Teruk kena kritik, akhirnya kumpulan nasyid raihan tampil bongkarkan sesuatu pasal Yasin

berita

Kumpulan nasyid popular, Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai atau menghakimi Yasin Sulaiman susulan penahanannya akibat dakwaan mengedar bahan terlarang. Menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu. “Dia seorang sahabat yang baik… Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tidak tahu apa yang dialaminya. Jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum.

“Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit biplar. “Masa mula-mula mendengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu,” katanya kepada Gempak. Raihan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos. Dalam pada itu, Raihan juga berpendapat tidak adil untuk menilai atau memberi tanggapan bahawa semua penyanyi nasyid bermasalah.

“Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya. “Yang paling penting kita doakan ada pihak-pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya, kerana ini bukan kes biasa. “Kita bersangka baik bahawa dia berpenyakit dan berdoa supaya Allah pimpin dan membantu dia hadapi masalah ini. Kami kenal dia bukan macam itu. Kami, kumpulan nasyid juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, doakan yang terbaik,” jelasnya. Terdahulu, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulans nasyid Brothers satu ketika dulu telah ditahan pada 24 Mac dikediamannya atas tuduhan memiliki bahan terlarang jenis gnj.Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis dan berdepan gantung mndatori mengikut Seksyen 39B Akta bahan terlarang Berb4haya 1952 jika sabit kesalahan. SUMBER, GEMPAK

Tular Yasin Pegang Kertas Putih, Rupanya Masa Dalam Kandang Okt Tu Ini Yang Dia Cakap

RESAH gara-gara permohonan ikat jamin ditolak, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan mengedar bahan terlarang cuba mengemukakan rayuan secara peribadi. Ketika berada di kandang orang kena tuduh (OKT), Yasin, 47, secara tiba-tiba menyatakan kebimbangannya tentang masalah kesihatan yang dialaminya kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Sambil memegang sekeping kertas putih, Yasin bersuara kepada mahkamah. “Saya ada ubat yang diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas.

“Saya risau crack dan tak betul seperti berlaku tiga kali sebelum ini,” katanya pada Khamis. Situasi itu berlaku selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah masing-masing. Sejurus selepas Yasin bersuara, peguam belanja Yusmadi Yusoff sekali lagi mengulangi hujahnya sebelum itu tentang masalah kesihatan dan rawatan yang perlu diberikan kepada anak guamnya. Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Yusmadi memaklumkan bahawa Yasin menghidap biplar tahap teruk sehingga boleh menjejaskan kesihatan dirinya. Saya risau crack dan takbetul seperti berlaku tiga kali sebelum ini.

“Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk pernah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). “Namun dia tak bercerita dekat orang fasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus fasal dia. “Proses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera,” katanya kepada mStar. 17 pasu pokok bahan terlarang ditemui di kediaman Yasin. Ujar Yusmadi, sejak Yasin ditahan dia tidak mendapat sebarang rawatan perubatan berhubung penyakit yang dihidapinya itu.

“Pengalaman dilaluinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya. “Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah,” ujarnya. Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok terlarang di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Maca lalu. Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan bahan terlarang seberat 214 gram pada 24 Mac lalu. kredit, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.