Berdoa cara barat sebelum tiup lilin, Liyana Jasmay teruk dikritik warganet

artis

Sambutan ulang tahun kelahiran pelakon dan juga penyanyi Liyana Jasmay yang ke-34 baru-baru ini dikritik warganet selepas dia dituduh berdoa menyerupai ajaran agama barat. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Liyana berkongsi sebuah video sedang menggenggam tangan sambil menutup mata sebelum meniup lilin pada kek bertingkat yang ada di hadapannya. “Terima kasih di atas ucapan dan doa semua,” tulisnya dalam hantaran tersebut. Bagaimanapun, tindakan pelantun lagu Cinta Bersatu itu berdoa sebelum meniup lilin mengundang kritikan warganet apabila mendakwa perbuatannya seakan-akan meniru cara agama lain berdoa. Rata-rata pengikutnya dalam Instagram mempersoalkan cara Liyana dan berasa kecewa apabila tindakan pelakon itu tidak melambangkan dirinya sebagai umat Islam dengan mengikut perbuatan agama lain. Video, Klik link

Antara komen warganet “Islam tidak berdoa seperti ini. Tidak ada ‘make a wish’ (memohon hajat) sebelum meniup lilin. Itu sahaja komen saya,” ujar seorang warganet. “Tidak perlu tiru budaya Barat,” kata seorang lagi pengguna Instagram. “Ustaz ada cakap meniru tangan (berdoa) seperti agama barat adalah haram,” tegur seorang lagi warganet. Dalam pada itu, terdapat juga warganet menegur perbuatan Liyana meniup lilin pada kek hari jadi kerana mendakwa dalam agama Islam, perbuatan tersebut (meniup lilin) adalah dilarang. “Kenapa tiup lilin sambil buat hajat? Bukan tidak boleh ke? (haram),” kata seorang pengikutnya. Sekadar info, Liyana mengambil keputusan untuk berhijrah apabila tampil memakai hijab sepenuhnya pada 2017. Bagaimanapun, pelakon itu kembali membuka hijab sekitar 2020 apabila berkongsi foto dirinya tidak lagi menutup aurat ketika sedang bercuti di Gold Coast, Australia. – KOSMO! ONLINE

Bila Orang Jumpa Di Luar Terkejut Tengok Rupa Liyana Jasmay Tak Perlu Guna Filter Nak Nampak Sempurna. Pelakon Liyana Jasmay menyeru kepada semua wanita terutamanya supaya bina keyakinan diri dengan tidak menyembunyikan cela pada wajah ketika memuat naik foto di laman sosial.Liyana meminta supaya tidak perlu takut untuk mendedahkan cela yang ada kerana tiada manusia yang sempurna.“Kadang-kadang kita nak letak filter kat social media sebab nak show people as if we have the mostcantik skin, flawless and etc.“Tapi bila orang jumpa kat luar orang terkejut tengok rupanya lain dari dalam gambar kat Instagram! I nak bgtau adik-adik dan gadis-gadis di luar sana, tak perlu takut kalau ada jerawat , sunburn or acne.“Because we are human being. We are not perfect. We are way from perfect,” katanya.

Pelakon filem Papadom itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya yang tidak menggunakan apa-apa aplikasi penyeri wajah atau ‘filter’. Pinta Liyana lagi, jangan tertekan melihat kehidupan sempurna orang lain di media sosial kerana apa yang dipaparkan hanyalah kesempurnaan. “Jangan stress tengok kulit orang, life orang dalam social media dan rasa macam life dorang best, life dorang power or kenapa you tak dapat apa mereka dapat.“Ini kerana 99.9% of apa yang kita post dalam social media is basically what we want you to see. So take it easy ya.. Dont get too obsessed with it.

Tambah Liyana setiap wanita dianugerahkan kecantikan yang berbeza-beza dan jangan takut untuk pamerkan kerana Instagram bukan segalanya.Malah pelakon itu sendiri akui mempunyai cela di muka kerana masalah kulit namun tetap yakin memuat naik fotonya ke Instagram.“Saya sarankan semua ladies to embrace your beauty. Everyone and each one of you are beautiful in your own way.“So ladies embrace it, dont be scared to show the real you and be yourself. Dont fake it to make it because at the end of the day Instagram is not everything.“Photo kat atas ni saya dgn mama saya. I have no make up only sunblock. Next picture is me wearing makeup but no filter. I have acne, I have pimples in somedays.“My skin sometimes tak sekata warna dia. But its okay. Its not the no 1 problem in our life,” nasihatnya. Sumber, gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.