Zarina Zainuddin terkejut harga minyak masak 5kg hampir RM30, Ada sesuatu yang diluah buat ramai setuju

Viral

Siapa tak kenal dengan artis pemurah lagi lemah lembut ni. Kalini Zarina Zainuddin membuat satu perkongsian di aplikasi instagramnya berkenaan dengan harga minyak masak yang tidak berpatutan ini. Katanya sendiri tak sangka harga minyak masak botol bagi 5 kilogram sangat mahal di pasaran. Satu perkongsian video milik pelakon dan usahawan wanita, Zarina Zainuddin menarik perhatian ramai di Instagram nya. Aktres ini meluahkan rasa terkejut melihat harga bagi sebotol minyak masak tempatan yang dijual di pasaran sangat mahal. Minyak Masak Biasa Hampir RM30. Menerusi perkongsian tersebut, Zarina menunjukan sebotol minyak masak jenama tempatan seberat lima kilogram dijual pada harga RM29.40 di mana minyak masak tersebut hampir mencecah RM30.00. Pelakon ini tidak menyangka harga minyak masak di pasaran masa kini jauh berbeza berbanding diawal perkahwinannya dahulu. “Gila betul lah saya ni baru tahu harga minyak masak sekarang dah RM29.40 untuk 5 kilo, dulu masa saya baru-baru kahwin dulu minyak botol besar tu RM13 jer..” tulisnya lagi. Video, klik link

Perlu Bijak Cari Duit Tambahan

Gara-gara harga barang semakin mahal, pelakon dan usahawan pulut kuning ini menitip pesan agar orang ramai perlu bijak mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat naik.“Gila lah harga barang, kau orang kalau gaji sikit nak hidup kat bandar besar ni memang nangis lah kalau tak pandai meniaga ke buat duit tambahan takat gaji seciput nak hidup jadi makan hati lah” tulisnya lagi Warganet juga beri respon isu harga minyak ini, melihat perkongsian Zarina di Instagram nya itu, ramai yang berkongsi pandangan  tentang isu harga minyak dan barangan diruangan komen posting pelakon tersebut.

Ini antara komen dari warganet, “Dah lama minyak mahal dekat tempat saya kawasan Sabah dari dulu harga macam tu, sekarang harga mau sampai RM40 5 kilo”,“Pada hal negara pembekal minyak terbesar dunia”,“Lama dah kak dia naik. Ada jenama tu sampai RM30 lebih, semua mahal”, “Bukan takat minyak semua barang mahal, kami rakyat marhaen ni bila bersuara siapa nak dengar” komen mereka. Menerusi carian Murai my di laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meletakkan harga runcit bagi minyak masak sawit tulen jenis paket dijual pada harga RM2.50. Manakala harga bagi minyak masak 5 kilogram tidak melebihi RM30.00 sebotol. Sumber, murai.my

Itu suami awak yang keduakah? Ini jawapan Zarina Zainuddin.Pelakon dan selebriti tanah air, Zarina Zainuddin tidak tersinggung dengan pertanyaan ramai orang yang rupa-rupanya masih curiga dengan status perkahwinannya sehingga kini. Ini kerana kata Zarina, sehingga sekarang masih ada yang beranggapan, dia telah berkahwin buat kali kedua dengan orang lain sedangkan hakikatnya, keadaan itu tidak pernah berlaku. “Orang banyak tanya, itu suami kedua awakkah? Itulah suami saya daripada umur saya 22 tahun lagi, sehinggalah kini 51 tahun. Saya nak kongsikan satu cerita. Permulaan saya kenal dengan suami saya di waktu dulu, saya sebenarnya begitu takut nak berkawan dengan lelaki. “Saya rasa lelaki semua jahat, semua suka nak ambil kesempatan lagi-lagi pada wanita seperti saya. Tiada yang jujur.

Di usia saya 22 tahun, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya. “Dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi. Dia cakap bukan senang nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah. Tapi akhirnya, dia dapat juga kahwin,”katanya. Zarina berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam. Selain itu, kongsi Zarina, dia juga kagum dengan percintaan lelaki tersebut dengan isterinya yang dianggap bak sebuah cinta mati. “Saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya. Jadi, bila dia ajak saya kahwin, saya cakap bawa jumpa isterinya dulu. Ternyata dia berani bawa saya jumpa dan minta izin.

Dia seorang lelaki yang sangat budiman. “Walau saya kahwin tanpa bercinta, tapi dia tak pernah sia-siakan saya. Perempuan perlu apa? Perlu dihormati, dihargai,disayangi selebihnya kita boleh usaha sendiri. Kemana kita pergi ingat, jaga diri, jaga solat, jaga maruah. InsyaAllah selamat dunia akhirat . “Bagi saya, semua orang buat salah namun daripada salah itu,kita betulkan diri kita,”katanya. Dalam pada itu, kata Zarina, usia 28 tahun perkahwinan bukanlah satu tempoh masa yang pendek dalam dia melayari bahtera rumah tangga dengan suami dan keluarga. “Terima kasih abah, terima kasih kak shimah dan anak-anak tiriku yang menerima diri ini seadanya.

Terima kasih mak kenalkan ina dengan insan yang bernama suami,”katanya. Zarina telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Dua daripada empat anak beliau mengidap autisme. Setelah sekian lama menyimpan rahsia, sekitar tahun 2018, Zarina telah membuka cerita bahawa dia selama ini hidup bermadu dengan Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor sejak 25 tahun lalu. Sumber, utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.