Tular tentang kes Yasin, kali ni Wardina pula tampil dedahkan bantuan jenis apa yang Yasin perlukan

artis

KECEWA dengan penahanan Yasin Sulaiman kerana mengusahakan tanaman bahan terlarang, pelakon Wardina Safiyyah berkata, penyanyi itu tidak sepatutnya diperlakukan sedemkian. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berkata penyanyi lagu Mimpi Laila itu seharusnya menerima rawatan dan pemulihan disebabkan berdepan masalah kesihatan mental. “Pergl dan pembnh pun tak dikenakan hukuman gntng sampai pergi menghadap illahi. Yasin tidak layak ditahan seumur hidup mahupun hukuman gntng sampai pergi menghadap illahi hanya untuk pasu tumbuhan. Wardina berkongsi pandangannya mengenai kes Yasin di Instagram.

“Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan. “Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian,” kata Wardina. Pelakon dan pengacara berusia 42 tahun itu berkongsi pandangannya mengenai kes penyanyi nasyid itu di laman Instagram miliknya. Yassin berdepan hukman mti selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar bahan terlarang jenis gnj4 di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi. Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Knbis (gnj) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun yang memperuntukkan tahanan seumur hidup dan sebtn tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut. Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi lagu Salsabila itu dibebaskan. “#justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun. “Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!” ujarnya. kredit, mstar

Masih Mengharapkan Kepulangan Bapa, Tapi Rupanya Ada Sesuatu Yang Terjadi Pada Rumah Tangga Yasin

Bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, 47 hari ini telah menghadapi dua pertdvhan di mahkamah iaitu menanam 17 pokok gnj.a dan mengedarnya di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu. Dia yang hadir diiringi pihak polis sekitar jam 10 pagi tadi sempat menjawab soalan wartawan yang bertanyakan tentang keadaannya.

Turut hadir ke mahkamah hari ini adalah abang kandung kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman, 50 dan ahli kumpulan Brothers, Akbar bagi memberikan sokongan. Anak2 sangat kuat dan nanti kepulangan Yasin
Menerusi Harian Metro, abang kandung kepada Yasin memaklumkan yang anak-anak penyanyi itu mengharapkan agar kepulangan bapanya setelah mengetahui keadaan terkini penyanyi itu.

“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin),” katanya. Sokongan dari keluarga tak berbelah bahagi. Tambah Zain lagi, anak-anak Yasin yang berusia 17 dan 12 tahun turut menaruh harapan tinggi untuk melihat bapa mereka kembali ke pangkuan keluarga dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagi Mimpi Laila tersebut. Jelasnya, sokongan daripada ahli keluarga sememangnya tidak berbelah bahagi dan tak henti menitipkan doa buat Yasin ketika ini. “Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Fasa perpisahan burukkan lagi tahap kesihatan

Hidap bipolar, sedang melalui fasa perpisahan. Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan tahap kesihatan penyanyi tersebut sedikit memburuk selepas melalui fasa perpisahan dengan isteri. Difahamkan, selebriti berkenaan menghidap bipolar sejak tahun 2009 dan kali terakhir menerima rawatan adalah kira-kira dua bulan yang lalu. Walau bagaimanapun, dia tetap mendapat sokongan yang penuh daripada ahli keluarga dan kenalan serta tidak mempunyai sebarang rekod negatif sepanjang kerjaya seninya.

Terdahulu, Mhkmh M.4jistret dan Mhkmh Sesyen dimaklumkan yang Yasin menghidap bipolar sejak 2009 dan memerlukan rawatan susulan, dengan rawatan terakhir diterimanya pada dua bulan lalu. Yusmadi memohon pertimbangan mhkmh untuk rawatan anak guamnya, sebelum mhkmh mengarah perkara itu dibawa ke pengetahuan Jabatan Penj.4ra. Mhkmh juga tidak membenarkan Yasin diikat jamin sehingga dan telah menetapkan 18 Mei 2022 untuk sebutan semula kes. Sumber, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.