Anak anak masih berharap bapa pulang ke rumah, sekali peguam tampil minta elak sesuatu

Viral

Abang Yasin iaitu Zain berharap urusan adiknya dipermudahkan. Penahanan Yasin Sulaiman akibat menanam pokok gnj.4 di kediamannya merupakan episod hitam buat keluarga penyanyi dan komposer itu. Abangnya, Zain Sulaiman, 50, yang ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya memberitahu anak-anak penyanyi itu tabah dengan apa yang berlaku. Dia juga berharap urusan penyanyi lagu Mimpi Laila itu dipermudahkan.

“Saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segalanya. Anak-anak dia menaruh harapan yang tinggi dan sangat tabah. Mereka semua menunggu Yasin. Mereka tahu apa yang berlaku pada dia,” katanya. Yasin pernah mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sameer, 12, dan Malaika, 7. Selain Zain, anggota kumpulan Brother iaitu Akbar turut dilihat hadir memberi sokongan moral kepada Yasin.

Dalam pada itu, peguam pembela mewakili Yasin, Yusmadi Yusoff, berkata, sokongan keluarga dan orang terdekat adalah sangat baik buat penyanyi itu ketika ini. Yusmadi juga meminta pihak media tidak menggunakan ayat ‘ladang mini’ bagi merujuk kes tersebut. Dia juga meminta orang ramai untuk tidak menulis komen tidak wajar yang mengganggu urusan perbicaraan tersebut.

Satu lagi yang harus direkodkan, amat tak wajar dia dilaporkan memiliki ladang mini. Itu tidak betul.

“Kita doakan sama-sama untuk urusan dia. Malah, hari ini ada juga kawan-kawannya yang datang. Bagi saya, dia tiada rekod negatif dan dia adalah seorang yang banyak memberi inspirasi. Rasanya ia (pandangan itu) perlu dikekalkan begitu. Satu lagi yang harus direkodkan, amat tak wajar dia dilaporkan memiliki ladang mini. Itu tidak betul. Kemudian ada yang kata kononnya ada sejumlah wang dan sebagainya, saya dah semak, tiada. Tapi tentang hal itu tidak boleh komen lanjut kerana kes sedang berjalan. Cuma agar komen-komen yang tidak wajar harus dielakkan,” katanya.

Terdahulu, Yasin Sulaiman berdepan hkvman m.t1 selepas didkwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertdvhan meng.3dar bahan terlarang jenis gnj.4 di sebuah kondomonium pada 24 Mac lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertdvh kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertdvhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, penyanyi lagu Mimpi Laila itu didkwa meng.3dar bahan terlarang berbahaya jenis gnj.4 dengan berat dianggarkan 214 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu. Tertdvh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Bahan Terlarang Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai m.t1 dan jika tidak dihukum m.t1 hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.