Baim Wong kantoi makan pada bulan puasa, Sekali ini pula reaksi daripada warganet

artis

Siapa tak kenal akan pelakon sinetron Indonesia ini, kalini viral video Baim Wong kantoi tak puasa. Tahukah anda bulan ramadan yang datang setahun sekali memberi banyak makna kepada kita sebagai umat Islam. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, bulan puasa juga mengajar kita erti kesabaran dan ketaatan dalam menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara kurang baik. Mungkin disebabkan kedatangan bulan puasa sekali hanya setahun, ramai yang terlupa untuk ‘berpuasa’ gara-gara rutin makan siang atau mengunyah jajan pada waktu senggang. Hal ini yang dialami oleh pelakon dan Youtuber popular Indonesia, Baim Wong. Menerusi sepotong video yang viral baru-baru ini, kelihatan Baim sedang memeriksa keadaan kolam renang yang sedang dibaik pulih di kediamannya. Klik link

Sambil melihat perkembangan kerja-kerja pembaikan, Baim dilihat menguyah sesuatu sambil gelagatnya terus dirakam oleh jurukamera. Hal tersebut berlaku pada siang hari di bulan Ramadan, ketika semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Menariknya, Baim sempat menghulurkan makanan yang sedang dinikmatinya kepada salah seorang pekerja yang berada di situ, namun ditolak kerana katanya dia berpuasa. “Eh saya makan? Lupa, kenapa tak cakap” katanya sambil mengeluarkan semula makanan yang ada di mulutnya dan tertawa. Meninjau ruangan komen, kelihatan beberapa respons daripada warganet yang cukup mencuit hati. “Rezeki sesungguhnya,” jelas seorang warganet. “Dah nak habis baru sedar ya pak cik,” tulis seorang pengguna TikTok pula. “Salah cameran tak tegur,” ungkap seorang wargamaya pula. Namun, melanjutkan tinjauan ke ruangan komen, rata-rata memberitahu bahawa video berkenaan merupakan video lama. Difahamkan, ia merupakan video yang dirakam pada bulan Ramadan tahun lalu. Sumber, gempak

Baim Wong didakwa suka jual kisah sedih untuk ‘content’ YouTube. Pelakon Baim Wong masih menjadi sebutan hangat pada kalangan segelintir warganet di media sosial berikutan masalah yang pernah berlaku di antaranya dengan individu dikenali Kakek Suhud sebelum ini. Biarpun perkara terjadi sudah dapat diselesaikan mereka, namun masih ramai yang memandang n3gatif terhadap Baim yang dianggap suka menjual kisah sedih demi kandungan untuk saluran YouTube. Baim menerusi saluran YouTube Prestige Production tampil melahirkan rasa dukanya yang kecewa dengan tuduhan dilemparkan itu.

Kata Baim “Saya agak kesal kerana mereka tidak merasai apa yang saya rasa. Banyak usaha yang saya lakukan untuk membantu mereka yang susah selama ini. “Kalau saya menceritakan apa yang sudah dilakukan, saya rasa kalah. Saya tidak mahu  membicarakannya dan biarlah itu jadi rahsia dengan Tuhan saja dan tidak penting untuk orang-orang tahu,” katanya. Menurutnya, selama ini apa yang dilakukannya adalah perkara positif dan baik untuk dicontohi oleh orang lain. Baim bagaimanapun enggan menjelaskan dari mana dia memperoleh wang yang banyak itu dan hanya memberitahu sebahagian besar adalah dana peribadinya sendiri tanpa ada tajaan. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.