Ibu yang paling semangat nak bantu 2 keluarga, Shuib dedah akhirnya dapat tunaikan hajat Siti Sarah

artis

Siapa tak kenal akan pelawak ini baru baru ini Shuib membuat satu perkongsian di Instagram milik pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mencuri tumpuan dan perhatian ramai di media sosialnya. Shuib dedah hasrat arwah isterinya bina kediaman baru untuk keluarga rumah terbakar berjaya direalisasikan Menerusi perkongsian video imbas kembali (throwback) yang dimuatnaik di Instagram Shuib, pelawak dan usahawan Bubblebee ini berkongsi rasa gembira kerana akhirnya dapat tunaikan hasrat arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah tercapai jua. Dalam penulisan ringkas Shuib, berkat usaha bersama pasukan Bubblebee Malaysia akhirnya berjaya menyiapkan dua buah rumah yang musnah akibat kebakaran pada 13 Februari tahun lalu berjaya disiapkan hari ini.

Dedah usahawan ini lagi, sebenarnya arwah isterinya yang paling bersemangat ingin membantu dua keluarga yang hilang tempat tinggal selepas insiden tersebut berlaku. “13 Februari 2021 #Throwback. Ibu lah yang paling semangat nak sangat bantu 2 keluarga ni untuk ada rumah baru. Allahamdulillah harini Daddy dan pasukan @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci. Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untuk melihat dua rumah ni dibangunkan.“Ibu… Alhamdulillah, dah siap rumah nya sayang @sitisarahraissuddin” tulisnya

Ruang komen dibanjiri warganet

Melihat perkongsian tersebut di Instagram Shuib, rata-rata ramai memberi komen meluahkan rasa terharu dan turut tumpang gembira atas kebaikan yang dilakukan arwah Siti Sarah dan menitipkan agar pahala berterusan mengalir untuk beliau. “Sentiasa mengalir pahala arwah” “Alhamdulillah,Subhanallah. Banyaknya saham akhirat yang Almarhumah telah persiapkan. Al-fatihah”,“Alhamdulillah. Pahala sentiasa berjalan buat arwah Siti Sarah”, “Wanita berhati mulia, syurga tempat mu”,“Beruntung sentiasa ada pahala yang mengalir untuk arwah. Alhamdulillah.” komen mereka.

Sekadar info, kebakaran yang berlaku pada 13 Februari 2021 lalu membabitkan dua rumah berhadapan Masjid Alor Bakat di Mahligai, Bachok, Kelantan. Insiden yang menimpa dua keluarga tersebut mendapat perhatian Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah tahun lalu, dan hari ini usahawan Bubblebee mendedahkan akan menyerah kunci rumah baru kepada dua keluarga berkenaan. Sumber, murai

Tentang Shuib, Maaflah, tak nak menyinggung mana mana pihak kata Wan Sharmila. Pelakon yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku (7HM), Wan Sharmila, 40, menepis untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai status hubungannya dengan pelawak dan usahawan terkenal tanah air, Shuib Sepahtu. Meski sedar ramai sedang memperkatakan mengenai gosip yang bertebaran, pelakon yang mesra disapa sebagai Lala ini lebih selesa untuk mengunci mulut dan enggan memberi sebarang komen lanjut.“Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa. Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain. “Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak. Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah,katanya.

Pelakon ini berkata demikian semasa ditemui pada majlis Destinasi Rasa bersama chef selebriti, Naem Ramli di Le Meridien, di sini, baru-baru ini. Terdahulu, timbul khabar angin bahawa Lala adalah wanita yang kini mungkin sedang mengenali pelawak tersebut termasuk keluarganya. Ini merujuk kepada rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, baru-baru ini yang memaparkan dirinya menghabiskan masa bersantai dengan anak perempuan Allahyarham penyanyi tersebut, Dzahira Talita Zahra, 9. Selain itu, ditanya lanjut mengenai citarasanya menggunapakai tudung daripada jenama Loveta yang diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah sebelum ini, Lala mengaku sudah lama menyokong jenama tersebut. “Saya pakai tudung arwah itu sebab tudung dia sangat selesa.

Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada arwah. Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan. “Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib). “Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,”katanya. Untuk info, Lala sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada tahun 2007. Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama dan kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai pada 23 Oktober 2009. Sumber, Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.