Masih mengharapkan kepulangan bapa, tapi rupanya ada sesuatu yang terjadi pada rumah tangga Yasin

artis

Bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, 47 hari ini telah menghadapi dua pertdvhan di mahkamah iaitu menanam 17 pokok gnj.a dan mengedarnya di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu. Dia yang hadir diiringi pihak polis sekitar jam 10 pagi tadi sempat menjawab soalan wartawan yang bertanyakan tentang keadaannya.

Turut hadir ke mahkamah hari ini adalah abang kandung kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman, 50 dan ahli kumpulan Brothers, Akbar bagi memberikan sokongan. Anak2 sangat kuat dan nanti kepulangan Yasin
Menerusi Harian Metro, abang kandung kepada Yasin memaklumkan yang anak-anak penyanyi itu mengharapkan agar kepulangan bapanya setelah mengetahui keadaan terkini penyanyi itu.

“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin),” katanya. Sokongan dari keluarga tak berbelah bahagi. Tambah Zain lagi, anak-anak Yasin yang berusia 17 dan 12 tahun turut menaruh harapan tinggi untuk melihat bapa mereka kembali ke pangkuan keluarga dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagi Mimpi Laila tersebut. Jelasnya, sokongan daripada ahli keluarga sememangnya tidak berbelah bahagi dan tak henti menitipkan doa buat Yasin ketika ini. “Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Fasa perpisahan burukkan lagi tahap kesihatan

Hidap bipolar, sedang melalui fasa perpisahan. Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan tahap kesihatan penyanyi tersebut sedikit memburuk selepas melalui fasa perpisahan dengan isteri. Difahamkan, selebriti berkenaan menghidap bipolar sejak tahun 2009 dan kali terakhir menerima rawatan adalah kira-kira dua bulan yang lalu. Walau bagaimanapun, dia tetap mendapat sokongan yang penuh daripada ahli keluarga dan kenalan serta tidak mempunyai sebarang rekod negatif sepanjang kerjaya seninya.

Terdahulu, Mhkmh M.4jistret dan Mhkmh Sesyen dimaklumkan yang Yasin menghidap bipolar sejak 2009 dan memerlukan rawatan susulan, dengan rawatan terakhir diterimanya pada dua bulan lalu. Yusmadi memohon pertimbangan mhkmh untuk rawatan anak guamnya, sebelum mhkmh mengarah perkara itu dibawa ke pengetahuan Jabatan Penj.4ra. Mhkmh juga tidak membenarkan Yasin diikat jamin sehingga dan telah menetapkan 18 Mei 2022 untuk sebutan semula kes. Sumber: Harian Metro

Teruk Kena Kritik, Akhirnya Kumpulan Nasyid Raihan Tampil Bongkarkan Sesuatu Pasal Yasin

Kumpulan nasyid popular, Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai atau menghakimi Yasin Sulaiman susulan penahanannya akibat dakwaan mengedar bahan terlarang. Menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu. “Dia seorang sahabat yang baik… Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tidak tahu apa yang dialaminya. Jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum.

“Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit biplar. “Masa mula-mula mendengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu,” katanya kepada Gempak. Raihan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos. Dalam pada itu, Raihan juga berpendapat tidak adil untuk menilai atau memberi tanggapan bahawa semua penyanyi nasyid bermasalah.

“Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya. “Yang paling penting kita doakan ada pihak-pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya, kerana ini bukan kes biasa. “Kita bersangka baik bahawa dia berpenyakit dan berdoa supaya Allah pimpin dan membantu dia hadapi masalah ini. Kami kenal dia bukan macam itu. Kami, kumpulan nasyid juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, doakan yang terbaik,” jelasnya. Terdahulu, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulans nasyid Brothers satu ketika dulu telah ditahan pada 24 Mac dikediamannya atas tuduhan memiliki bahan terlarang jenis gnj.Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis dan berdepan gantung mndatori mengikut Seksyen 39B Akta bahan terlarang Berb4haya 1952 jika sabit kesalahan. SUMBER, GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.