Masih lagi belum menutup aurat, lama berdiam akhirnya Atiisha tampil dedahkan sikap sebenar kakak sendiri buat ramai yang terkedu

artis

Sebut sahaja nama Neelofa, pasti ramai mengenali pelakon dan pengacara popular itu. Bukan sahaja Neelofa malah adik beradiknya juga turut dikenali ramai. Antara adik beradik Neelofa yang popular adalah Noor Nabila, Ameera Khan dan Atisha Khan. Namun antara ketiga mereka, Atisha antara yang terkenal menerusi saluran YouTube. Meskipun dikenali sebagai adik kepada selebriti terkenal, Namun Atisha berkata dia tidak menjadikan kakaknya sebagai batu loncatan untuk membina nama. Ujarnya, tiada guna berpaut pada populariti kakak semata-mata, tetapi diri sendiri tidak berusaha menghasilkan sesuatu yang berbaloi.

“Tak sangka percubaan pertama menjadi sehingga ahli keluarga menyarankan membuka saluran YouTube sendiri, tetapi Sha pula enggan terburu-buru. “Sha ambil inisiatif menggali ilmu suntingan dan teknik angle rakaman video serta mencuba bermacam-macam aplikasi terlebih dahulu,” katanya. Gadis berusia 22 tahun yang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) itu sering menghasilkan video berkisarkan kehidupan, pengalaman melanjutkan pelajaran, persahabatan, keluarga, budaya dan tutorial solekan. Ditanya soalan adakah dia terbeban memiliki kakak bernama Neelofa yang mempunyai pengaruh yang besar, Atisha berkata dia amat mengagumi kakaknya yang mesra disapa Kak Lofa itu.

“Sha amat mengagumi Kak Lofa (Neelofa). Beliau bukan sahaja bijak dalam akademi dan penampilan, bahkan bijak berbisnes dan menyusun perjalanan karier dengan baik. Pelbagai ujian dan cabaran yang datang, Kak Lofa hadapi semua itu dengan sabar dan tabah. “Kak Lofa sedikitpun tidak melatah, apatah lagi perlu melayan warga maya yang melemparkan kata-kata sinis. Ketenangan Kak Lofa mengendalikan apa jua situasi cukup luar biasa,” katanya. Dalam pada itu, Atisha mendedahkan Neelofa tetap sama meskipun dia kini sudah berniqab. Malah, tidak pernah memerli mereka adik-beradik walupun belum berhijab. “Walaupun kini memakai niqab, personaliti Kak Lofa tetap sama. Beliau tidak pernah memerli apa lagi memaksa kami adik-beradik untuk turut sama memakai hijab sepertinya,“ luah Athisha. Sumber, SinarPlus via gulapop

Genap Setahun Perkahwinan Neelofa Dan Suami, Haris Tampil Beri Ucapan Sempena Ulang Tahun Dan Ini Luahannya

Dikurniakan seorang isteri memiliki pekerti indah merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Itulah luahan usahawan dan pendakwah bebas, Haris Ismail, 28, yang bersyukur kerana diberikan rezeki untuk mengahwini seorang isteri iaitu selebriti terkenal, Neelofa yang disifatkan sebagai wanita baik hati. Perkongsian tersebut sempena ulang tahun perkahwinan pertama pasangan popular berkenaan pada hari ini.

“Alhamdulillah syukur ya Allah. Dikurniakan seorang isteri yang baik hatinya. Banyak lagi yang hendak ditulis tetapi tidak mengapa, saya titipkan dalam doaku,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini. Dalam pada itu, bekas peserta program Pencetus Ummah berkenaan hanya berharap agar mahligai indah yang dibina bersama bekas pengacara MeleTOP tersebut. “Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya. Sekali lagi, Alhamdulillah ya Allah,” kata pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu lagi. Sementara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, turut berdoa agar rumah tangga yang terbina sentiasa diberkati oleh Allah.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selama-lamanya. Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku,” katanya. Beberapa hari lalu, nama Haris menjadi bahan kritikan warganet apabila kenyataanya tentang tugas isteri mengangkat beras dan memasak menjadi pertikaian ramai. Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Namun, atas sebab mengelakkan sakit ain, wajah Bilal masih belum didedahkan kepada umum sehingga hari ini. Sumber, KOSMO! ONLINE

Ramai Tertanya Wajah Bilal, Neelofa Dedah Sebab Sebenar Kenapa Tak Nak Tunjuk Wajah Anak

Pelakon terkenal Neelofa kini mempunyai alasan tersendiri yang kukuh kenapa dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya di khalayak ramai. Ianya hanyalah sebab dia juga belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya sediri daripada terkena sakit ‘Ain (gngguan disebabkan pndngan). Malah menurut Neelofa sendiri, tumpuan orang ramai adalah lebih kepada mereka berdua lagi-lagi kedua-dua ibu bapa Bilal adalah seseorang yang ternama di dalam industri seni. “Saya dari dunia seni dan ayah Bilal juga terlibat dalam dunia yang sama walaupun arahnya berbeza. Mungkin fokus orang nak tengok tu lebih. Kita cuba nak elakkan ‘Ain sebab kita tak tahu. Saya sendiri pun tak kuat untuk buat amalan-amalan untuk melindungi anak kami. Katakanlah sakit ‘Ain terkena pada budak-budak, mak-mak mereka yang pening kepala nak menjaga nanti. Jadi kami pun ambil langkah yang selamat untuk menghindari perkara tersebut,” jelasnya ketika ditemubual.

Neelofa ditemui pada majlis Mushaf Musolla dan Mushaf Mufiq edisi khas pertubuhan Kasih Neelofa yang diadakan di Kompleks Kesenian Islamik Antarabangsa Selangor, Shah Alam sebentar tadi. Tambah wanita yang turut bergelar ahli perniagaan itu lagi, dia agak tertekan apabila menerima banyak DM (direct messege) daripada pengikut yang mahu melihat wajah anaknya. “Untuk mereka yang tidak ada dalam industri seni ni, tak terlibat dengan dunia hiburan, mungkin lebih senang. Perhatian orang pada mereka ni tidak sebesar ini. Saya dapat DM hari-hari yang kata nak tengok, nak tengok, saya pun jadi stress. Saya pun tak boleh nak cakap apa sekarang tapi dengan dunia sekarang, kita ada media sosial, tapi nak confirmkan yang saya tak akan kongsi wajah Bilal tu, tak jugak.“Cuma buat masa sekarang, saya tak letak anak saya untuk tatapan umum lah. Saya rasa itu yang terbaik buat masa sekarang,” ujarnya lagi. Sekadar info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.