Tular Yasin pegang kertas putih, rupanya masa dalam kandang okt tu ini yang dia cakap

artis

RESAH gara-gara permohonan ikat jamin ditolak, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan mengedar bahan terlarang cuba mengemukakan rayuan secara peribadi. Ketika berada di kandang orang kena tuduh (OKT), Yasin, 47, secara tiba-tiba menyatakan kebimbangannya tentang masalah kesihatan yang dialaminya kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Sambil memegang sekeping kertas putih, Yasin bersuara kepada mahkamah. “Saya ada ubat yang diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas.

“Saya risau crack dan tak betul seperti berlaku tiga kali sebelum ini,” katanya pada Khamis. Situasi itu berlaku selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah masing-masing. Sejurus selepas Yasin bersuara, peguam belanja Yusmadi Yusoff sekali lagi mengulangi hujahnya sebelum itu tentang masalah kesihatan dan rawatan yang perlu diberikan kepada anak guamnya. Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Yusmadi memaklumkan bahawa Yasin menghidap biplar tahap teruk sehingga boleh menjejaskan kesihatan dirinya. Saya risau crack dan takbetul seperti berlaku tiga kali sebelum ini.

“Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk pernah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). “Namun dia tak bercerita dekat orang fasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus fasal dia. “Proses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera,” katanya kepada mStar. 17 pasu pokok bahan terlarang ditemui di kediaman Yasin. Ujar Yusmadi, sejak Yasin ditahan dia tidak mendapat sebarang rawatan perubatan berhubung penyakit yang dihidapinya itu.

“Pengalaman dilaluinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya. “Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah,” ujarnya. Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok terlarang di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Maca lalu. Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan bahan terlarang seberat 214 gram pada 24 Mac lalu. kredit, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.