Sekali ini tindakan yang diambil oleh pihak Universiti pada pensyarah tersebut buat ramai yang tak senang duduk

berita

Seorang pensyarah yang sebelum ini dikatakan menghina seorang pelajar B40, telah direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai hari ini. Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, tempoh rehat kepada Prof. Dr. Roshana Takim adalah sehingga siasatan lengkap dilaksanakan universiti terbabit. “Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan semalam mengambil keputusan merehatkan Roshana dari tugasan mulai hari ini hingga siasatan lengkap. “Keputusan ini dibuat adalah bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu turut memaklumkan pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga. Tambahnya, UiTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran yang mengelirukan. “UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya.

“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian,” katanya. Jelasnya, penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan. Sumber, KOSMO! ONLINE

Dengar Macam Kerja Tanpa Gaji, Individu Ni Bongkarkan Sesuatu Pasal Pensyarah Uitm Buat Ramai Yang Terkedu

Tindakan pensyarah yang seakan-akan menempelak atau menghina golongan B40 sememangnya amat dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku. Bagaimanapun, orang ramai juga perlu adil dalam memahami konteks yang ingin disampaikan oleh pensyarah itu adalah untuk kebaikan pelajar dalam penyediaan kelengkapan pembelajaran. Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, kejadian berkenaan dikesali terutama membabitkan pensyarah di sebuah universiti awam.

“Namun, kita jangan cepat melatah dan menghamburkan kata-kata tidak sepatutnya kepada pensyarah berkenaan kerana perlu diadili kata-kata beliau dengan sebaiknya. “Pada perkiraan saya, apa yang dikatakan oleh pensyarah berkenaan ada benarnya cuma mungkin agak keterlaluan ketika menyentuh golongan B40. “Pada hari ini, kita dapat melihat tidak mengira golongan mana, mereka mampu untuk memiliki gajet serta telefon pintar dengan harga beribu-ribu ringgit namun untuk penyediaan pembelajaran, tidak pula begitu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berikut lagi perkongsian dari warganet mengenai sikap baik Prof ini. Dengaqnya Kerja Tanpa Gaji. Warganet kalau buat kerja memang laju. Satu Malaysia bash Prof ni bila viral video dia marah seorang pelajarnya. Simpati bertali arus kepada pelajar lelaki berkenaan. Bila dah viral, macam macam maklumat yang sampai kepada kita sama ada positif mahupun negatif. Saya kongsikan sedikit perkongsian maklumat, sama ada sahih atau tidak, wallahualam. Kejadian berlaku dah lama. Prof tu dah bersara, dan pelajar tersebut pun telah bergraduasi. Prof ni memang jenis ‘mulut laser’ dan garang. Tapi hati dia baik. Itu penanda aras yang bekas2 pelajarnya katakan.

Maklum balas daripada majoriti bekas pelajar beliau, semua memuji sikap dan komitmennya kepada anak bangsa beliau di UiTM. Dan, khabarnya, selepas dia marah pelajar berkenaan, dia juga belikan laptop untuk pelajar tersebut dan juga bantuan zakat. Hebat kan. Selepas bersara, beliau terus mengajar tanpa gaji. Kata kawan2 pensyarah, notice tak kat title tu ada tulis khas. Tu maknanya dia takde gaji, cuma beliau boleh guna title Prof dan guna facilities Universiti. Punya lah nak tengok anak melayu berjaya, dia kerja tanpa gaji. Kalau kita, Ermmmm.. Dan Prof ni pun pencapaian dia bukan calang calang. Banyak kejayaan dan kajian ilmiah beliau yang sukses terutama dalam bidang kejuruteraan. Dan UiTM sebagai sebuah Universiti berteraskan melayu dan B40, beruntung dapat menggunakan kepakaran beliau.

Silap Prof ni cuma dia sentuh B40 je. Namun, itu bukan sebuah pemberitahuan umum pun. Ia hanya dalam kelas beliau. Cuma tak tahu kutu mana yang pi rakam dan viralkan. Cuma, proses membasmi kemiskinan ini bukan sebuah proses yang mudah. Kemiskinan adalah dinamik. Ia sentiasa bergerak. Setiap hari akan ada orang miskin. Kadang2 B40 yang nak memohon bantuan ni pun, ayat2 mereka lebih pedih daripada ayat Prof ni. Contoh paling mudah, KWSP. Sewaktu PM belum umumkan yang baru baru ni, apa warganet tak kata dan maki pada PM. Cuma sebab warganet tu bukan Profesor, bukan seorang selebriti umum, maka nampak macam tak salah dan bebas bersuara lah.

Saya mengzahirkan simpati kepada Prof Roshana ini. Mesti dia sekeluarga tertekan emosi dan fizikal bila tiba tiba jadi tumpuan ramai dari semalam. Moga beliau kuat dan terus halalkan ilmu yang beliau curahkan kepada anak bangsa beliau. Setiap orang berbeza. Ada yang keras, ada yang lembut. Ada yang nampak sopan, ada yang nampak kurang ajor. Yang penting niat dan output mereka. Saya tidak memihak mana mana. Dua2 ada salah. Cuma sedikit lebih adil penilaian kita kepada jasa-jasa Prof tu untuk anak anak kita di UiTM. Perkongsian, Anggun Tg Malim

Leave a Reply

Your email address will not be published.