Muat naik video ucapan puasa yang lawak, tapi ada sesuatu yang warganet perasan dekat Jihan Muse

artis

Ramadhan tiba lagi sudah pasti semua akan bergembira untuk menyambut Hari Raya. Tidak kira golongan tua muda kanak-kanak sudah pasti akan menanti saat yang ditunggu-tunggu ini. Dua tahun berlalu kita menyambutnya secara bersederhana namun tahun ini semua umat islam seluruh dunia tetap menyambut gembira kedatangan bulan Ramadan yang mulia.

Sejak semalam ramai rakan-rakan artis telah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa terutama kepada peminat setianya. Antara yang mencvri tumpuan sudah tentu perkongsian video dari empat sekawan iaitu Zara Zya, Jihan Muse, Shila Amzah dan Fara Fauzana. Menerusi laman instagram Jihan Muse, empat sahabat ini sempat berkumpul untuk memberikan ucapan sempena puasa. Namun, dengan reaksi kelakar mereka ucapan tersebut kelihatan berterabur dan membuatkan para warganet tergelak dengan perangai ‘masuk air’ masing-masing.

Melalui video tersebut, ada warganet yang perasan bahawa penampilan pelakon Jihan kelihatan agak berbeza seperti tengah berbadan dua. Sebelum ini, pernah tular gosip yang diperkatakan Jihan Muse tengah berbadan dua namun perkara tersebut dinafikan oleh tuan badan sendiri. Antara babak yang begitu terhibur, Zara Zya yang tengah menyuapkan kek ke mulutnya tersembvr apabila melihat wajah lucu Jihan Muse yang mempamerkan senyuman ‘gigi rongak’. Rata-rata warganet tinggalkan komen yang cukup terhibur dengan gelagat empat sekawan ini. Klik sini untuk lihat video.

Sumber, Instagram Jihan Muse

Ada Yang Tanya Bila Nak Meminang Zara Zya. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Alha Alfa Tampil Bersuara Bongkarkan Hubungan Sebenardia Dengan Zara Zya. Usahawan selebriti, Datuk Seri Alha Alfa, 34, mengakui dia sudah lama menjalin persahabatan dengan pelakon Zara Zya. Menurut jurusolek popular ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip hubungan mereka boleh tercetus dan mendapat perhatian warganet. “Saya dengan Zara dah lama kawan, semenjak dia dikenali dengan drama Love You Mr Arrogant. “Semenjak itu, saya dah mula menyolek wajah Zara. Sehingga sekarang, kami berkawan baik. Tiba-tiba orang macam baru tahu pula yang kami berkawan,” katanya kepada XTRA. Tambah pemilik nama Al Halim Al Fadzil ini, dia tidak kekok apabila dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Zara.

“Bila orang kaitkan tu, tak rasa kekok sangat tapi rasa sedikit rimas apabila ramai orang di Instagram tanya, bila saya nak meminang dia? Zara ada di mana? “Kalau saya keluar melakukan kerja amal menghulurkan bantuan, ada yang tanya kenapa tak bawa Zara? “Kami kadang-kadang gelak bersama bila isu ini dibangkitkan kerana kami memang kawan rapat,” katanya lagi. Semenjak hujung tahun lalu, warganet memperkatakan mengenai hubungan baik yang terjalin antara Alha dan Zara. Biarpun Zara menafikan perkara terbabit, warganet menimbulkan persoalan dan mendakwa Alha dan Zara menjalin hubungan istimewa. Sumber, Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.