5 tahun bermasam muka, kini Roslan Shah tampil mohon maaf pada Ifa Raziah gara gara termimpi sesuatu

Viral

Ibarat ‘sinar kemaafaan’ menjelang bulan Ramadan ni, persengketaan berlarutan hampir lima tahun mungkin berakhir apabila pengacara dan selebriti serba boleh, Roslan Shah mahu memohon maaf secara terbuka dengan bekas teman baiknya, Ifa Raziah. Menurut Roslan, dia mahu meleraikan salah faham dan sengketa antara mereka memandangkan usia semakin lanjut selain turut berusaha bermuhasabah diri. “Sejak Allah SWT duga saya dengan sakit baru-baru ini, banyak yang membuatkan saya terfikir dengan mendalam. Satu daripadanya ialah bila-bila masa sahaja m.4ti itu akan tiba. Sakit baru-baru ini juga membuatkan saya rasa seperti Allah SWT telah beri peluang kedua buat diri.

Jadi dengan kesempatan yang ada, saya nak mohon maaf dengan sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan saya. Juga kepada Ifa Raziah, saya mohon maaf dan memaafkan awak,”katanya. Tambah Roslan, dia tidak menganggap satu tindakan memohon maaf itu sebagai satu kekalahan atau kesalahan. Jelasnya, ini kerana memohon maaf pada setiap insan itu adalah satu perbuatan yang mulia. “Saya tak rasa malu untuk mohon maaf. Biarlah orang nak cakap apa, cakaplah. Saya dah tak mahu kisah apa orang nak cakap sebab nak jalani hidup yang tenang saja sekarang. “Saya pun nak m.4ti dalam keadaan tenang. Tak mahu bermusuh dengan sesiapa dan tak nak berdendam Saya tak nak di akhirat nanti akan disoal,”katanya.

Dalam pada itu, Roslan mengaku akan cuba berhubung dengan Ifa bagi membuat permohonan maaf secara peribadi. Bagaimanapun, terserah kepada Ifa sama ada mahu menerima permohonan maafnya itu atau tidak. “Saya pernah mimpikan Ifa, dua kali. Masih saya ingat, dalam mimpi itu kami nampak mesra sangat dan buat persembahan sama-sama. Saya juga ingat kebaikan dia. Masa arw.4h ibu saya pergi buat selamanya pada tahun 2019, dia ada hantar pesanan kepada seorang kawan untuk sampaikan salam takziah kepada saya.”Dari situ saya semakin menghormati dia kerana walaupun tahu kita bermusuh, tapi dia tetap ingat akan arw.4h ibu saya,” katanya. Roslan berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Aisel dan perlantikan Didie Alias sebagai duta jenama tersebut di ibu kota, baru-baru ini. Sumber, Gempak

Tular Video Roslan Shah Rebah Masa Program Wanita Hari Ini Sampai Hawa Rizwana Panik. Rupanya Ini Yang Jadi Masa Live Tu.

Pengacara sensasi Roslan Shah secara tiba-tiba rebah ketika menjadi tetamu dalam rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung pada Isnin. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak TV3, Roslan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Sebaik sahaja kejadian itu pihak produksi memanggil panel doktor di Sri Pentas untuk memeriksa kesihatan Roslan. “Dia sedar dan memberi respons sepanjang tempoh itu dan didapati mengalami tekanan bp tinggi.

“Beliau dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut. Ujian saringan RTK juga dimaklumkan negatif,” ujar kenyataan media yang diterima. Roslan menjadi tetamu rancangan itu bagi membincangkan topik bertajuk Si Mulut Tempayan bersama dua pengacara iaitu Hawa Rizwana dan Fatin Hamimah.

Hawa berkongsi rasa panik pertama kali berhadapan dengan situasi sebegini

Sementara itu, berkongsi situasi ketika bersiaran langsung, Hawa mengakui panik namun terpaksa meneruskan rancangan tersebut secara tenang. “Kejadian seperti ini pertama kali terjadi sepanjang saya menjadi pengacara. “Memang panik seketika, namun team produksi berjaya untuk tenangkan saya bersama rakan pengacara. Kami harus teruskan rancangan hingga ke akhir. “Saya harap Cik Lan (Roslan) berada dalam keadaan baik,” ujar Hawa ketika dihubungi mStar. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.