Tular gambar individu ni isi minyak sampai jadi perhatian Najib Razak, rupanya ini kesalahan yang individu tu buat

berita

Pembukaan semula sempadan dua hari lalu, nyata melegakan perantuan khususnya mereka yang telah terperangkap di negara ‘orang’ sejak lebih dua tahun. Bagaimanapun, ada segelintir penduduk negara jiran telah mengambil peluang ini datang ke Malaysia semata-mata untuk membeli minyak petrol bersubsidi RON 95 yang dikhususkan untuk penduduk tempatan sahaja. Menerusi perkongsian di laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau memaklumkan bahawa petrol RON95 adalah bahan kawalan kerana diberi subsidi yang tinggi.

“Adalah melnggr Akta Kawalan Bekalan kerajaan jika menjual RON95 kepada warga asing.“Pada ketika ini, petrol RON95 Malaysia pada harga RM2.05 satu liter adalah ke-11 paling rendah dalam dunia iaitu lagi murah dari beberapa negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Mesir, UAE, Jordan dan Oman,”katanya. Mengulas lanjut, Najib berkata, hanya RON 97 dibenarkan dijual kepada warga asing dengan harga RM3.91 satu liter di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, ia masih jauh lebih murah berbanding harga S$3.02 (RM9.37) bagi RON95 dan S$3.51 (RM10.90) bagi RON97 di negara jiran sebab petrol dikenakan cukai yang tinggi. “Jika warga asing isi 40 liter RON95 sahaja, kerajaan akan rugi RM68 wang rakyat kepada warga asing di mana subsidi yang diberi untuk RON95 di Malaysia adalah sekitar RM1.70 satu liter,”ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berang dengan sikap penduduk negara jiran yang sesuka hati telah ambil minyak subsidi yang sepatutnya untuk rakyat tempatan. “Harap pihak berwajib ambil tindakan terhadap stesen minyak, tiada kompromi,” kata Abd Rahim Saidin.

Turut tinggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hasnah Majid. “Bukan minyak petrol sahaja yang mereka beli sesuka hati, minyak masak paket pun warga asing guna. Sudahnya subsidi kerajaan untuk rakyat Malaysia, tapi warga asing yang bersenang lenang,” tulisnya. Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Najib Razak juga melahirkan kerisauan yang sama. Berikut catatan Najib yang terkenal dengan panggilan Bossku di laman Facebook milik beliau. Dengan pembukaan semula sempadan negara, saya percaya pihak berkuasa dan stesen-stesen minyak Malaysia akan memantau dengan lebih rapi. NOTA, Ada juga yang nak salahkan saya dalam ruang komen tapi hakikatnya ialah larangan menjual RON95 kepada warga asing mula dilaksanakan masa saya PM. Sumber, murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.