Mohon pesalah tampil bertanggungjawab, Jasmin Hamid dedah sesuatu mengenai kejadian tersebut

Viral

Baru baru ini pelakon Jasmin Hamid membuat satu perkongsian sedih memohon jasa baik orang ramai untuk membantu mengesan sebuah kenderaan yang disyaki terlibat dalam insid3n langgar lari membabitkan adik iparnya, pada 9 Februari lalu. Bintang berusia 47 tahun ini memberitahu perkara itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menurut Jasmin, akibat kejadian berkenaan, tangannya patah dan alami keretakan tulang. Berikut antara katanya “As Salam dan Salam Sejahtera buat followers saya yang budiman. Saya mohon pertolongan dan ehsan kalian untuk trace nombor plat kereta hitam seperti dalam gambar ini yang telah langgar lari adik ipar saya pada 9 Feb 2022 dan menyebabkan tangan kanan adik ipar saya patah dan tulangnya hancur,” tulisnya di instagram.

Maklumnya lagi, insid3n m4lang itu berlaku sekitar jam 8.45 pagi di Jalan Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Serentak dengan itu, pelakon drama bersiri Cinta Amnesia turut berkongsi cerita mengenai kejadian yang berlaku. “Kejadian pada 8.45am pada 9 Feb 2020 di Jalan Changkat Bukit Bintang. Kereta hitam tersebut telah menggesel motor adik ipar saya semasa dia nak naik motor semula selepas keluar dari kedai runcit yang terletak di tepi jalan Changkat Bukit Bintang dan menyebabkan dia jatuh terseret dan di hempap oleh motornya. “Menurut info dari orang- orang sekitar yang tolong adik ipar saya semasa kejadian dan Menerusi CCTV yang di perolehi dari kedai berhampiran tempat kejadian. “Kereta hitam tersebut di pandu agak laju di kawasan kedai tersebut dan dia berhenti agak jauh ke hadapan selepas langgar adik ipar saya. “Tapi bila dia lihat ada orang yang tolong adik ipar saya yang jatuh, dia terus pergi tanpa berpatah balik. Kereta itu dipandu oleh seorang perempuan dan pakai mask” tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, pihaknya kini telah mengambil tindakan undang-undang membuat satu laporan kepada pihak berkuasa berhubung kes tersebut. Lantas, Jasmin memohon agar pemandu kenderaan terbabit segera tampil untuk bertanggungjawab atas segala kecuaian yang telah dilakukannya. “MOHON PEMANDU TERSEBUT TAMPIL UNTUK TOLONG KAMI DAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEJADIAN INI”. “Kami telah pun buat REPORT POLIS sebaik selepas kejadian dan KES TELAH DI SIASAT tapi malangnya masih tak dapat trace PLAT NO kereta hitam tersebut dan KES TELAH DITUTUP. “Kami cuma diberi peluang untuk BUKA KES BALIK jika ada INFO tentang PLAT NO kereta hitam tersebut,” tulisnya lagi. Sumber, media hiburan.

Jasmin Hamid nikahi pengurus. KUALA LUMPUR, Selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon versatil, Jasmin Hamid, 47, bernikah dengan pengurusnya, Nazmir Abd Rahim, 35, dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, petang tadi. Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri pada jam 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin. Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan. Mengulas mengenai pernikahannya, Jasmin berkata, hubungan dengan Nazmir selama ini sangat profesional. “Dia menguruskan kerjaya saya sejak lapan tahun lalu. Keputusan berkahwin ini dibuat sebulan lalu. Jodoh kuasa Tuhan dan pandemik COVID-19 menjadi penyebab semua ini. “Jika diikutkan, saya bercinta dengan orang lain, tetapi jodoh dengan dia,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Pelakon drama Cukup Derita Itu yang terkenal dengan watak Mak Ngah Gayah berkata, ketika bergelut dengan pelbagai perkara termasuk impak penularan pandemik COVID-19, Nazmir setia berada di sisi. “Dia banyak jaga dan ambil berat mengenai saya termasuk ketika saya banyak mengingati soal mati serta fikir itu dan ini. “Saya anggap semua ini suratan yang membuka banyak hikmah tersendiri,” katanya. Pelakon filem Boss dan Kanta Serigala itu berkata, selama ini, dia dan suami membahasakan diri dengan panggilan ‘adik’ dan ‘kakak’. “Kami juga bahasakan diri ‘engkau’ dan ‘aku’. Janggal pula rasanya sekarang. Selepas ini kena panggil dia ‘baby’ mungkin,” seloroh Jasmin. Selesai majlis nikah, pasangan mempelai diraikan secara sederhana di kediaman keluarga suami di Kampung Baru, di sini. Melalui perkahwinan terdahulu, Jasmin dikurniakan tiga cahaya mata. Sumber, BH online

Leave a Reply

Your email address will not be published.