Melampau sangat kalini, nombor telefon dan maklumat peribadi Proff anti B40 tular dan ini yang orang ramai harapkan

Viral

Sejak semalam, heboh di laman sosial berkenaan dengan seorang profesor yang didkwa mengh.1na pelajarnya atau golongan B40 yang tidak mampu untuk membeli komputer riba. Hal tersebut terakam dalam sepotong video dan rakaman video berkenaan turut menjadi bahan bualan ramai orang. Seperti biasa, warganet menjalankan kerja-kerja ‘penyelidikan’ dan berjaya menemui maklumat peribadi profesor berkenaan menerusi CV yang telah tersedia dikongsikan oleh profesor berkenaan secara maya.

Justeru, ramai yang mengambil kesempatan menghubungi profesor berkenaan dengan meninggalkan pesanan menerusi Whatsapp – dan perbuatan tersebut sedikit sebanyak menjurus kepada aktiviti cyberbully. Begitu, ada beberapa pengguna media sosial yang menasihati warganet untuk tidak menggunakan maklumat peribadi berkenaan untuk tujuan bvli dan mengulang kongsi butiran berkenaan untuk dijadikan bahan buli pengguna lain. “Ya, dia memang salah. Tetapi, apa yang kamu buat ini adalah cyberbvlly. Two wrongs don’t make a right,” tulis seorang warganet.

Sungguhpun begitu, ada yang berpendapat bahawa perbuatan berkongsi butiran profesor berkenaan tidak salah memandangkan butiran tersebut memang boleh didapati menerusi carian online. Begitupun, ada yang memberitahu bahawa ia tetap menjadi satu kesalahan.“Tidak, ia tidak bagus sama sekali. Maklumat itu didedahkan untuk tujuan yang betul tetapi apabila orang ramai menyebarkannya seperti api yang marak dengan niat jahat dan meyakinkan orang lain untuk membvli siber, maka ia adalah satu hal yang salah,” tulisnya. Menerusi tinjauan Gempak, beberapa ciapan yang berkongsi maklumat peribadi profesor berkenaan telah dipadamkan oleh pihak Twitter. Sumber, Gempak

Pensyarah Anti B40 Rupanya Cuma Jawatan Kontrak, Kini Naib Canselor Dedah Ada Sesuatu Pada Video Tersebut

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

Kenapa Baru Sekarang Viral?

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU). Saya difahamkan kejadian berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam. Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan. “Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil. Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya. Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat yang memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40. Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar itu menyuruh kakaknya menjual gelas emas bagi membeli komputer riba untuknya. Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.