Orang lain ada bahan terlarang sampai RM3.3 juta takda pula papar muka, Warganet setuju dengan kenyataan daripada Fadzil Zahari

Viral

Siapa tak kenal dengan adik pelakon terkenal Farid Kamil ini, kalini Fadzil Zahari tampil beri komen tentang isu Yasin Sulaiman mendapat perhatian warganet. Isu penahanan bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman kerana disyaki memiliki bahan terlarang dan menanam pokok gnja di kediamannya di Kota Damansara masih menjadi bualan serta perdebatan panas dikalangan orang ramai. Fadzil Zahri mempertikaikan Wajah Artis Terpampang Di Media. Hal ini juga mendapat perhatian pelakon Fadzil Zahari, di mana suami kepada Yana Samsudin ini berkongsi pandangannya dengan memberi komen berkaitan kes Yasin diruangan komen posting milik portal media hiburan tempatan. “Malaysia ku.. Tokan bahan terlarang kena tangkap bawa masuk gnja berkilo-kilo nilai RM3.3 Juta tak pula tunjuk muka, depa ni hat sehelai dua daun gnja muka terpampang merata-rata..” komen Fadzil

Rata rata warganet setuju dengan komen Fadzil

Apabila membaca komen Fadzil diruangan komen posting di Instagram portal media hiburan tempatan itu, menarik perhatian orang ramai dan rata-rata ramai yang bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut. Antaranya ialah “@fadzilzahari Bila kau bukan siapa-siapa bang”,“@fadzilzahari Biasa lah bang tokan ada bos besar kat belakang dok salut dana kena tahan hari ni, esok lusa lepas lah”,“@fadzilzahari Tu beza nya orang kaya dan B40”,“@fadzilzahari Duit adalah raja.. Faham-faham je lah.. Ini lah Malaysia” komen mereka. Untuk rekod, Mahkamah Seksyen dan Majistret menetapkan kes Yasin akan disebut semula pada 18 Mei ini nanti. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B bahan terlarang berbahaya. Sumber murai

Rombongan merisik Fadzil Zahari pernah ditolak Yana Samsuddin. Pelakon, Yana Samsuddin mengimbas kembali nostalgia mendirikan rumah tangga dengan sahabat baiknya, Fadzil Zahari yang dahulunya sering menyokong perjalanan kerjaya seninya. Yana berkata, suaminya itu menyimpan perasaan sudah lama, tetapi Yana ingin melunaskan beberapa impian dan tanggungjawab terhadap keluarga sebelum mendirikan rumah tangga. “Saya tahu Fadzil sebenarnya sudah lama sukakan saya, malah dia juga pernah menghantar rombongan merisik ke Johor ketika itu, namun ditolak secara baik. Bukan apa, banyak perkara yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. “Saya ingin membeli rumah buat keluarga terlebih dulu, malah tidak ralat walaupun hanya memakai kereta Perodua Kelisa ketika itu. Biarlah orang lain menukar kereta dan sebagainya, saya setia dengan kereta lama kerana banyak yang saya impikan pada masa itu. “Alhamdulillah, selepas semuanya terlaksana, saya bersedia untuk memikirkan mengenai diri sendiri pada usia 30 tahun. Saya bersyukur walau apa jua cabaran dan rintangan, Fadzil sentiasa berada di sisi,” katanya.

Yana berkongsi kisah cintanya bersama suami ketika menyertai sesi Instagram Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) malam tadi. Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini. Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya, wanita kelahiran Yong Peng, Johor itu mengakui lebih selesa bergerak di belakang tabir sebagai pengarah, namun rezeki Yana nampaknya lebih memihak sebagai pelakon. “Saya bermula sebagai penyanyi untuk lagu filem Mami Jarum ketika berusia 17 tahun. Kemudian saya bekerja di Metrowealth International Group (MIG) di bahagian suntingan dan di situlah bermula segalanya,” katanya. Yana muncul sebagai pengarah filem termuda pada usia 23 tahun ketika mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta lakonan Fazura dan Pierre Andre pada 2008. “Filem itu mencatat kutipan hampir RM1 juta yang boleh dikatakan cukup baik ketika itu,” katanya. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.