Tawar 12k jika dapat temui acap sebelum raya, Abang acap kesal adik dituduh kahwin lari

Viral

Baru baru ini tular di media sosial mengenai arwah acah yang sudah hilang selama 3 tahun. Kalini abang kepasa acap tampil membuat tawaran kepada semua yang dapat kembalikan acap sebanyak RM12k. Abang acap kesal dengan kenyataan orang ramai sampai ada yang mengatakan dia lari kahwin dengan bunian dan kemudian enggan balik. Sudah menjadi lumrah jika ada orang yang ‘ghaib’ di kawasan hutan, masyarakat sering mengaitkan dengan alam bunian. Saudara Denny Lang iaitu abang kepada Acap sempat meluahkan rasa kesal lantaran ada yang menuduh adiknya telah berkahwin dengan makhluk halus dan enggan pulang ke dunia asal. Ada juga YouTubers yang bersikap menangguk di air keruh serta sengaja membuat content murahan demi meraih view.

Disebabkan abang kepada acap ini Vsiap menawarkan duit buat siapa yang berjaya jumpa Acap sebelum raya, saya hadiahkan RM12,000. Justeru itu, dia berharap segala khabar angin mengarut itu tidak lagi diperkatakan. Apalagi di sebalik kehilangan Acap, ada ahli keluarga yang masih bersedih tanpa jawapan sampai sekarang. Dalam misi pencarian yang belum tamat itu, Tuan Denny turut menawarkan RM12,000 kepada orang awam yang boleh menemukan adiknya sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan. Katanya lagi saya ikuti kisah dari awal-awal sampai sekarang, tiap kali lalu highway Gopeng mesti segar di ingatan tentang acap. Sebak dengan perkongsian itu, ramai yang mendoakan semoga Acap akan dapat ditemui satu hari nanti. Walaupun bukan ahli keluarga sendiri, namun mereka setia mengikuti perkembangan peristiwa itu sejak 3 tahun lalu. Sumber, kisah dunia

Cukup 3 Tahun Hilang Tanpa Kesan, Kini Abang Tampil Dedah Sesuatu Tentang Acap. Hari ini, sudah genap 3 tahun kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu saudara Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap. Setiap kali tiba tarikh 23 Mac, timbul sekelumit perasaan ingin tahu dalam kalangan warganet yang mengikuti detik peristiwa ini tentang apa sebenarnya yang terjadi dan di manakan keberadaan lelaki tersebut. Genap 3 tahun kehilangan adik Acap…semoga berjaya ditemui walau di mana jua dia berada. Menerusi perkongsian di Facebook miliknya pagi tadi, Denny Lang sentiasa mengingati tarikh keramat yang mana adiknya lesap secara tiba-tiba dan gagal dijumpai sehingga sekarang. Difahamkan, beberapa kenalannya di Kota Suci Mekah turut menitipkan doa agar Acap serta beberapa individu yang senasib dengannya berjaya ditemui dalam keadaan selamat seterusnya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Video & gambar terakhir Acap sebelum menghilang tanpa sebarang jejak. Malah bersempena tarikh itu juga, Denny Lang turut memuat naik video yang memaparkan koleksi foto terakhir adiknya sebelum lesap tanpa sebarang jejak sehingga ke saat ini. Selain itu, dia turut masih menyimpan beberapa klip yang dirakam secara tidak sengaja oleh peserta lain memaparkan kelibat Acap ketika berada di salah satu checkpoint acara larian terbabit. Rasa macam baru lagi, pejam celik dah 3 tahun…semoga terjawab misteri kehilangan Acap. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet akui tidak menyangka tempoh misteri kehilangan Acap kini sudah pun masuk tahun yang ketiga. Oleh sebab itu, ramai yang memanjatkan doa serta harapan agar sinar keajaiban muncul jua suatu hari nanti.

‘Naluriku berkata Acap masih hidup’

“NALURI sebagai abang tetap merasakan adik hidup namun masih belum tiba masanya untuk kami dipertemukan kembali,” kata Mohd Zahiruddin Hassan, 36. Adiknya, Mohamad Ashraf Hassan, 29, atau lebih dikenali sebagai Acap hilang ketika menyertai acara larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Gopeng, Perak pada 23 Mac tahun lalu dan kehilangannya dianggap misteri berikutan sehingga kini tiada sebarang jejaknya ditemui. Mohd Zahiruddin berkata, sehingga kini usaha mengesan adiknya masih dijalankan sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan. Katanya, walaupun tiada sebarang petunjuk dapat menguatkan kehilangan mahupun penemuan adiknya itu, namun Mohd Zahiruddin tetap berharap masih ada sinar yang menanti mereka sekeluarga selepas lebih 365 hari hilang tanpa khabar.

“Sebagai abang sulung, saya bertanggungjawab memastikan pencarian dan persoalan kami sekeluarga menemui jawapan sama ada Acap masih hidup atau sebaliknya. Ibu (Siti Maznah Khamis) masih berharap kehilangan Acap menemui jawapan dan kami sekeluarga akan tetap berusaha memastikan persoalan ini akhirnya menemui noktah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Menurutnya, dia kadangkala dibantu rakan pendaki dari seluruh negara selain Aceh, Indonesia pergi ke lokasi terakhir Acap dilihat bagi menjalankan misi pencarian. Menurutnya, sepanjang pencarian itu, tiada sebarang petunjuk jelas ditemui termasuk barangan peribadi Acap di sekitar kawasan berkenaan namun mereka tetap optimis untuk meneruskan misi.

“Sudah lebih setahun Acap hilang tanpa khabar, saya dan keluarga yakin Allah akan tunjukkan jawapan yang jelas satu hari nanti. Kekuatan dan semangat dari keluarga menjadi pendorong utama untuk saya terus mencarinya sehingga satu jawapan yang kukuh ditemui sama ada hidup atau sebaliknya,” katanya. Bercerita mengenai sambutan Aidiladha, Mohd Zahiruddin berkata, kehilangan Acap amat dirasai kerana dia antara yang sibuk membersihkan rumah setiap kali perayaan berkenaan. “Kami akan sentiasa bersama ibu untuk mengelak daripada dia berasa sedih apabila mengenangkan kehilangan Acap. Kami tidak mahu kesedihan itu menyebabkan kesihatannya terganggu,” katanya. Dalam masa sama, Mohd Zahiruddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah mengenal jemu memberi sokongan daripada segi fizikal dan moral kepada mereka bagi menghadapi saat sukar ini.

Katanya, pihak berkuasa, agensi penyelamat, penduduk kampung serta komuniti pendaki antara watak penting dalam misi pencarian Acap namun status kehilangannya masih misteri sehingga kini. “Saya mewakili keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat sejak dia dilaporkan hilang. Keajaiban dan kuasa Allah SWT sahaja dapat merungkai jawapan misteri kehilangan Acap walaupun kami masih perlu menanti pada satu tempoh yang tidak pasti,” katanya. Pasukan penyelamat sudah menggerakkan semua aset dalam usaha mencari Acap namun usaha itu menemui jalan buntu. Diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pelbagai agensi penyelamat, usaha mencari Acap bagaimanapun sudah dihentikan selepas tidak menemui sebarang petunjuk. Pada 21 April tahun lalu, berita penemuan tulang manusia di Gua Kandu, Gopeng amat mengejutkan banyak pihak namun ia disahkan bukan tulang Acap selepas ujian deoksirinobukleik (DNA) mendapati ia tidak sepadan ahli keluarganya. Sumber :HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.