Tular rakaman konsert di pesta makanan, kini pihak PDRM tampil dedah tindakan yang dikenakan pada penganjur

Viral

Sebelum ini, sebuah video tular di laman TikTok dimana terdapat konsert pada sebelah malam di sebuah pesta makanan yang diadakan di Bukit Jalil. Video tersebut memaparkan penonton konsert tersebut berpusu-pusu dan ‘menikmati’ konsert tersebut tanpa mengamalkan penjarakan sosial. Terbaru, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengumumkan, pihaknya telah mengesan video berdurasi 16 saat tersebut di aplikasi TikTok dan telah beliau juga berkata konsert tersebut telah mel.ngg.4r SOP PPN Fasa 4. Video, klik link

“Siasatan awal mendapati, konsert yang diadakan sempena acara festival makanan itu berlangsung selama tiga hari bermula 25 Mac hingga 27 Mac 2022 di Bukit Jalil. Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan penganjur konsert telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam sebuah kenyataan.  Dalam kenyataan yang sama, difahamkan kompaun tersebut dikenakan kepada penganjur kerana gagal memastikan penjarakkan sosial satu meter seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Sumber, Lobak Merah

Hello Food Lovers! Pesta Makan-Makan Absolut Food Festival 2022 Ini Memang Untuk Anda

Hello food lovers! Kepada pencinta makanan rasanya Absolut Food Festival 2022 ini pasti menggembirakan anda. Festival makanan ini merupakan acara kali kedua yang dianjurkan oleh Absolut Event & Management dan Uda Property. Lebih meriahnya lagi sebanyak 300 vendor yang akan terlibat dalam festival makanan ini. Sambil makan anda juga boleh bertemu dan beramah mesra dengan selebriti serta influencer terkenal antaranya Aedy Ashraff, Amelia, Uqasha Senrose, Emma Maembong dan Wak Doyok. Tidak cukup dengan itu, Absolut Food Festival 2022 juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti Demo Masakan Secara Live, Stilt Walker dan juga Fire Eater. Persembahan? Jangan risau, sudah p;asti Absolut Food Festival 2022 telah menyediakan pentas untuk persembahan hebat artis terkenal seperti Jow Flizzow, Iman Troye dan Kugiran Masdo. Love teruk!Sementara itu, pada acara sama turut diadakan kampen ‘Copp beli rumah UDA, Free jerr’ yang dijalankan selama tiga hari.Kampen yang ditawarkan oleh syarikat perumahan Uda Property itu menawarkan peluang kepada pengunjung memiliki rumah idaman bermula dari RM300,000, RESERVE rumah idaman anda FREE je.Tidak lama lagi, UDA property juga akan berada di Sarawak. Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang anda. Let’s makan-makan guys! Sumber, Gempak

Absolut Food Festival JB optimis raih jualan RM2.55j

Absolut Event & Management, menyasarkan transaksi jualan sekurang-kurangnya RM2.55 juta menerusi penganjuran Absolut Food Festival 2019 di pekarangan Pusat Beli-belah Angsana Johor Bahru, Johor bermula 6 sehingga 8 September depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurali Nadzwan, berkata berdasarkan transaksi jualan di Absolut Food Festival yang diadakan di Shah Alam sebelum ini, setiap vendor mampu meraih jualan sehingga RM15 ribu bagi festival tiga hari itu. Beliau berkata, acara berkenaan yang menghimpunkan 170 usahawan belia itu mampu menjadi platform tepat untuk mereka mengetengahkan produk secara meluas dan terus ke pengguna. Katanya, acara yang turut mendapat kerjasama Uda Property itu dalam masa sama bagi menggalakkan pengunjung untuk membeli rumah mampu milik yang ditawarkan oleh syarikat hartanah berkenaan.

“Festival makanan yang menggabungkan pengusaha makanan dari Malaysia dan Singapura ini adalah acara kedua selepas festival makanan yang sama diadakan pada April di Shah Alam. Melihat kepada trend rakyat ketika ini yang sukakan makanan viral, kami yakin festival makanan ini akan dibanjiri sehingga 250,000 pengunjung sama seperti di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya, Absolut Food Festival 2019 JB ketika ini sudah merekodkan sebanyak 100 penyertaan dan sedang mencari 50 lagi usahawan berpotensi untuk bersama-sama berkampung di Johor Bahru bagi mengetengahkan produk mereka.

“Harga bagi setiap tapak antara RM1,400 hingga RM4,500 bergantung kepada lokasi dan jenis booth. Bagi penganjuran kali ini, kita dapat bawa 40 peratus vendor lama untuk turun padang di Johor Bahru nanti dan ini menyaksikan jenama Absolut sudah diyakini dan dipercayai dalam kalangan usahawan belia,” katanya. Mengulas keunikan penganjuran Absolut Food Festival pada kali ini, Nurali, berkata daripada 170 vendor makanan, 20 daripadanya terdiri daripada jenama makanan yang tular antaranya Fam Fries, 3 Budak Gemok, Otak King, Ayo Fried Chicken dan Nachoslah, malah tidak ketinggalan Absolut Chocolat antara menu yang menjadi tumpuan ramai pada acara yang berlangsung selama tiga hari itu.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati lebih 150 jenis makanan dan minuman sambil menyaksikan persembahan bersama selebriti tempatan dan Singapura. Berkonsepkan ‘Retro’, Absolut Event & Management yang bermula pada 10 pagi sehingga 10 malam itu menyediakan ruang bergambar sebagai kenangan. Maklumat lanjut, layari Instagram: @absolutfoodfest atau Facebook: Absolut Food Festival 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.