Iqbal luah perasaan sedih dengan perangai warganet, rupanya dia terukk kena kritik sebab tanya soalan macam ni pada pengasas Noir

Viral

Umum lagi kita ketahui dengan usahawan sensasi kini, Kalini Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan bahawa dia mendapat kritikan yang teruk oleh warganet selepas bertanyakan soalan kepada pengasas kosmetik Noir Health & Beauty, Eriyca Baiduri atau Madammu yang juga penaja utama Anugerah Juara Lagu k3-36 (AJL 36). Iqbal bertanya adakah pernah merasa bosan untuk memberi barangan berjenama mewah. Kalini iqbal beri penjelasan selepas teruk dikritik. Menerusi Insta Stories, Iqbal memberi penjelasan sebabnya  bertanya soalan sedemikian adalah kerana dirinya sendiri rasa penat untuk membeli barangan jenama mewah meskipun dia mampu untuk membelinya.

Kata iqbal lagi “Saya kena kritik teruk tadi apabila bertanya soalan ‘Madam, madam pernah rasa bosan tak beli barang branded mahal-mahal, kasut, bag puluh-puluh ribu. Kenapa saya tanya begini sebenarnya, sebab saya sendiri kadang rasa penat beli barangan mewah seharga begitu meskipun mampu. Jadi kerana saya suka ikuti cara pembawaan Madam, saya pun teringin tahu. Sesetengah orang yang mampu, tidak pernah bosan beli barangan seharga begitu. Saya tidak tahu apa yang difaham warganet.”-Iqbal

Sedih Warganet Fikir Seolah Saya Ini Tiada Didikan

Tambahnya lagi, Iqbal akui terkejut membaca komen warganet yang memintanya untuk jangan mengganggu Madammu yang sudah berstatus isteri. Malah, Iqbal turut meluahkan rasa sedih dengan sikap warganet seolah-olah dirinya tidak tahu menjaga batas dan menghormati orang lain. “Saya terkejut baca komen, ‘jangan kacau, Madam sudah kahwin’. Saya mengikuti live Facebook Madam sudah 4 tahun lepas dan Madam sentiasa jawab baik setiap pertanyaan saya. Sedih warganet fikir seolah saya ini tiada didikan, tidak tahu batas dan menghormati orang”-Kongsi Iqbal. Sekadar info, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu merupakan pengasas produk kosmetik Noir Health & Beauty. Beliau juga menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Mac 2022. Sumber, rose merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.