Mengaku bersalah ambil bahan terlarang, Zarina Anjoulie dekenakan denda sebanyak RM4k

artis

Memang tak asing lagi kita dengan pelakon sensasi ini, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju dijatuhi hukuman denda sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan bahan terlarang ke dalam badan pada Jun tahun lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, pihaknya mengesahkan bahawa Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman tersebut setelah pelakon berusia 34 tahun itu membuat pengakuan bersalah pada Selasa lepas. Difahamkan, pendengaran kes Zarina sepatutnya diadakan pada hari Rabu, namun peguam yang mewakilinya memohon untuk diadakan lebih awal.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Seremban turut mengarahkan tertuduh agar menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan perlu membayar denda sebanyak RM4,000. Jika gagal membayar denda terbabit, dia bakal dikenakan hukuman penjara selama empat bulan. Walau bagaimanapun, Anju telah membayar denda berkenaan. Terdahulu, pihak polis menahan seorang selebriti wanita yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, Negeri sembilan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif bahan terlarang jenis methamphetamine. Sumber, ohbulan

Alasan paling logik, kenapa Zarina Anjoulie sedut lemak. PETALING JAYA .Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menempelak segelintir kaum lelaki yang mengkritik perbuatannya melakukan proses sedut lemak (liposuction) untuk kurus sebagai haram. Pemilik nama lengkap, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu secara sinikal berkata, menonton video luc4h dan melakukan perkara tidak sen0noh di hadapan komputer juga adalah haram, namun masih berlaku khususnya dalam kalangan lelaki. “Orang tak nampak, Allah nampak,” katanya menerusi satu entri di Instagramnya di sini semalam.  Menurut pelakon yang mula dikenali dalam dunia lakonan menerusi siri televisyen Anak Pontianak itu, ramai golongan lelaki tidak sedar diri semasa melontarkan pendapat atau mengkritik setiap tingkah lakunya.

Sementara itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menjelaskan, buat masa ini dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak produk kurus sekali gus menepis dakwaan dia tidak jujur dalam proses penurunan berat badannya. “Sedut lemak bukan sedut sampai 10 kilogram (kg) satu bahagian dan selepas susut berat badan kena ‘maintain’ saya masih guna suplemen. “Kontrak saya bersama satu produk kurus sudah tamat pada minggu lepas, jadi suka hati sayalah nak sedut apa. Kalau saya menipu pengikut, baik saya diam tak buat hantaran  apa-apa (di media sosial),” ujarnya.

Pelakon berusia 34 itu bertegas, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbelanja melakukan prosedur tersebut kerana status kewangannya yang ‘lebih daripada mampu’. “Sebab perut buncit lepas beranak, susah nak hilang walaupun joging dan bersenam, saya pergi sedut lemak. “Saya janda, bosan duduk rumah seorang tak tahu nak buat apa dengan duit, jadi saya pergilah (buat prosedur),” ujarnya. Zarina turut berkongsi video pendek di Instagram yang memaparkan proses dia melakukan liposuction di sebuah klinik swasta baru-baru ini. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.