Anak perempuan selalu kena kritik dengan orang ramai, tak boleh berdiam sekali selamba je ini respon Normah Damanhuri

artis

Petaling Jaya: “Buat apa nak tutup Instagram? Mereka punya pasal, saya kena nak tutup IG? Boleh belahlah. Lantak merekalah. Apa susah, kalau mereka cakap yang menyakitkan hati, sekat saja,” kata pelakon veteran Normah Damanhuri. Ia susulan kritikan demi kritikan yang diterimanya berikutan hantaran video anaknya Liana Rosli atau Kak KM yang dianggap keterlaluan di Instagram. Normah, 69, berkata, sampai bila dia perlu mendengar cakap warganet kerana di mata mereka, ada saja yang tidak kena pada keluarganya. “Perkara yang baik mereka bukan nak puji, asyik nak cari salah sahaja. Saya bersedia terima komen tapi lebih suka pilih diam. Biar mereka nak cakap apa. Yang penting saya tahu kerja saya. Biarlah setakat mana mereka nak cakap. Kalau saya jawab nanti lagi mereka sakit hati dan lagi panjang cerita.

“Saya bimbang kalau saya keluar kenyataan yang lagi pedih. Jadi malaslah nak jawab. Lantaklah mereka nak cakap apapun,” katanya ditemui pada pelancaran filem 3 Janda Menawan Dunia di GSC One Utama, Petaling Jaya, semalam. Filem arahan Hyrul Anuar ini menggandingkan Normah dengan Rosnah Mat Aris dan Raja Azura. Normah Damanhuri (tiga dari kanan) beri sokongan kepada anak-anak. Normah turut memaklumkan, dia jarang membalas kritikan peminat di Instagram dan hanya membalas apabila terlalu geram.

“Mereka asyik nak cari salah sahaja. Yang cantik-cantik kita bagi tak pula mereka puji. Cubalah seimbangkan. Yang salah, salahlah dan yang baik pujilah. Nak keji atau puji, bagi seimbanglah. Tak bolehkah cakap baik-baik. Kenapa cakap menyakitkan hati orang? Saya terus sekat, senang cerita. Kalau yang tak teruk, saya padam dulu, kalau masuk lagi baru sekat. “Saya sudah bagi amaran kalau kurang ajar dan biadap, saya akan sekat. Saya memang mengadu perkara ini pada anak-anak dan mereka larang saya tengok IG dan baca komen kerana bimbang saya marah serta susah hati,” katanya.

Normah berkata, dia bukan hamba media sosial dan hanya berkongsi perkara perlu seperti hubungan kekeluargaan mereka. “Ada perkara penting saya masukkanlah. Benda seronok, berrgembira dengan keluarga dan ada yang kata suka. “Ia contoh keluarga bahagia berkasih sayang. Bukankah perkara ini bagus? Dalam ada ramai-ramai yang mendoakan, mesti ada seorang yang mengeji. Tolonglah adil bagi komen,” katanya. kredit, hmetro

Kak KM Tak Peduli Komen Warganet, Rupanya Pernah Block Ibu Di Instagram Kerana Sering Beri Teguran

Memang tak asing lagi kita dengan usahawan yang penuh sensasi ini Liana Rosli atau dikenali dengan nama panggilan Kak KM, Kak KM merupakan anak kepada pelakon vateran Normah Damanhuri, katanya ibu banyak kali beri nasihat kepada Kak KM. Setiap kali muncul kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Kak KM, nama ibunya yang juga pelakon Normah Damanhuri turut terpalit sama. Biarpun beberapa kali sudah ditegur ibunya, namun Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli berkata dia tetap meneruskan perkongsian video sensasi di Instagram kerana ia merupakan salah satu bentuk strategi pemasaran. “Sebenarnya mak dah beberapa kali minta saya berhenti buat video sebab asyik kena kritik tapi saya minta dia rileks. Awal-awal dulu saya block Instagram mak saya supaya dia tak tengok video saya di Instagram tapi baru-baru ni saya buka balik.

Katanya kagi “Dia memang pantau apa saya post, lepas tu telefon minta padam tapi saya jelaskan semula apa yang saya buat ini adalah atas urusan kerja dan perniagaan. Dahulu kalau mak baca komen warganet, dia jadi down dan murung. “Sejujurnya emak memang tegur saya hari-hari tapi saya yang degil. Kalau orang kata mak saya tak pandai jaga anak, pergi lantaklah. Kalau kau bagus jagalah anak dan emak kau baik-baik” katanya kepada mStar. Kak KM tak peduli teguran warganet. Kak KM ditemui semasa sidang media filem 3 Janda Melawan Dunia yang diadakan di GSC One Utama, Petaling Jaya Selangor pada Khamis. Sebelum ini, kakak kepada model Ahya ini kerap menerima kritikan dari warganet kerana aksi dalam video yang dimuat naik di Instagram dikatakan lvcah dan melampau. Warganet yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun. Selain itu, video Kak KM menyusukan bayi di tempat awam dan membiarkan dua anaknya merokok turut mengundang rasa kurang senang warganet.

Dalam pada itu, usahawan jamu ini memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kritikann yang ditulis warganet kerana perkongsiannya itu atas tujuan perniagaan. “Warganet yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun. Kita dengan cara kita sebab yang viral tu produk yang saya jual cuma bila kita terangkan tu yang nampak macam lvcah. “Yang kritik pun saya layan baik-baik sahaja, saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Apa yang penting emak dan keluarga faham sudah cukup. Komen-komen buruk tu saya tak layan,” ujarnya. Sumber, mstar

Tak Sia Sia Menunggu, Lepas Hampir 1 Tahun Hilang Akhirnya Liiana Rosli Dedah Dapat Balik Ig Dia. Siapa tak kenal akan usahawan sensasi kita ni, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli bersyukur apabila akaun asal Instagramnya, @lianarosli_official sudah pun diterimanya kembali selepas dipercayai digodam hampir setahun lalu. Perkara berkenaan dimaklumkan pempengaruh yang juga anak dramatis senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu entri di Instagram. “Alhamdulillah, syukur IG dapat balik dah,” tulisnya ringkas menerusi akaun yang mempunyai kira-kira 437,000 pengikut itu. Menerusi hantaran sama, Kak KM dilihat sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang. Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut bersyukur dan ramai turut teruja apabila Kak KM mula memuat naik video dan foto di akaun asalnya itu. Antarannya; “Ya Allah!! Yeahhh alhamdulillah!!!”, “Yeah berkat sabar.”, “Yay Kak KM is back.”, “Omg! Rindunya kak sayang dan akaun ni.”, “Akak dah lama tak tengik. Tahniah liana cahaya mata yang comel.”

Terdahulu, meski akaun utamanya digodam sebelum ini, Kak KM tetap aktif di akaun sementara yang kini mengumpul seramai lebih 165,000 pengikut. Sekadar info, Kak KM baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cinta Carissa. Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Sumber, media hiburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.