun tak ada fikir bukan-bukan atau tuju kepada sesiapa perihal s.akit ini. Cuma ustaz kata, berkemungkinan disebabkan saya jalani penggambaran di bermacam tempat seperti hutan, kawasan perkampungan dan h.ospital. “Saya fikir positif saja, mungkin terlanggar atau terpijak sesuatu memandangkan waktu mula-mula sakit, saya sedang datang h.aid,” kata Amyra. Buat masa ini, Amyra terpaksa berehat dan cuti bekerja sementelah dalam beberapa hari ini, dia tidak terlibat dengan jadual penggambaran drama terbaharu lakonannya bersama Remy Ishak, Jangan Menangis Cinta. Sumber, online malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.