Degupan jantung terhenti, Zila Bakarin redha dan muat naik sesuatu buat ramai tertanya

Viral

Menerusi entri di Instagramnya sebelum ini, aktres Zila Bakarin memuatnaik sekeping foto dirinya beserta kapsyen yang mengvndang tanda tanya di ben4k setiap warganet. Foto yang dimuatnaik itu umpama memberikan bayangan bahawa dia telah mengalami kegvguran. “Inilah takdirnya, Allah Maha Memahami, tunggu mama disana ya…”, tulisnya ringkas. Apabila dihubungi, Zila menjelaskan kepada MM perkara sebenar yang berlaku terhadap dirinya.

“Yang sebenarnya, Zila pun tak sangka pada usia 43 tahun ini, ditakdirkan Zila hamil lagi. Pada mulanya agak takvt dan khuatir apabila mengandung pada usia yang lewat ini. Setelah suami dan keluarga serta doktor memberi dorongan, perasaan takvt bertukar gembira. Bahkan Zila terus mencari maklumat tentang kehamilan di lewat usia. Banyak info sudah Zila perolehi dan sudah pun bersedia dengan membeli  suplimen untuk menjadikan kandungan kuat dan baik. Maklumlah dah agak lama tak hamil, keghairahan jadi lain macam. Suami dan anak-anak pun sangat teruja,” ujar Zila dengan gembira.

Sekarang, Zila memiliki dua orang cahaya mata yang comel, Kaseh (13 tahun) dan Chinta (10 tahun). Zila mengahwini juru kamera bebas Azri Izhar pada tahun 2008. Daripada suasana ceria bertukar nada sedih, sambung Zila, “Pada 24 September apabila Zila membuat pemeriksaan untuk kandungan, tiba-tiba doktor terdiam. Beberapa kali doktor ulang membuat scan. Terus Zila bertanya, kenapa doktor? “Jawab doktor, saya ha1ran kenapa tidak ada degvpan jantung bayi? Sepatutnya dalam kandungan 10 minggu, keadaannya lain berbanding sebelum ini. Tumbesaran bayi pun seperti tidak ada. Zila betul-betul sedih kerana dalam keadaan suami dan anak-anak sedang excited untuk ada baby baru, tapi macam ini jadinya. Cuma minta doktor, pada 1 Oktober nanti supaya datang menemuinya semula untuk rawatan susulan. Sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku, doktor akan buat proses penyucian kandungan. Jadi apa yang berlaku adalah degvpan jantung bayi sudah terhenti dan bukannya kegugvran,” sambung Zila dalam nada sedih.

Sebelum ini, Zila pernah mengal4mi kegvguran kandungan ketika usia Chinta enam bulan. Apa pun berlaku Zila dan suaminya redh4 dan menyifatkan itu bukan rezekinya buat kali ini. Semoga Zila sekeluarga tabah dan dikurniakan rezeki yang lebih baik. Sekarang, Zila memiliki dua orang cahaya mata yang comel, Kaseh (13 tahun) dan Chinta (10 tahun). Zila mengahwini juru kamera bebas Azri Izhar pada tahun 2008. Sumber, Rose Merah

Mahu jadi muslimah yang baik, Zila Bakarin mula jaga batas pergaulan

Zila buat keputusan untuk berhijab sejak Februari lalu. Sejak mula berhijab pada Februari lalu, dramatis Zila Bakarin mengakui kehidupan seharian yang dialui kini agak berbeza. Pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin, 45, berkata, biarpun terdapat perubahan dalam dirinya, namun dia masih sama seperti yang ramai kenali dahulu. “Memang ada perbezaan yang ketara sangat tetapi saya tetap Zila Bakarin yang sama. Saya ambil inisiatif yang sangat positif sebab berhijab dan menutup aurat adalah sebahagian daripada tuntutan agama untuk kaum perempuan. Saya dah ke arah tu, tapi benda lain saya sama saja. Saya masih seorang yang sangat peramah,” katanya.

Katanya, walaupun dia masih seorang yang peramah Zila mula menjaga batas pergaulan terutama dengan golongan bukan mahram. Selain itu, pelakon drama Dendam Aurora ini berkata dia juga belajar untuk menjaga percakapan serta perbuatannya demi menjadi muslimah yang baik. “Kalau dekat set penggambaran dulu hidup saya bertepuk tampar dengan orang tu biasa saja… bergurau tu biasa saja, tapi sekarang kena ada batasan la.

Bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan teruskan beristiqamah.

“Tak manis dan tak elok la bila kita dah berhijab dan bertutup ni. Kita sudah melakukan tuntutan yang disuruh Allah, tiba-tiba dari segi mulut dan perbuatan kita tak melambangkan muslimah yang baik,” ujarnya. Bercerita tentang dirinya yang tidak diterima berlakon ketika fasa awal berhijab, Zila berkata, pihak produksi berbuat demikian kerana tanggapan netizen bahawa seseorang yang berhijab perlu berperwatakan baik dan bukan membawa watak antagonis. Bagaimanapun, Zila tidak menyalahkan mana-mana pihak malah bersyukur kerana menganggap ini jalan terbaik untuknya sentiasa istiqamah dalam berhijab.

“Mungkin pihak produksi tak percaya yang bila kita dah bertudung, kita masih boleh bawa watak jahat. Sebenarnya boleh saja, tak ada masalah… tapi mereka takut netizen mengkritik. Ramai ingat bila bertudung, semua baik. Memang banyak produksi tolak saya sebab mereka nak saya yang dulu, tapi tak sesuai. Bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan teruskan beristiqamah. Saya tahu Dia tak nak bila saya bertudung tiba-tiba saya jadi penggambaran dan jadi kekok dengan hidup saya. Kalau dah tertulis itu bukan rezeki saya maka ia bukan rezeki saya. Benda tu saya kena reda dan tak pernah rasa kecil hati atau marah,” katanya. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.