Dah hampir 5 tahun peluk islam, Sekali Michael Ang tampil dedah sesuatu

artis

Siapa tak kenal dengan pengarah dan penerbit popular Michael Ang ni. Sedar tak sedar sudah hampir 5 tahun pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang memeluk agama Islam sekaligus menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Menerusi perkongsian terkini di akaun Instagramnya, Michael akui berdepan dilema. Meski statusnya kini sebagai mualaf, Michael maklum sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bagaimanapun, pengarah berusia 46 tahun ini mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk berbuat demikian. Katanya lagi,“Allah ajar kita untuk maafkan org yg buat salah pada kita. Tapi kadang-kadang amat susah untuk mengikut ajaran tu!,“Lebih- lebih lagi bila hati kata maafkan. Tapi kepala otak cakap jangan maafkan dan berlembut hati. So mana satu nak ikutkan?,” tulisnya. Imbas kembali, Michael memaklumkan bahawa dia telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu, pada sekitar April 2019. Sumber, media hiburan

Muzik Video Yang Ada Kelas Dan Liriknya Juga Bagus, Michael Ang Memberi Komen Positif Pada Lagu Vida Turut Disokong Oleh Warganet. Memang tak asing lagi dengan celoteh pengarah terkenal ini , kalini Michael Ang tampil memberi komen terhadap muzik video jutawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida (DSV),  berjudul Ku Ikhlaskan yang telah dilancarkan di laman Youtube baru-baru ini. Michael Ang juga akui MV Dato Vida ada kelas. Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Michael mengakui MV tersebut mempunyai  DSV merupakan kelas dan konsepnya yang tersendiri. Malah. Michael turut memuji lirik lagu Ku Ikhlaskan yang disifatkannya terbaik. “Salam semua. Saya harus lakukannya dengan filter ini. Ok i kena mengakui muzik video @datoserivida memang kelas n looks good n berkonsep! Lirik lagu best!”- tulis Michael. Tambahnya lagi,sestengah pihak akan tetap mengecam setiap tindakan Vida walaupun hakikatnya muzik video itu sangat bagus. Selain itu, dia turut meminta Vida untuk sentiasa bersabar dengan setiap kecaman yang diterima. “Apa-apapun akan orang kutuk walaupun hakikat ok! Sabar la ya makcik ya. Luv u and all the best!”-katanya

Penyataan Michael Ang ini mendapat pelbagai reaksi warganet. Tinjauan Murai di ruangan komen hantaran pengarah terkenal ini mendapati rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat Michael. Namun, ada yang berpendapat kualiti nyanyian Vida masih banyak perlu diperbaiki. “MV dia memang letopss..Cuma suara tu auto tune terlalu nampak sangat.” “Suara DSV macam suara artis 80-an gitu kan.” “Ok. Setuju. Cantik dan best cuma yang telekung tu tak sesuai la. Tak tau la mungkin kat Malaysia tak biasa kot. Kalau kat Arab memang onzz.” “Konsep MV memang bagus namun nyanyian dia masih banyak benda perlu diperbaiki. Tak dengar ke auto tune atau pura-pura tak dengar.” – komen mereka. Sekadar info, MV lagu Ku Ikhlaskan ciptaan Amy Ukays dan Vida itu telah menelan belanja sebanyak RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Sumber, murai.my

Tak berniat sindir sesiapa kata pengarah itu. Pengarah dan penerbit, Michael Ang tidak berniat menyindir mana-mana pihak apabila tampil dengan single berjudul Cinta Atau Propa. Michael berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pihak mungkin tersinggung dengan lagu berkenaan. Baginya, setiap individu berhak untuk membuat interpretasi sendiri dengan single sulungnya itu. “Saya tidak tujukan lagu ini kepada sesiapa dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun. Mesej lagu ini khas buat pekerja-pekerja saya dan berkisar mengenai kehidupan peribadi sendiri. “Jadi, kalau ada yang tersinggung, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Malah, Datuk Seri Vida juga turut bertanya ketika ‘live’ sama ada lagu ini buatnya? Untuk apa saya mencipta lagu sekadar memperli? “Saya pernah cakap pada diri sendiri sebelum ini bahawa menyanyi adalah satu-satunya perkara yang saya tidak akan buat kerana langsung tidak yakin dengan suara sendiri. Namun, nampaknya sekarang hanya tinggal dua lagi perkara yang saya ingin buat (tulis lagu dan lirik) selepas ini,” katanya. Michael mengakui, suaranya mungkin tidak sesedap seperti suara penyanyi profesional, tetapi dia mengambil keputusan untuk merakamkan lagu itu kerana mahu mencabar diri selain menguji tahap kemampuannya. Sumber, harian metro.

Kalini Michael Ang mahu jadi penyanyi. Kenyataan Michaen Ang baru baru ini dengan “Tak timbul istilah tamak atau memperbodohkan diri. Ini kerana selepas dengar sehingga habis, sedap juga suara saya.” Itu kata penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang, 45, yang bersedia menerima kritikan peminat muzik tanah air apabila melancarkan single sulungnya berjudul Cinta Atau Propa, hari ini. Bagaimanapun, penerbit drama The Hotel yang dikenali sebagai individu yang cukup lantang bersuara dan memberi kritikan itu juga tidak menafikan kekurangannya dalam nyanyian. Michael berkata, itu menjadi prinsipnya untuk tidak memberi kritikan keterlaluan kepada mereka yang bekerja dalam bidang yang sama dengannya. “Ada tiga perkara berada dalam senarai impian saya dan salah satunya adalah menyanyi.

Saya mencabar diri untuk tampil dengan lagu ini kerana ingin keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang baru. “Saya terus bersetuju sebaik menerima tawaran ini kerana ketika itu saya sedang berada dalam keadaan tertekan. Empat bulan lalu pelbagai perkara berlaku bertubi-tubi sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental saya,” katanya dalam sidang media pelancaran lagu itu yang diadakan secara maya, hari ini. Michael berkata, lagu Cinta Atau Propa dihasilkan khas buat mereka yang menikamnya bertubi-tubi selepas kepercayaan yang diberikannya. “Ia juga buat seseorang dalam kehidupan peribadi saya. Siapa yang makan cili, pasti akan terasa pedasnya. “Jadi kepada anda di luar sana yang berhadapan situasi yang sama, lakukan perkara yang membuatkan anda gembira,” katanya. Lagu dan lirik Cinta Atau Propa adalah hasil ciptaan Killa Driz dan diterbitkan Hafiz Hamidun. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.