Akhirnya semua tanda tanya terjawab juga, Ini keputusan akhir pihak UITM selepas adakan perjumpaan antara pelajar dan pensyarah

Viral

Perkara yang ditunggu tunggu, dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA UiTM berkaitan i.su komputer dan B40 membabitkan pensyarah kontrak serta penuntut iaitu tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan atau kontraknya dibatalkan. Menerusi surat Laporan Kronologi i.su video tular membabitkan pensyarah UiTM Cawangan Perak, Prof Ts Dr Roshana Takim dan seorang daripadanya penuntutnya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat berkenaan semalam, selepas kedua-dua pihak dipanggil bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan itu terbabit.Untuk rekod, surat tiga muka surat berkaitan keputusan berkenaan tular di media sosial hari ini “Pihak pengurusan UiTM melalui mesyuarat pengurusan eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan berikut.

Tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan. Menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran. “Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi,” kata surat berkenaan.

Berdasarkan surat yang tular itu juga, pengurusan UiTM mengarahkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar ke UiTM Cawangan Perak Kampus Sri Iskandar bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang i.su terbabit semalam. Ia mengatakan, proses kenal-pasti penuntut serta kesahihan video yang tular itu dibuat jam 10.30 pagi semalam, di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak. Ia membabitkan lima penuntut dan hasil temu bual itu, kumpulan penuntut itu mengesahkan video berkenaan i.nsiden itu berlaku ketika kuliah minggu kelapan pada semester Oktober 2021 hingga Februari 2022 bagi mata pelajaran Construction Economic and Islamic Finance BCT633 yang diajar oleh Prof Ts Roshana Takim.

Bapa Tidak Bekerja, Ibu Masih Ada

Turut serta pada pertemuan itu ialah Roshana sendiri. Berdasarkan surat itu juga, maklumat penuntut terbabit turut didedahkan yang mana bapanya dikatakan tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Ibunya pula masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang. Kakak penuntut terbabit baru menamatkan pengajian dan sudah bekerja manakala adiknya masih menuntut di UiTM Rembau, Negeri Sembilan. “Penuntut terbabit pula didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus. “Penuntut terbabit juga sudah lulus pada peperiksaan lalu, termasuk bagi kod kursus BCT633. Video berkenaan juga bukan direkod dan ditularkan oleh penuntut terbabit sebaliknya dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga tular. Penuntut juga tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video terbabit ditularkan,” katanya.

Menurut surat itu, pertemuan membolehkan pihak berkaitan mendapatkan gambaran jelas isu yang ditularkan. Ia juga membolehkan pihak berkenaan mendapat perspektif lebih jelas daripada pihak yang terbabit dalam isu berkenaan. “Pertemuan juga dapat mengharmonikan situasi pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini,” katanya. Sumber, online malaya

Pelajar Sendiri Tak Setuju Dengan Rakaman Tular Tersebut, Kini Cerita Sebenar Telah Didedahkan Buat Ramai Terkedu. Sejak malam tadi, tular di media sosial ‘kertas siasatan’ berhubung kejadian yang membabitkan pensyarah UiTM dikatakan telah memarahi pelajarnya dan memperlekeh golongan B40. Berdasarkan dokumen siasatan tersebut, pelajar berkenaan dikenali sebagai Yusof, mempunyai tiga orang adik beradik. Seperti yang dinyatakan dalam video tular itu, bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Ibunya juga masih ada dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang.

Kakaknya pula baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan, manakala adiknya sedang menuntut di UiTM Rembau. Difahamkan, kejadian itu berlaku pada kuliah minggu ke lapan, semester Oktober 2021 – Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction and Islamic Finance) yang diajar oleh pensyarah berkenaan.

“Pelajar tersebut menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus. Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuklah bagi kod kursus BCT633 tersebut,” menurut kenyataan dalam siasatan itu. Video yang tular itu juga bukan direkod dan disebarkan oleh Yusof, sebaliknya telah dirakam oleh rakannya tanpa pengetahuan pelajar itu sendiri yang kemudian dikongsikan dengan pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

Siasatan juga mendapati, Yusof tidak pernah memohon bantuan wang zakat, tetapi dia memperolehi pinjaman PTPTN. Berhubung dengan penularan video itu, Yusof sendiri tidak bersetuju video itu ditularkan. Bagi menjernihkan keadaan, pihak UiTM telah mengaturkan pertemuan di antara individu yang terlibat. Hasil dari pertemuan itu, pihak Pengurusan UiTM kini sedang mempertimbangkan dua tindakan sama ada tidak mengambil sebarang tindakan kerana pensyarah dan pelajar berkenaan telah bertemu, berbincang dan mahu mengharmonikan keadaan, ada menamatkan kontrak pensyarah berkenaan yang telah diperbaharui pada 15 Mac lalu. Bagaimanapun, pihak UiTM sedang mendapatkan nasihat daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk tindakan lanjut. Laporan Kronologi dan Fakta

Highlight : Ibu kepada pelajar tersebut masih hidup. Pelajar tersebut mempunyai laptop tetapi tidak membawanya. Pelajar tersebut mendapat pinjaman PTPTN. Pelajar tersebut telah pun bergraduasi dan lulus subjek tersebut. Video tersebut ditularkan oleh pihak lain. Posting tular dari FB Wan Mahussin Wan Zain.

‘Pensyarah macam ibu garang, tapi sedia bantu pelajarnya’

Menurut seorang graduan, Syaif Yusof dalam hantaran di Facebooknya semalam menceritakan pensyarah tersebut pernah mengajarnya ketika di universiti dahulu dan mengakui beliau seorang yang baik hati. “Saya berdiri untuk Prof, beliau sentiasa seorang pensyarah yang terbaik bagi saya, siapa yang pernah belajar dengannya sahaja yang tahu apa yang berlaku dan bagaimana caranya ketika di dalam kelas dan luar kelas,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pelajarnya, Nik Muhammad memaklumkan pensyarah tersebut merupakan seorang yang tegas ketika mengajar, namun perwatakannya akan berubah menjadi lembut dan mesra selepas waktu kelas. “Macam ibu yang garang, lepas marah anak akan bertukar jadi ibu penyayang pula, mungkin sebab musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak sempat nak jumpa di luar waktu kelas sebagai ibu penyanyang,” kongsinya.

Tambah Nik Muhammad, ketika masih bergelar seorang pelajar, dia pernah gagal dalam subjek yang diajar pensyarah terbabit dan atas berkat bimbingan beliau terhadapnya, akhirnya dia berjaya sehingga kini. Dalam pada itu, seorang pengguna, Riena Zenobia berkongsi kejadian yang berlaku berhubung rakaman yang tular sejak semalam. “Lepas marah-marah pelajarnya, dia usahakan pelajar tersebut untuk dapatkan komputer riba, pelajar itu pun dah tamat belajar dan pensyarah dah bersara. Individu yang kongsi video pun dah padamkan akaun, orang ramai sahaja belum habis buat kerja,” katanya. Jelasnya, pensyarah tersebut sememangnya seorang yang cepat melenting, mulutnya mudah marah tetapi hatinya sangat baik. Tangkap layar hantaran beberapa bekas pelajarnya yang berkongsi sisi baik beliau yang dianggap seperti seorang ibu garang tetapi penyayang terhadap anaknya.

“Video ni last year, kawan sekelas yang viralkan dah delete. Yang j4hat kawan sekelas..”

Menerusi akaun Facebook rakan pensyarah wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa video tersebut yang ditularkan oleh rakan sekelas telah dipadam susulan kes tersebut yang sebenarnya telah lapuk. Dalam pada itu, Dato Rusly Abdollah juga menegaskan hal ini merupakan tindakan dan niat jahat rakan sekelas yang sengaja ingin mengambil kesempatan atas kata-kata pensyarah berkenaan semata-mata untuk kontroversi.

“Pernah dihalau dari kelas kes lupa bawak nota…” Terbaru, satu perkongsian di Twitter @bian1918GT menunjukkan kenyataan dari pelajar itu sendiri bahawa pensyarah wanita tersebut rupanya telah lama bersara pada tanggal 18 Ogos 2020. Malahan, lebih mengejutkan, pelajar ini rupanya difahamkan telah menjadi seorang yang berjaya hasil tegvran pedas pensyarah berkenaan. Tambahan pula, mereka berdua sebenarnya mesih berhubung dan mengekalkan hubungan baik antara bekas pelajar dan bekas pendidik.

Budak yang tak ada laptop tu pun dah kerja bagus

“Lepas dia bising dalam kelas, dia tanya apa bantuan budak tu perlu…” Menurut tangkap layar yang dimuat naik di Twitter berkenaan, difahamkan setelah pensyarah tersebut memarahi pelajar berkenaan, beliau telah bertanya mengenai apakah bantuan yang diperlukan untuk dibantu dengan memohonkan zakat buat pelajar tersebut.

“My cousin kata tipu…”

Sungguhpun begitu, seorang gadis telah menyatakan bahawa kenyataan di Twitter berkenaan adalah dusta dan menegaskan bahawa saudaranya sendiri mengesahkan yang dia telah memasuki kelas pensyarah berkenaan baru-baru ini. “Dia dah bersara, dan diambil kerja semula…” Justeru, hal itu kemudiannya telah dibalas semula oleh seorang individu dengan mengatakan pensyarah berkenaan sememangnya telah bersara namun diambil bekerja semula baru-baru ini. Namun begitu, sehingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak pensyarah mahupun pelajar itu sendiri. Sumber, Trending Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.