Lama berdiam akhirnya pelakon veteran Rosnah Mat Aris tampil jelas sesuatu yang dialami selama 2 tahun ini

artis

Umum lagi kita ketahui pelakon veteran Rosnah Mat Aris, kalini pelakon wanita ini tampil beri luahan tentang dirinya, katanya “Kalau tiada duit, kita boleh makan nasi dengan garam. Tapi kalau sakit sekarang, masuk hospital semuanya perlukan duit. “Tiada yang percuma lagi. Tambah lagi kalau hospital swasta, wang jadi mahal berkali ganda. Duit yang ada disimpan untuk kegunaan begini,” kata pelakon Rosnah Mat Aris, 67, mengulas senario bayaran untuk perkhidmatan kesihatan masa kini. Rosnah yang berlakon dalam filem 3 Janda Menawan Dunia berkata, kini dia bersyukur apabila dapat kembali bekerja selepas lebih dua tahun hilang pendapatan akibat Covid-19. Katanya lagi, “Bayangkan dua tahun setengah tiada kerja. Setiap benda kena keluarkan duit. “Apa benda pun tak boleh buat. Yang ada kedai kena tutup tapi, sewa masih berjalan. “Kalau dibagi percuma tanpa sewa masa PKP, kita bertahanlah. Saya bernasib baik juga masih ada suami berbanding orang lain mungkin tiada suami,” katanya.

Menurutnya, mereka masing-masing mempunyai simpanan yang boleh dikongsi jika keadaan mendesak. “Alhamdulillah sampai sekarang rezeki kami yang Allah bagi mencukupi. Walaupun tak semewah dulu, kita sekarang kena berjimat cermat. “Saya dah berhati-hati semasa kejatuhan ekonomi sekitar 1997 dulu. Tapi waktu itu saya ada beberapa kantin seperti di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dikongsi bersama arwah adik. “Kemudian, saya tumpu pada kantin sendiri di sebuah bangunan berhampiran Ampang Park dan bertahan lama. “Duit dari situ yang boleh buat saya hidup. Bila dah kena sekali, saya sentiasa berhati-hati. Tak banyak pun kena simpan untuk sakit,” katanya.

Diminta mengulas ‘trend’ artis terpaksa meminta bantuan kerana susah, Rosnah menyifatkannya wajar daripada mencuri. “Kita minta sebab kita susah. Pada yang boleh bantu, bantulah. Janganlah sebab dia artis dan minta bantuan, terus kena kritik. “Artis Malaysia tak kaya kalau tiada perniagaan sebagai ‘back up’. Kalau setakat berlakon saja memang tak cukup. “Bayangkan nak kena beli baju dan sebagainya. Semua kena beli untuk ‘shooting’. Kalau ada tajaan pun takkanlah pakai baju untuk kegunaan di rumah. Lainlah untuk pergi makan malam,” katanya. Sumber, HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.