Akui selalu berangan dikatakan punca berjaya masuk industri seni, Sekali ini yang iqbal dedahkan

artis

Memang tak asing lagi kita dengan ushawan sensasi kita ini. Kalini iqbal membuat satu perkongsian di laman instagramnya. Setiap kejayaan bermula dengan angan-angan, Itu yang dilalui usahawan dan penyanyi Ahmad Iqbal apabila dia menyimpan impian untuk menjadi seorang majikan dan artis sejak di bangku sekolah. Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli menganggap kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada usaha keras untuk mencapai angan-angannya itu. “2013… Setiap orang bermula dengan acah-acah sebelum berjaya. Saya lalui semua ini. Dalam tidak sedar, dulu saya acah-acah seperti seorang majikan, kadang posing acah-acah artis. Jangan ada rasa malu.

Iqbal kongsi perkara itu di Instastory.

Menurut Iqbal “Memang begitu prosesnya. Kita semua lalui sebelum naik tangga ke satu tangga di atas. Jangan rasa rendah diri dan tutup minda bahawa suatu hari kita akan berjaya seperti dalam fikiran hari ini,” katanya. Usahawan kontroversi berusia 27 tahun itu turut memuat naik foto dirinya ketika di usia 19 tahun di laman Instastory pada Isnin. Iqbal bermula dengan menjadi pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan kini memiliki perniagaan sendiri selain mempunyai single berjudul Hujan pada tahun lalu. Malah, video muzik (MV) lagu tersebut yang mendapat lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik di YouTube dalam tempoh 15 jam melayakkan dia untuk menyertai program Big Stage 2022.

Tiada pendirian! Saya paling pantang lakukan perkara kerana ikut orang

Dalam pada itu, Iqbal yang menjadi peserta pertama Big Stage 2022 tersingkir berkata, pendapat orang sekeliling memainkan peranan penting dalam mencorak kejayaan seseorang. “Satu perkara besar membantut kejayaan kita adalah kerana terlalu banyak ambil using pendapat kawan, keluarga. Nampak kecil, kesannya besar. Kita bertanya, bolehkah aku buat begini “Padahal kita sendiri sudah tahu apa yang kita mahu buat itu mendatangkan kejayaan. Tempuhi sahaja perkara sedikit payah atau sedikit menjatuhkan standard. Jangan tanya orang lagi. “Ada perkara kita perlu bertanya dan dapatkan jawapan biar jelas sebelum lakukan. Ada hal, buat saja, ini masa depan kita,” nasihat Iqbal.

Iqbal beri tips untuk berjaya.

Sementara itu, Iqbal yang kini menceburi bidang lakonan turut memberi tip untuk seseorang itu berjaya dengan mengetahui kelemahan dan kebolehan yang ada dalam diri sendiri. “Budaya selepas tamat persekolahan, mohon universiti, bidang yang sama dengan kawan kerana terlalu sayangkan kawan. Tiada pendirian! Saya paling pantang lakukan perkara kerana ikut orang. “Kita harus kaji diri sendiri. Usia 17 tahun seharusnya kita sudah tahu apa kelemahan dan apa kebolehan yang ada pada diri. Apa hobi yang paling kita suka, tukarkan menjadi sebuah pekerjaan. “Jika belum berjaya capai cita-cita usia 30, tidak mengapalah. Peluang dan rezeki ini, dalam tiga bulan pun boleh tiba-tiba datang. Jadi tak perlu takut dengan usia,” katanya. Sumber, mstar

Iqbal Luah Perasaan Sedih Dengan Perangai Warganet, Rupanya Dia Terukk Kena Kritik Sebab Tanya Soalan Macam Ni Pada Pengasas Noir. Umum lagi kita ketahui dengan usahawan sensasi kini, Kalini Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan bahawa dia mendapat kritikan yang teruk oleh warganet selepas bertanyakan soalan kepada pengasas kosmetik Noir Health & Beauty, Eriyca Baiduri atau Madammu yang juga penaja utama Anugerah Juara Lagu k3-36 (AJL 36). Iqbal bertanya adakah pernah merasa bosan untuk memberi barangan berjenama mewah. Kalini iqbal beri penjelasan selepas teruk dikritik. Menerusi Insta Stories, Iqbal memberi penjelasan sebabnya  bertanya soalan sedemikian adalah kerana dirinya sendiri rasa penat untuk membeli barangan jenama mewah meskipun dia mampu untuk membelinya.

Kata iqbal lagi “Saya kena kritik teruk tadi apabila bertanya soalan ‘Madam, madam pernah rasa bosan tak beli barang branded mahal-mahal, kasut, bag puluh-puluh ribu. Kenapa saya tanya begini sebenarnya, sebab saya sendiri kadang rasa penat beli barangan mewah seharga begitu meskipun mampu. Jadi kerana saya suka ikuti cara pembawaan Madam, saya pun teringin tahu. Sesetengah orang yang mampu, tidak pernah bosan beli barangan seharga begitu. Saya tidak tahu apa yang difaham warganet.”-Iqbal

Sedih Warganet Fikir Seolah Saya Ini Tiada Didikan

Tambahnya lagi, Iqbal akui terkejut membaca komen warganet yang memintanya untuk jangan mengganggu Madammu yang sudah berstatus isteri. Malah, Iqbal turut meluahkan rasa sedih dengan sikap warganet seolah-olah dirinya tidak tahu menjaga batas dan menghormati orang lain. “Saya terkejut baca komen, ‘jangan kacau, Madam sudah kahwin’. Saya mengikuti live Facebook Madam sudah 4 tahun lepas dan Madam sentiasa jawab baik setiap pertanyaan saya. Sedih warganet fikir seolah saya ini tiada didikan, tidak tahu batas dan menghormati orang”-Kongsi Iqbal. Sekadar info, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu merupakan pengasas produk kosmetik Noir Health & Beauty. Beliau juga menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Mac 2022. Sumber, rose merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.