Ds Vida tanya pendapat Ajai pasal lagu baru, sekali ini pula respon Ajai buat ramai yang terkedu

artis

Selepas 10 jam tertangguh sebelum ini, muzik video lagu baharu usahawan kontroversi Datuk Seri Vida berjudul Ku Ikhlaskan akhirnya dilancarkan pada pukul 3 pagi hari Isnin. Berdepan dengan masalah teknikal, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, bersyukur dan terharu dengan sambutan orang ramai terhadap lagunya itu. “Sepatutnya lancar pukul 5 petang semalam tapi ada masalah teknikal. Setelah sekian lama menunggu akhirnya saya lancar pukul 3 pagi. Saya terharu dengan sambutan, ramai yang ikhlas beri komen. “Saya tak pernah terima kata-kata seindah ini, saya seperti terima kasih sayang daripada semula,” ujarnya.

Muzik video Ku Ikhlaskan meraih perhatian ramai apabila Vida tampil dengan lapan kostum yang unik dengan solekan artistik. Menerusi MV lagu ciptaan Amy Ukays dan Vida ini turut menampilkan pembantu peribadinya Qush sebagai hero. Menurut Vida kos lagu dan MV tersebut menelan belanja RM 400,000 dan penggambaran selama lima hari dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highland. Vida juga mengharapkan MV tersebut mendapat tiga juta tontonan dalam tempoh sehari. Berkongsi lanjut tentang MV ini, kata Vida, ia bukan sekadar kisah peribadi tapi juga sarat dengan emosi yang pernah dialaminya.

“Keperitan, kritikan bertubi-tubi saya hadapi, sekecil perkara diambil kira, sebesar hama ditimbang tara. Apa yang saya paparkan ini duka lara yang saya sendiri alami,” ujarnya. Selepas 10 hari sahaja dilancarkan lagu terbaru daripada usahawan terkenal, Dato Seri Vida atau turut dikenali dengan panggilan DSV di laman Youtube DSV Entertainment berjudul Ku Ikhlaskan nampaknya berjaya mengumpul lebih 2.8 juta tontonan. Lagu Ku Ikhlaskan yang dilancarkan pada 21 Mac lalu ternyata hangat mendapat pelbagai pandangan oleh pendengar dan meskipun begitu, lirik lagu Ku Ikhlaskan antara yang dipuji oleh orang ramai.

Malah terdapat juga penyanyi seperti Khai Bahar yang membuat cover lagu Ku Ikhlaskan tersebut yang mana sekali gus melonjakkan lagi ramai semakin menyukai lagu terbaru DSV tersebut. Namun begitu, DSV diruangan Instagram dilihat gembira kerana akhirnya mendapat komen daripada Ajai mengenai lagu barunya itu selepas mereka bertemu. Rakaman Ajai beri komen lagu terbaru DSV yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Dato Seri Vida itu turut jadi tumpuan ramai dengan ditinggalkan ratusan komen oleh warganet dengan memberikan pelbagai pandangan. Klik sini untuk tonton video. Kredit, mstar

Warganet Bandingkan Suara Safiey Ilias Dengan Vida Dan Iqbal, Sekali Ini Respon Berani Dari Safiey Illias

Baru baru ini kita dikhabarkan dengan kemunculan lagu usahawan terkenal Datuk Seri Vida menerusi lagu Ku Ikhlaskan mendapat kritikan dan kritikan terutama dari segi kualiti vokal. Malah, ramai membandingkan nyanyian Vida dengan usahawan Safiey Ilias dalam lagu Syinta Gila dan Apa Salah Syinta, dianggap jauh lebih baik. Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias berkata, dia mengikuti kelas vokal Shafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shafi juga guru vokal program Akademi Fantasia dan Big Stage 2022. “Warganet pernah tanya Cikgu Shafi apabila Iqbal Zulkifly menjadi peserta program itu. Saya ada baca komen yang mana agak terkejut apabila nama saya di ‘tag’ oleh warganet di ruangan komen di Facebook, Instagram dan YouTube. “Nak ketawa pun ada juga. Sebab mereka komen suara saya sedap dalam lagu Syinta Gila hasil tunjuk ajar Cikgu Shafi. Kalau nak tahu, saya ikut hampir lapan sesi sebagai persediaan sebelum merakamkan lagu itu. Tak bolehlah setakat berlatih satu atau dua sesi dan terus nak bertanding dalam program nyanyian hebat.

Kata Safiey lagi “Masa itu mungkin orang tak ambil kisah sangat saya belajar dengan siapa. Tapi bagi saya yang memang ‘zero’ ilmu nyanyian, saya tahu saya tak reti, jadi saya rela berlatih dan ambil kelas. Jadi selepas Iqbal tersingkir, baru agaknya warganet perasan Cikgu Shafi yang ajar saya vokal dulu,” katanya. Menurut Safiey adalah tidak adil jika mahu membuat perbandingan vokal antara dirinya dengan Vida atau Iqbal. “Kami bukan penyanyi, tapi kami cuba untuk menyanyi. Jika ada banyak kekurangan adalah wajar. Cuma, apa boleh dibuat adalah belajar, cari inisiatif dan jangan sekerat jalan. Kalau boleh janganlah bandingkan kami. Lagipun, lagu kami genre berbeza. “InsyaAllah, saya pun ada perancangan nak teruskan belajar kelas vokal dengan Cikgu Shafi. Bagi saya, ia satu terapi dan dapat menghilangkan rasa tekanan. Saya seronok. Cikgu Shafi pun banyak membantu,” katanya. Sumber, HMETRO ONLINE

Iqbal Kaitkan Muka Dia Ada Dalam MV Dato Vida, Sekali Ini Respon Tuan Badan. Siapa tidak kenal akan usahawan sensasi kini. Kalini usahawan kosmetik Datuk Seri Vida tampil menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan sentimen agama bagi menyiapkan pusat tahfiz dengan mengajak orang ramai menonton video muzik lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan. Menurut Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, niatnya menganjurkan program amal sambil berhibur itu adalah untuk menggalakkan orang ramai menyumbang dan bersama-sama mengumpul pahala akhirat. “Menunggang agama apa? Ini sebahagian kerja amal kami, apalah salah sambil menonton MV kita ajak orang ramai menderma dengan hulurkan sedikit sumbangan ke nombor akaun yang saya nyatakan. Sambil berhibur, kalau boleh hulurkan la sikit untuk pahala. InsyaAllah duit yang kita dapat daripada jumlah tontonan YouTube itu pun nanti kita akan sumbangkan.

Seterusnya Vida menyatakan “Ada juga cakap kenapa saya tak bagi sumbangan RM 400,000 secara terus kepada mereka”. Sejujurnya sebelum ini saya dah buat seorang diri, dah banyak sumbangan saya bagi, jadi tak salah sekarang ini saya nak ajak orang lain berjemaah sekali. “Saya dah bagi bahagian saya, jadi saya buka peluang untuk orang lain juga. Bagilah berapa pun nak menderma, yang penting niat kita. Kalau boleh kita letak sasaran nak kumpul sumbangan lebih dari kos MV. Tapi alahai sampai sekarang ni baru berjaya kumpul RM 1,300 sahaja. “Saya tak kisahlah orang nak cakap apa pun sebab kita buat MV ni dengan niat baik. Saya juga mahu sampaikan mesej positif kepada penonton. Kalau kita ikhlaskan diri, pasti jiwa kita akan tenang,” katanya ketika di hubungi.

Sebelum ini tindakan Vida mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton MV lagu berkenaan mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak termasuklah pendakwah bebas PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak. Kata PU Syed, Vida tidak boleh menjadi seperti Robin Hood yang melakukan perkara kebaikan dengan cara yang tidak betul. Ujarnya, MV Ku Ikhlasan mengandungi unsur tidak baik dan mengajak orang ramai menontonnya adalah salah. Difahamkan Vida mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz dan Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Berikut menyatakan Muka Iqbal Kena Pangkah. Dalam pada itu, Vida turut menjawab dakwaan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli kononnya MV berkenaan ditujukan kepadanya. “Tak ada kena mengena dengan dia serabutlah saya. Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia, kalau dilayan makin menjadi nanti. “Fasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan. “Malaslah saya nak fikir apa kata dia ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan” ujarnya. Menerusi laporan pada Selasa, Iqbal mendakwa lagu dan video muzik Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya dan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu. Sumber, onlinemalaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.