Teruk kena kritik dengan warganet gara gara pakaian tak senonoh sambil pasang selawat, akhirnya tuan badan tampil bongkarkan cerita sebenar

artis

“Itu bukan saya,”. Demikian kata pelakon, Iqram Dinzly ketika diminta mengulas mengenai video tular memaparkan individu mirip dirinya yang memakai pakaian tidur wanita dengan berlatar muzik alunan selawat. Iqram ketika dihubungi berkata, karakter itu dikenali sebagai Princess Iqy Dinzly dan tujuannya adalah untuk menyentuh hati warganet agar membuat pilihan sama ada mahu berselawat atau menyaksikan perkara tak elok.

“Dia adalah Princess Iqy Dinzly. Dia berikan pilihan sama ada nak selawat atau nak saksikan ‘plcr-plcr bilik kaca’ dan ‘penari tiang dalam bilik kaca’,” katanya kepada Harian Metro. Tambah Iqram, apa yang dipaparkan di akaun TikTok @iqramdinzlycious dalam video secara langsung itu juga adalah satu bentuk teguran kepada golongan transgndr yang disifatkan sebagai semakin berani. “Satu lagi, kaum trnsgndr semakin berleluasa dan semakin berani di media sosial. Itu satu teguran juga.

“Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama tidak berpakaian dengan pakaian yang ketat,” katanya. Iqram juga menyeru semua pihak supaya memadam hantaran-hantaran yang tidak senonoh di media sosial dan mengambil keberkatan dengan kehadiran bulan Ramadan kali ini. “Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak pandai langsung menggunakan media sosial. Apa pun, ambillah kesempatan dengan kehadiran bulan Ramadan. “Tolonglah pada gambar-gambar yang menunjukkan punggung dan payudara semua terutamanya golongan pempengaruh.

“Kandungan-kandungan sebegini boleh menjurus ke arah yang tidak bermoral antaranya berlaku benda yang tak elok macam rgl dan sebagainya. “Jangan sampai rgl itu menjadi perkara biasa di Malaysia,” katanya. Menurutnya, sekiranya warganet ingin melihat diri Iqram yang sebenar, nantikan drama terbaharu lakonannya yang akan ditayang tidak lama lagi. “Sekarang, kalau nak tengok Iqram Dinzly yang betul, tengok drama Mem dan Bibik Bibik yang akan ditayangkan di TV3 bermula esok. “Selepas itu, ada beberapa drama lain lagi antaranya Dilema Wanita dan satu lagi drama arahan pengarah Erma Fatima,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video lelaki mirip Iqram yang mendapat kritikan daripada warganet dan dianggap mempersendakan agama dengan mengenakan pakaian tidur wanita yang seksi berserta alunan selawat. Video itu tular di TikTok dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Terbaharu, Iqram kini menjalani penggambaran drama berjudul Cinta Hilang Kata, berganding dengan pelakon Sophia Albarakbah. Kembali berpakaian wanita. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, perwatakan dan kelakuan Iqram berubah menjadi aneh. Dengan mengenakan ‘lingerie’ jarang berwarna biru, pemilik nama Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin membuat aksi tak senonoh dalam aplikasi Bigo Live. Apa yang menjadi tumpuan utama adalah alunan selawat nyanyian Raqib yang dimainkan sebagai muzik latar. Malah, Iqram dilihat turut mengalunkan selawat tersebut dengan pakaian yang tidak sopan. Semoga dapat hidayah Allah. Apa masalah dia. Sumber, metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.