Lepas kumpulan Raihan kalini Rabbani pula mula bersuara tentang kes Yasin, tak sangka ini respon dari kumpulan Rabbani

Viral

KUMPULAN nasyid popular, Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai atau menghakimi Yasin Sulaiman susulan penahanannya akibat dakwaan mengedar bahan terlarang. Menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu. “Dia seorang sahabat yang baik… Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tidak tahu apa yang dialaminya. Jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum. “Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit bipolar.

“Masa mula-mula mendengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu,” katanya kepada Gempak. Raihan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos. Dalam pada itu, Raihan juga berpendapat tidak adil untuk menilai atau memberi tanggapan bahawa semua penyanyi nasyid bermasalah. “Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan

sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya. “Yang paling penting kita doakan ada pihak-pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya, kerana ini bukan kes biasa. “Kita bersangka baik bahawa dia berpenyakit dan berdoa supaya Allah pimpin dan membantu dia hadapi masalah ini. Kami kenal dia bukan macam itu. Kami, kumpulan nasyid juga manusia biasa yang tidak lari  dari melakukan kesilapan, doakan yang terbaik,” jelasnya.

Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani mendoakan agar penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman reda dengan ujian serta dapat mendepani tindakan undang-undang dengan berubah menjadi insan lebih baik. Ketua kumpulan, Azadan Abdul Aziz berkata, Yasin seharusnya melihat ujian tersebut sebagai satu permulaan merubah diri sendiri daripada kesilapan atau perkara yang memudaratkan. “Untuk sahabat kami yang sedang diuji (Yasin) percayalah ujian anda terima ini adalah satu permulaan untuk menjadi lebih baik. Terima ujian ini dengan reda, orang kata terus berubah. Panggillah doktor sekalipun, penceramah hebat macam manapun mereka tidak akan dapat merubah diri kita tetapi diri kita sendiri sebenarnya,” katanya selepas Majlis kerjasama Gogopasar dan Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas) di Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rabbani yang turut terlibat dalam bidang keusahawanan dilantik menjadi Gogopreneur sebagai inspirasi kepada orang ramai menggunakan konsep pendigitalisasian dalam perniagaan. Terdahulu, Yasin, 47, berdepan hukmn mt selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan mengedar bahan terlarang di sebuah kondominium dua minggu lalu. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengulas lanjut, Azadan turut mengingatkan warganet untuk tidak terus mengeluarkan komen atau kata-kata yang boleh menimbulkan kebencian, atau menjejaskan industri nasyid dalam laman sosial.

“Kepada warganet, ingat ya setiap perkataan kita keluarkan itu kalau membuatkan orang benci kepada lagu-lagu nasihat, orang membenci kepada agama, itu ‘saham’ yang tidak baik. Jadi jangan sebab perkataan, kata-kata kita terjerumus dalam kemaksiatan, kalau kita rasa diam itu lebih baik, berdiam sahajalah dan berdoa kepada Allah,” jelasnya. Tambahnya, selepas Yasin dikenakan tindakan undang-undang, pihaknya turut menjadi sasaran rakan-rakan seperjuangan dan orang ramai yang cuba mendapatkan kepastian. “Respons mereka adalah ‘kasihan’ dan bukannya ‘padan muka’, kami pun berfikir. Kita ini hanyalah manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Cuma dia (Yasin) artis, kami artis malah sejak akhir-akhirnya ini orang biasa pun akan menjadi viral, jadi bila berlaku sesuatu itu jangan pandang keseluruhan atau kumpulan, kerana ia adalah kesalahan individu itu dengan Allah,” jelasnya. KREDIT, ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published.