Tular rakaman pensyarah kritik pelajar, kini Fadzilah Kamsah pulak tampil beri peringatan

Viral

Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr. Fadzilah Kamsah tampil mengulas perilaku seorang pensyarah institusi pengajian tinggi awam yang memperlekeh kemampuan pelajar seperti tular di media sosial sejak Selasa. Kongsi Fadzilah, beliau turut sayu dan bersimpati dengan nasib yang menimpa pelajar kurang berkemampuan seperti yang berlaku dalam klip video yang tular itu. “Yang tua dihormati yang muda disayangi, jangan terlalu hidung tinggi kelak nanti memakan diri. Semalam tular satu posting video di mana seorang pensyarah merendahkan pelajarnya kerana tak mampu beli komputer untuk kegunaan belajar.

“Masa anak-anak kita belajar kelas online, kita sendiri pernah merasa keadaan ini. Lagi-lagi kalau kita bukan daripada keluarga yang senang. Sayu hati bila tengok pelajar-pelajar yang menghadapi cabaran kerana kekurangan dari segi kewangan.“Kita dari dulu diajar, “yang tua dihormati, yang muda disayangi.” Masing-masing jangan berasa sombong. Yang tua lebih banyak makan garam, yang muda lebih kenal masa sekarang,” ujarnya menerusi posting di Instagram pada Rabu.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 1.45 minit itu, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak. Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya. “Bapak kau kerja apa, mak dah tak ada? Bapak tak kerja? kau tak ada adik-beradik?

Lepas Tular Rakaman Pensyarah Anti B40, Kini Cikgu Tampil Buat Sesuatu Gara Gara Tak Puas Hati Dengan Tindakannya

Memang sudah kita ketahui perkembangan teknologi telah mempengaruhi pelbagai sudut kehidupan manusia sehingga mengubah gaya hidup masyarakat konvensional menjadi lebih progresif dan global. Antara ciptaan teknologi yang memberi impak yang sangat besar kepada kita adalah komputer. Secara umum, komputer adalah peralatan elektronik yang menerima masuk data, mengolah data dan memberikan hasil keluaran dalam bentuk informasi berbentuk gambar, teks, suara atau video. Kini ia telah menerima inovasi sehingga tercipta pelbagai variasi komputer seperti komputer riba dan tablet. Kepelbagaian jenis komputer ini telah dicipta bagi memenuhi kehendak pengguna yang menggunakan gajet ini pada perkara yang berbeza sama ada untuk pekerjaan, permainan atau pembelajaran. Baru baru ni tular video pensyarah universiti awam dipercayai memarahi pelajarnya kerana tidak mampu memiliki komputer riba. Sifatkan golongan B40 tak pentingkan pelajaran.

Berikut antara kata kata pedas Prof tersebut kepada Pelajar

Memang tak boleh diterima langsung dengan apa yang dibicarakan ,“Kau pakai apa, kau pakai phone ke”, “Mana kau punya komputer”, “Kau tinggal kat mana? bapa kau kerja apa? mak kau kerja apa?”, Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual beli komputer”,“Pasal kau tak boleh belajar dengan baik sebab kau tak ada komputer”. Katanya lagi, “Semester 5 kau tak ada komputer, Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 helai sahaja pakaian, komputer sangat penting kepada aku”, “Selepas ni aku akan ajar kau Excell sebab tu kau akan jadi drop out student sebab tak ada komputer”,“Komputer harga rm800 sahaja, apa masalah kau”,“Sebab tu aku tak boleh duduk dengan b40, Sebab mereka lebih memikirkan pasal lain selain daripada pelajaran”. Setakat artikal ini di tulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 7.5 ribu reaksi, 3.3 ribu perkongsian dan 5.3 komen dari warganet. Video, klik link

Berikut reaksi dari warganet

Ini antara komen “Sesiapa kenal pelajar laki ni, suruh dia hubungi saya. Saya nak bagi laptop percuma. InsyaAllah ada rezeki lebih Allah bagi, saya nak kongsi sedikit dengan dia.” komen Cikgu Fadli Salleh. “Jagalah tutur kata dgn sebaik mungkin..sepatutnya Prof tidak mengeluarkan kata2 sedemikian rupa. Kita tidak duduk d tmpt student tu, semoga ALLAH limpahkan rezeki yg mencurah curah pada student ni, buat student ni, kuatkan iman tabahkan hati, cekalkan diri anggaplah semua ujian ini utk kau terus melangkah ke hadapan”. “Kesian kat pelajar tu, makcik ni ada masalah peribadi ni sebenarnya, belajar bersungguh ye dik jadikan ini sebagai satu semangat dan cabaran utk kamu semoga Allah sentiasa lindungi kamu”.

Rata rata memang menunjukkan kemarahan dari warganet “Indahnya bahasa kau seindah nama zaman lani tak mcm zaman dulu2 zaman dulu guru menegur dgn bahasa yg baik tak hairan lah kenapa guru dulu2 di hormati anak murid, sabar yer dik teruskan usaha mu moga kejayaan menjadi milik mu”.“Kalau dia tak pentingkan pelajaran dan ilmu takkan dia sampai ke universiti byk halangan lain di luar sana, apa kita tolong belikan sedekahkan bawa pegi baitulmal minta bantuan bukan dgn cara lancarnya percakapan kita sampai satu masa percakapan kita tidak lg lancar bru kita tahu percakapan kita membuatkan hati org terasa”. Kata warganet lagi, “nasib dan rezeki setiap org tidak sama, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Tunjukkan tahap adab yg tinggi sepertimana tingginya kelulusan dan pangkat kita. Moga Allah permudahkan urusan adik ini dan jadikan kata2 prof ini menjadi pemangkin utk adik ini lbh kuat dan lbh berusaha utk berjaya ..buktikan golongn b40 jgk ada masa dpn”.

Macam Dalam Filem

Antara komen lagi “cara lecturer tu cakap mcm dalam filem plak.. sy pernah kena camni suatu ketika dulu tapi bukan dgn lecturer tp dgn seseorang..tp ayat itu aku ingat sampai la..jadi pembakar semangat utk diriku.. dik sabar ye dik, doa je yg baik2 walau prof cakap camtu, pasti adik akan berjaya dunia akhirat satu masa nanti. Pasti adik akan merubah nasib keluarga adik insyaAllah..amiinn.. jadikan kata2 itu pembakar semangat..dont give up”,“Kalau dia tak pentingkan pelajaran dan ilmu…takkan dia sampai ke universiti…byk halangan lain di luar sana….apa kta tolong belikan…sedekahkan….bawa pegi baitulmal…minta bantuan…bukan dgn cara lancarnya percakapan kita…..sampai satu masa percakapan kita tidak lg lancar…bru kita tahu…percakapan kita membuatkan hati org terasa ” Jika ditelusuri dengan mendalam, komputer telah memberi kesan yang positif terhadap penggunaannya dalam sektor pendidikan khususnya di institusi pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.