Memang dari kecil badan begini, Sekali Sherry Alhadad tampil jawab pertanyaan kurus sebab jodoh

artis

Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad menafikan tujuannya menurunkan berat badan dan langsing adalah kerana mahu mencari jodoh.Kata Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah, 38, soal jodoh sepatutnya bakal suaminya kelak menerima dia seadanya bukan kerana fizikalnya.“Tiada istilah nak kurus sebab nak cari jodoh kerana bagi saya jika seseorang itu benar mahukan saya dari awal lagi dia perlu terima saya seadanya.“Bagaimana pun saya belum lagi ada kekasih mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk itu,” katanya kepada Gempak.

Tambah Sherry yang juga pengacara Big Stage 2022 itu sehingga kini belum ada lelaki yang cuba mendekatinya mungkin atas sebab karekter dirinya.“Terus-terang tiada yang mendekati saya. Mungkin orang ingat saya ni suka melawak sahaja dan menganggap saya tidak pernah serius,” ujarnya. Bercerita lanjut mengenai proses menurunkan berat badannya, Sherry memberitahu dia kini berjaya menurunkan berat badannya ke tahap yang maksimum iaitu 18 kilogram.“Badan saya memang macam ni (besar) dari kecil, jadi nak fit saya perlu ke gym selain mengambil produk kurus.“Tiada target berapa lagi hendak turunkan berat badan. Cukup lah saya konsisten kerana yang penting di usia 38 tahun ini saya mahu jaga kesihatan dan stamina untuk bekerja. “Sekarang pun lifestyle saya dah berubah, tiada lagi lepak mamak. Milo yang saya suka dulu pun saya dah tak ambil dan segala minum manis,” ceritanya. Sumber, gempak

Turun 18 Kilogram, Sherry Alhadad Tak Potong Usus, Allah Beri Kita Usus Panjang Bersebab. Ketika berpeluang bertemu dengan pengacara dan pelakon Sherry Alhadad di sidang media Big Stage 2022 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, kelihatan sosok tubuhnya yang sedikit kecut.Ditanya apakah rahsia dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga nampak perubahan yang ketara, Sherry berkata, segalanya berlaku secara semulajadi – iaitu hasil bersenam dan penjagaan makanan.“Alhamdulillah, saya berjaya kurangkan berat badan sebanyak 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan. Pengikut dan orang ramai boleh melihat sendiri rutin senaman yang saya kongsikan di Instagram.“Kadang-kadang bimbang pula orang akan kata saya riak pula bila dapat turun berat badan. Saya hanya berharap yang perkongsian saya ini dapat membakar semangat mereka berbadan besar untuk kekal sihat,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah dia ingin melakukan pembedahan bagi mendapatkan bentuk tubuh idaman dengan cepat, Sherry berkata, dia belum terfikir ke arah itu.“Buat masa ini saya belum terfikir untuk melalui pembedahan bariatrik atau potong usus sebagai jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Namun sebaliknya, saya lebih percaya dengan proses yang sepatutnya untuk turunkan berat badan.“Saya percaya Allah SWT memberikan kita usus panjang itu bersebab, jadi buat masa ini saya menggunakan alternatif lain. Mungkin itu adalah alternatif terakhir saya kerana belum terfikir lagi.“Begitupun, ia tidak bermakna saya menghakimi atau mengata mana-mana pihak. Ia hanyalah sekadar pandangan peribadi untuk digunakan pada tubuh sendiri,” kongsi pemilik nama lengkap Shariffah Mariam Syed Abdullah itu.Melanjutkan bicara mengenai Big Stage 2022 yang bakal bermula pada 6 Februari depan, Sherry berkata, persediaannya sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.“Setiap tahun persediaan sama saja, cuma saya dan Alif selaku hos perlu mengekalkan momentum bagi musim keempat ini.

Gementar dan tak sabar sebenarnya, perasaan itu bercampur baur,” katanya menutup perbualan.Big Stage 2022 bakal menyaksikan pertempuran bakat-bakat muda seperti Sofiaa Marieylla, Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Yazmin Aziz, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).Big Stage 2022 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.