Hari Polis kali ke 215 disambut dengan muzik video Kabhi Kushi Kabhie Gham, Perkongsian video dari PDRM RPM TV tarik perhatian ramai

berita

Sambutan hari polis kali ini masih mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini disambut dengan sederhana meskipun negara menuju fasa peralihan ke endemik. Upacara perbarisan dan sambutan tahun ini seperti tahun lalu kerana diadakan dalam suasana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun kemeriahan sambutan masih tetap dapat dirasai apabila disambut penuh istiadat dengan dimulakan pasukan kawalan kehormat masuk ke dalam medan perbarisan sebelum panji utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarak masuk mengambil tempat.

Sambutan hari polis kali ke 215 lagi meriah dengan adanya muzik video bertemakan Kabhi Kushi Kabhie Gham dilakukan oleh pegawai dan anggota PDRM sendiri, lagi meriah mereka bersama sama menjayakan scenes ataupun karekter yang hampir sama dengan muzik video Kabhi Kushi Kabhie Gham. Perkongsian muzik video PDRM RPM TV itu menarik perhatian ramai. Kebanyakan warganet memuji dengan konsep dan idea itu diwujudkan dalam video tersebut. Video, klik link

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pasukannya akan meneruskan perjuangan pahlawan terdahulu demi nikmat keamanan yang dikecapi kini dan mewariskan kepada generasi pelapis Sang Saka Biru akan datang. “Buat seluruh warga PDRM, sesungguhnya saya berbangga dengan anda sebagai wira negara yang menjadi tunjang utama kekuatan pasukan dalam mengekalkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara daripada pelbagai bentuk ancaman jenayah termasuk krisis kesihatan serta bencana alam. “Malah dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pasukan, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah meluluskan perolehan aset seiring kemajuan teknologi terkini selain dana untuk kebajikan warga PDRM. “Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang amat prihatin akan keperluan PDRM. “PDRM bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan demi mendukung dasar dan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika berucap pada sambutan berkenaan.

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Perbarisan yang diketuai Deputi Superintendan Mohd Zulfadly Zulkifli disertai 102 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), manakala kumpulan ‘Detachment’ disertai 372 pegawai dan anggota pelbagai jabatan PDRM serta pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada majlis itu juga, Hamzah menyampaikan Sijil Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada pegawai, anggota polis serta kakitangan awam yang diperakui menunjukkan pencapaian integriti di tahap terbaik. Sumber, harian metro

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 215 disambut ringkas, sederhana. Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, sambut secara ringkas dan sederhana dalam mod pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir sebagai tetamu kehormat utama dalam sambutan kali ini yang mengekalkan tema sama ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Sambutan dimulakan dengan pasukan kawalan kehormatan masuk ke dalam medan perbarisan, sebelum panji-panji utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarak masuk mengambil tempat.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat, sebelum acara dilengkapkan perbarisan lintas hormat 102 anggota kawalan kehormatan utama dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) PDRM. Perbarisan diketuai Deputi Superintendan Mohd Zulfadly Zulkifli dibantu Asisten Superintendan Mohd Shafiq Ghazali bersama pegawai pembawa panji-panji, Inspektor Mohd Farid Mohd Anuar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam ucapannya berkata, seluruh warga PDRM memperbaharui sumpah taat setia kepada raja dan negara serta berikrar memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terus terpelihara sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 hari ini. “Seluruh warga PDRM akan melaksanakan tugas secara profesional dan terus memperkasakan integriti demi mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. “Selain itu, sentiasa ‘Sedia Berkhidmat’ dan berdiri teguh di bawah naungan panji Sang Saka Biru untuk memikul tanggungjawab dan amanah bagi memelihara keselamatan masyarakat dan keamanan negara” katanya.

Beliau berkata, selari dengan kehendak Akta Polis 1967, PDRM akan terus komited dalam mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam negara. “Dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pasukan, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah meluluskan perolehan aset dan peralatan seiring dengan kemajuan teknologi terkini kepolisan moden. “Saya mewakili PDRM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan dan KDN yang amat prihatin akan keperluan PDRM,” katanya. Acryl Sani berkata, kerajaan juga memperuntukkan dana yang besar untuk kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan warga PDRM yang berkhidmat serta seisi keluarga, di samping pesara polis. Pada majlis itu, Hamzah turut menyampaikan sijil Anugerah Integriti PDRM sebagai penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada pegawai, anggota polis serta kakitangan awam yang diperakui menunjukkan pencapaian integriti di tahap terbaik. Sumber, berita harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.