Zed Zaiidi bengang sampai bawa pemotong besi, tak sangka rupanya ini yang terjadi sampai dia marah macam tu

artis

KECOH di media sosial apabila muncul video tular yang memaparkan pelakon, Zed Zaidi bertekak dengan seorang lelaki dipercayai berkaitan dengan sebuah pintu besi yang dipagar. Di dalam video yang berlaku di sebuah kondominium di Damansara Perdana, Selangor itu, Zed dilihat memegang alat pemotong mangga dan cuba memotong mangga yang dilihat menyekat laluan masuk dari luar bangunan. “Aku memang tak puas hati dengan pengurusan dan ahli jawatankuasa bangunan ditempat aku berniaga ni!!! Kalau mau brblah mari kita!!! Masa bulan ramadhan nak masuk la kau nak ganggu perniagaan orang!!!: tulis Zed Zaidi

Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, kejadian itu berlaku pada Jumaat dan laporan polis juga telah buat olehnya. “Sebenarnya apa yang berlaku ialah terdapat penambahan pagar baharu yang tidak dimaklumkan, sekali gus menyukarkan laluan orang luar untuk masuk ke restoran saya. “Sebelum ini, tidak ada pun pagar tersebut dan alasan yang diberikan atas pemasangan itu adalah kerana faktor keselamatan.“Memang ini bangunan residensi tetapi terdapat kedai yang juga kawasan komersial. Bila ada pintu pagar di situ dan dikunci, pelanggan saya sukar nak masuk dan terpaksa berpusing jauh untuk ke restoran saya.

“Mereka juga terpaksa melalui pondok pengawal untuk masuk dan ini akan menyukarkan pelanggan sekali gus memberi kesan kepada perniagaan saya,” katanya kepada Majoriti. Menurut Zed, dia sudah berbincang sebelum ini dengan pihak pengurusan dan segala surat aduan dan bantahan seperti yang diminta juga sudah dihantar.Malah, katanya, satu laporan polis juga telah dibuat dan akhirnya pintu itu dibuka pada minggu lepas. Namun, pada Jumaat, kata Zed, pintu itu dikunci semula tanpa sebarang notis dan itu yang membuatkan terpaksa mengambil tindakan untuk memotong mangga tersebut.

“Sebenarnya boleh selesai dengan baik. Saya siap beri cadangan lagi bila pintu itu sesuai untuk dibuka dan ditutup semula. Tetapi mereka kunci juga. “Lepas itu saya minta mereka tunjukkan surat persetujuan penduduk yang inginkan pintu pagar itu dibuat pun mereka tidak boleh tunjuk. “Jadi saya terpaksa ambil tindakan dan saya juga sudah berhubung dengan peguam sivil dan jenyh untuk tindakan susulan,” katanya. Tambah Zed, dia juga ingin masalah ini selesai dengan cepat dan tidak mahu perkara ini berlanjutan apatah lagi lokasi itu adalah tempat dia mencari rezeki.

Reaksi warganet. @feila.jer1111 tak Kasi org luar masuk … padahal deretan kedai kat bawah apartment. @ila_hadihs My conclusion of what is the possibility is. Zed wants public to be able to patronize the shops there, (especially affecting him since his shop is there). As what the guy said, let me try to translate, “Untuk kali terakhir, berhenti merosakkan harta benda awam” Zed, “jangan dekat aku” Lelaki baju putih ulang sekali lagi, Zed, “kalau ni public property, public…..(tunjuk tempat)” I assume, he probably wants public to enter. But as part of the residents staying that apartment, he disagree (which he have every single right to disagree if it’s a condo). If it’s a condo then the white shirt guy used the wrong term. It would be private property. Even so Zed should not destroy properties that are commonly shared. Sumber, Majoriti

Leave a Reply

Your email address will not be published.