Harga tiket konsert Justin Bieber dari RM 288 hingga Rm2088, Sekali Ustazah Asma mohon sesuatu pada ibu bapa

Viral

Konsert jelajah Justice World Tour telah membuatkan rata-rata peminat Justin Bieber tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi kesukaan mereka pada 22 Oktober di Stadium Bukit Jalil.

Kecenderungan untuk ke tempat maksiat masih subur

Meskipun begitu, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran berhubung konsert Justin Bieber yang dijadualkan akan bermula penjualan tiket pada hari ini. Menurut Asma’, fenomena penyanyi kelahiran Kanada itu membimbangkan dirinya setelah mendapat sambutan rancak daripada anak muda sehinggakan ada yang sanggup meminta duit daripada ibu dan mengambil upah melakukan pelbagai kerja demi hiburan.

Apabila berlaku pandemik selama dua tahun sehingga aktiviti sosial yang melibatkan ramai orang tidak dibenarkan, kita sangka gejala maks.1at sedemikian juga telah m.ti. Namun bila war-war konsert Justin Bieber yang akan berlangsung pada 22 Oktober nanti di Stadium Bukit Jalil, semakin rancak sambutan golongan anak muda.

Tiket dijual dari harga RM288 sehingga RM2088, tapi mereka sanggup kosongkan duit simpanan, bahkan ada yang sanggup mengambil upah kerja itu dan ini semata-mata untuk beli tiketnya. Antara yang viral juga ialah video seorang anak meminta duit pada ibunya untuk hadir ke konsert. Allahu Akbar. Sungguh, fenomena ini memang sangat membimbangkan. Rupanya kecenderungan untuk hadir ke tempat maks.1at masih subur. Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Asma’ berpendapat lebih afdal sekiranya duit itu digunakan ke arah perkara yang lebih bermanfaat ataupun diberikan kepada golongan memerlukan.

Semoga penulisan ini sampai ke hati

Dalam pada itu, Asma’ memohon kepada golongan ibu bapa untuk tidak memberi kebenaran kepada anak pergi ke tempat yang melalaikan. Saya menyeru kepada ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian, gunakan kuasa dan kemampuan yang ada untuk selamatkan ahli keluarga kita daripada tergelincir ke daerah maks.1at, sama ada disebabkan dorongan nafsu hiburan atau pujukan kawan-kawan. Bimbang jika semua permintaan anak kita izinkan demi menjaga hati, sekalipun yang terang-terangan berbentuk maks.1at, pasti kita akan dipersoal di hadapan Allah kelak. Allahu Akbar. Maka, bertegaslah selagi perlu meskipun akan dicemuh oleh anak sendiri. Mungkin mereka belum faham, tetapi yakinlah Allah pasti akan perlihatkan hikmahnya kepada mereka nanti.

Malah, dia juga menekankan untuk menghormati kemuliaan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 3 April ini. Sekiranya kita benar-benar menjaga kemuliaan Ramadhan, nescaya kita akan lawan daripada menghadiri program tersebut, sesuai dengan konsep Ramadhan yang tujuannya untuk melatih orang mukmin melawan hawa nafsu, meskipun konsert itu diadakan pada bulan 10 nanti. Berjuanglah habis-habisan melawan kehendak nfsu yang memperdaya, agar kita tidak tercicir akhirat lalu ditipu kehidupan dunia. Kita bimbang sekiranya Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia, tanpa mendapat sebarang pengampunan atau rahmat yang amat diperlukan oleh si hamba. Sumber: Facebook @Ustazah Asma’ Harun

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.