Tular rakaman pensyarah di UITM, kini Puteri Sarah pulak tampil dedah pengalaman yang sama

Viral

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengulas mengenai video yang tular semalam mengenai seorang profesor di UiTM yang didkwa mempersoalkan seorang pelajar golongan B40 kerana tidak memiliki komputer riba atau laptop. Berkongsi pengalamannya ketika menyambung pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi, Puteri Sarah memberitahu dia juga mengenali seorang pensyarah yang sering memperlekehkan dirinya kerana sering tidak hadir ke kelas kerana menjalani penggambaran lakonan.

“Amboi h.1na pelajar tak ada laptop. Adalah kenal satu pensyarah ni dulu, taka da salah pun nak cari salah. Sampai dah habis belajar pun masih bercakap buruk tentang saya. Itu pelajar lain lah yang beritahu. Kesalahan sebab asyik shooting tapi saya berjaya ‘grad’,” katanya. Isteri kepada pengarah dan aktor Syamsul Yusof itu berkongsi pandangan serta ceritanya di InstaStory akaun Instagram (IG) miliknya. Kata Puteri Sarah lagi, dia bersyukur kerana meskipun dih.1na pensyarah tetapi dia berjaya menggenggam segulung ijazah. “Alhamdulilah dapat ijazah juga. Doesn’t mean that selalu shooting tak boleh grad,” katanya lagi.

Semalam tular video seorang pensyarah menempelak pelajar yang dilihat tidak berusaha untuk memiliki komputer walaupun sudah berada dalam semester lima. Malah pensyarah itu turut menyoal latar belakang keluarga pelajar berkenaan dan mengesyorkan kalangan ahli keluarganya agar “berk.0rban” barang kemas untuk tujuan pendidikan. Pensyarah berkenaan turut mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah memperlekeh golongan B40. Video tular itu dipercayai dirakam ketika sesi pembelajaran secara dalam talian. Klip video berkenaan mendapat pelbagai respons dan kritikan daripada kalangan warganet. Sumber, Gempak

Pensyarah Anti B40 Rupanya Cuma Jawatan Kontrak, Kini Naib Canselor Dedah Ada Sesuatu Pada Video Tersebut

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

Kenapa Baru Sekarang Viral?

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU). Saya difahamkan kejadian berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam. Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan. “Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil. Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya. Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat yang memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40. Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar itu menyuruh kakaknya menjual gelas emas bagi membeli komputer riba untuknya. Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.