Tak sedar dikelilingi asap, pihak Pavillion tampil dedah kenyataan apa punca sebenarnya yang berlaku

Viral

Tular di media sosial apabila beberapa rakaman dan gambar di satu pusat beli belah terkenal Kuala Lumpur, Pavilion telahpun trbkr. Rakaman pendek dengan asap tebal berkepuk-kepuk itu juga menambahkan rasa panik pengunjung. Walau bagaimanapun, ada juga dedah yang tidak sedar akan kejadian yang berlaku walaupun masih lagi berada di dalam pusat beli belah tersebut dan tampil luah rasa syukur kerana semuanya masih lagi selamat. Sementara itu, pihak pengurusan Pavillion KL dedah satu kenyataan rasmi jelaskan kejadian tersebut merupakan berpunca daripada kebakaran kecil di sebuah restoran yang berada di tingkat 1. Namun ianya tidak melibatkan sebarang kecdraan ataupun kejadian yang melibatkan nyawa dilaporkan dan perniagaan masih lagi berjalan seperti sediakala. Video, klik link

“Satu kejadian kebkrn kecil berlaku kira-kira pukul 2.10 petang pada 30 Mac 2022 di dapur sebuah restoran di tingkat satu. Kebakaran segera dipadamkan dan kejadian itu sudah dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pihak kami akan terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pengunjung dan juga peniaga premis,” tulis kenyataan berkenaan. Difahamkan juga kebkrn itu berlaku di tempat pembkr daging itik restoran berkenaan. Sumber, Gempak

Pavilion letak paparan 3D untuk Tahun Baru Cina buat ramai kagum

Ketika dunia semakin maju dalam teknologi, paparan 3D ultrarealisitik telah menjadi tarikan di banyak bandar-bandar besar di seluruh dunia. Melibatkan pemandangan yang kelihatan hidup seperti benar-benar berada di hadapan mata, ramai yang kagum dengan teknologi paparan 3D yang sering tular di media sosial sejak kebelakangan ini. Malah, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menawarkan pengalaman menyaksikan teknologi canggih itu secara dekat apabila sebuah paparan 3D telah dipamerkan di Pavilion KL untuk sambutan Tahun Baru Cina

Dalam video yang dikongsikan di Twitter, paparan tersebut menunjukkan seekor kerbau dalam kotak kaca yang dicat dengan warna emas untuk menandakan tahun kerbau untuk Tahun Baru Cina 2021. Kerbau tersebut kemudian berlari dan melompat keluar dari kotak kaca seolah-olah memecahkan kaca skrin membuat ramai yang terpegun dengan animasi 3D tersebut kerana kelihatan cukup realistik. “Kalau aku mesti dah cabut lari…” “Sumpah power terok…”

Antara paparan-paparan 3D lain yang pernah tular sebelum ini termasuklah seekor singa yang terlepas di China membuatkan orang awam lari ketakutan. Paparan ombak 3D di Korea yang kelihatan seperti air laut sebenar di dalam akuarium besar juga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong. Sumber, Himpunanlawak

Reunion selepas 3 tahun! Ainul ‘lepak’ di Pavilion dengan Dr Amalina, ibu harap ukhwah berkekalan

Ainul Mardhiah bersama ibu dan bapanya bertemu dengan Dr Amalina serta suami di Kuala Lumpur pada Sabtu. Dr Amalina Che Bakri dan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dua nama ini cukup ‘familiar’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Menyoroti kisah Ainul bermula daripada penderitaan penyakit yang dialaminya, sehinggalah pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulut yang berjaya dilakukan oleh sepasukan doktor bedah termasuk Dr Amalina di London, benar-benar membuatkan masyarakat tersentuh.

Ternyata hubungan antara Ainul dengan Dr Amalina tidak terhenti setakat itu sahaja. Kini selepas hampir tiga tahun, kedua-duanya bertemu kembali ibarat sebuah keluarga. Ainul yang kini hampir mencecah usia empat tahun itu kelihatan gembira dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa dengan Dr Amalina di sekitar Pavilion, Kuala Lumpur. Telatah Ainul yang ceria di samping Dr Amalina, dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi di Instagram.

Hantaran Nurul Erwani menerusi Instagram Story miliknya.

“After (selepas) tiga tahun dan sampai bila-bila, semoga ikatan ini akan berkekalan. Mama doakan semoga Ainul jadi pandai dan cerdik macam Dr Amalina. Boleh duduk London nanti,” tulis Nurul Erwani menerusi hantaran di Instagram Story pada Sabtu. Nurul Erwani turut berkongsi beberapa keping gambar mereka sekeluarga bersama Dr Amalina dan suaminya, di laman sosial tersebut. Sementara itu, Dr Amalina juga membuat hantaran mengenai pertemuan bersama keluarga Ainul di laman Instagram miliknya.

“Lovely to see Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) and @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) again. Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Gembira bertemu Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) dan @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) lagi. Alhamdulillah Ainul sihat dan anak kecil yang ceria),” tulisnya. Dr Amalina yang kini berkhidmat di sebuah hospital di United Kingdom, tiba di tanah air minggu lalu menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB). Kepulangannya turut disertai suami, Alexander Charles.

Dr Amalina adalah salah seorang doktor yang terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembedahan membuang tumor pada mulut Ainul.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa gembira melihat ikatan ukhwah yang berkekalan antara keluarga Ainul dengan doktor jelita tersebut. “Alhamdulillah… terima kasih doktor! Ukhwah tetap terjalin. “Beruntung Ainul dapat jumpa Dr Amalina. “Sebak pula tengok reunion ni,” demikian antara komen warganet. Untuk rekod, Ainul yang sebelum ini menghidap ‘germ cell tumor’, selamat menjalani operasi membuang tumor seberat 200 gram pada mulutnya di hospital kanak-kanak di London pada Jun 2019. Dr Amalina adalah salah seorang doktor yang terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembedahan tersebut. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.